Tuesday 3 February 2015

MANGSA KELAR LEHER DI GANGGU SUSPEK SEMENJAK TINGKATAN LIMA KATA BAPA.



JITRA: Bapa kepada pelajar wanita yang maut akibat dikelar seorang lelaki semalam pernah membuat laporan polis mengenai anaknya yang sering diganggu lelaki itu sejak di Tingkatan Lima.

Johari Hashim berkata, pemuda berkenaan adalah rakan sekampung anaknya dan pernah meluahkan hasrat untuk menjalin hubungan serius dengan anaknya.

Namun beliau berkata, mereka sekeluarga menghalang hasrat pemuda itu kerana dia disyaki menagih dadah.

"Anak saya hanya berkawan biasa. Tetapi dia mahu mengadakan hubungan serius. Anak saya pernah beritahu kami, lelaki itu selalu mengganggunya. Saya pernah telefon dan hantar SMS kepada dia supaya jangan ganggu anak saya.

"Saya juga pernah membuat laporan polis empat tahun lalu. Apabila dia bekerja di Melaka, saya ingatkan dia sudah berhenti ganggu anak saya kerana anak saya tidak lagi bercerita mengenainya," katanya kepada pemberita.

Anaknya Nursyuhada, 20, penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Permatang Pauh, Pulau Pinang maut selepas dipercayai dikelar seorang lelaki di Kilometer 228.2 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan berhampiran Bukit Gantang, Perak semalam.

Johari berkata, namun selepas itu, anaknya memberitahu lelaki berkenaan masih mengganggunya.

Beliau berkata, keluarga pemuda itu mengetahui kelakuannya yang pernah bertindak ganas memecahkan pintu rumahnya di Taman Hosba di sini.

Beliau berkata, pemuda berkenaan pernah melarikan anaknya dengan kereta sebelum ini tetapi mereka sekeluarga menemuinya semula.

"Saya sangat terkejut apabila rakan kelas anak saya menghubungi isteri saya dan memberitahu anak saya akan dicederakan sekiranya anak saya tidak mahu menaiki kereta lelaki itu.

"Isteri saya cuba menghubunginya anak saya beberapa kali, tetapi panggilan telefonnya tidak dijawab. Saya juga menghubungi ibu bapa pemuda itu meminta mereka menghubungi anak mereka untuk membawa pulang anak saya," kata Johari.

Beliau berkata, bapa lelaki itu kemudian menghubungi anaknya dan memaklumkan kepada Johari anaknya sudah mengelar leher Nursyuhada.

Beliau juga kesal kerana lelaki itu dilapor memberitahu pihak polis bahawa dia melakukan perkara itu kerana mengalami sakit mental.

Johari berkata, kali terakhir beliau bertemu anaknya ialah pada awal bulan lalu ketika menghantar anaknya di perhentian bas Shahab Perdana, Alor Setar untuk pulang ke kampus.

Nursyuhada yang meninggal di Hospital Kuala Kangsar dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Cherok Mokkan pagi tadi.

20 comments:

  1. bodohnya ko ni...orang tu dah pergi,tak payah la nak letak gambar dia macam tu..

    nanti kau mati suruh orang ambil gambar bagi orang lain tengok..bingai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju. Sama2 kia jaga aib almarhumah dan sensitivity keluarganya.

      Delete
    2. Apa nak aibkan...yang bingai itu jantan Melaon...memang typical Melayu....menghisap dadah dan berangan nak kawin dengan perempuan putih melapak...kalau diri tu miskin keparat dan bodoh, jangan simpan niat nak couple dengan perempuan yang cantik dan berpelajran.......cermin muka awak itu dulu...adalah dengan wira buruk yang sesuai jadi tukun boleh memikat perempuan yang cantik dan educated.
      Sekali lagi diingatkan kalau rumah tak cermin,...bayar 20 sen...pergilah toilet awam...tengok cermin lama2....

      Delete
  2. Ini le perangaai anak melayu yg dididik olih kerajaan bingai keluarga pun jadi bangang , kepada jantan melayu tu kalau dah perempuan tak suka cari le yg lain . Melayu kan perkasa dan pekida 3 line atas kepala.

    ReplyDelete
  3. teirma kasih banyak karena sudah berbagi berita yang sangat menarik. zaman sekarang sudah jarang menemukan blog yang isinya penuh manfaat seperti ini, keren!!

    ReplyDelete
  4. Alfatihah buat arwah....

    ReplyDelete
  5. Perangai anak melayu yg sokong pkr mme mcm tu.....suma nak terbalik dan risakkan kereta sambil guling guling dan maki hamun....ini suma perangai pkr dan pasma...

    ReplyDelete
  6. Kasihan minah tu, zamani frust pun tak bunuh orang, aku frust pun, just blacklist je gadis melayu, Memang gila bayang betullah mamat tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mamat tu ngan macai umno same je dua2 taik hanjing !

      Delete
  7. Takde gadis melayu nak kan aku pasal muka aku tak macam muka korea..takpe lah...aku x kisah pun...tak sampai nak bunuh orang..bodo punya jantan

    ReplyDelete
  8. Hei Bangang!!!! Gambar perempuan tu kau letak buat apa, dah jadi arwah buat apa kacau.Aku lagi respect kau kalau kau pi bubuh muka gambar suspek yang bunuh budak ni siap dengan nama penuh dia dan alamat rumah keluarga budak lelaki tukang masak di Melaka tu. Ini kau macam nak menangkan lelaki tu je

    ReplyDelete
  9. Betulke ada berita kes seludup kanak-kanak utk jualan organ di siam. UPP tahan lori ayam di bukit kayu hitam (2feb15), jumpa 6 org kanak-kanak (dah dibius) dlm lori !! RD5

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada dengar juga, tapi tak pasti, sebab organ budak-budak masih "fresh" berbeza organ orang dewasa dan orang tua, rata-rata 20% sahaja yang boleh digunakan.

      Delete
  10. Ngikut jantan..hmm...

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. Manusia berwajah bukan sampah4 February 2015 at 20:25

    Punca perempuan tu kena kelar sebab dia tolak cinta lelaki tu disebabkan lelaki tu berwajah seakan sampah hahahaaha

    ReplyDelete
  13. heran napa polis x ambik tindakan?

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...