Monday 23 February 2015

SETPOL AZMIN ALI GAGAL CABAR PERLEMBAGAAN DAN AKTA HASUTAN 1948 SERTA DIARAH BAYAR KOS RM2,000.


Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Muda, Mat Shuhaimi Shafiei yang juga Setiausaha Politik kepada Azmin Ali, hari ini gagal dalam percubaannya untuk mencabar perlembagaan dan Akta Hasutan 1948.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Asmabi Mohamad menolak saman pemula difailkan Mat Shuhaimi dengan kos RM2,000 selepas mendengar hujahan daripada Peguam Andrew Yong, yang mewakili Adun itu selaku plaintif dan Peguam Kanan Persekutuan Alice Loke Yee Ching, mewakili kerajaan (defendan).  
  
Hakim Asmabi turut menolak permohonan Mat Shuhaimi untuk menangguhkan prosiding di mahkamah itu bagi mendapatkan perintah Mahkamah Persekutuan berhubung Seksyen 3 dan Seksyen 4 Akta Hasutan 1948, dengan kos RM4,000.

Beliau berkata permohonan penangguhan itu adalah salah guna proses mahkamah dan ia di luar bidang kuasa.

Mat Shuhaimi, 47, Adun daripada Parti Keadilan Rakyat, memfailkan saman itu pada 15 September tahun lepas, bagi memohon satu deklarasi bahawa Seksyen 3 Akta Hasutan 1948 dibaca bersama-sama Seksyen 4 akta sama bercanggah dengan fasal 10(1)(a) Perlembagaan Persekutuan dan dengan itu adalah batal dan tidak sah.

Beliau mendakwa Seksyen 3 dan Seksyen 4 Akta Hasutan 1948 apabila dibaca secara keseluruhan mencabuli hak asasi untuk kebebasan bersuara mengikut Fasal 10(1)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Pada 7 Februari 2011, Mat Shuhaimi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam atas pertuduhan memuat naik artikel berbaur hasutan dalam blognya, Srimuda.blogspot.com berhubung pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baharu.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di Pusat Khidmat Rakyat, Jalan Anggerik Vanilla, Kota Kemuning di Shah Alam pada 30 Disember, 2010.

Pada 1 April, 2011, Mat Shuhaimi memfailkan notis usul di Mahkamah Tinggi di Shah Alam memohon pertuduhan hasutan terhadapnya dibatalkan atas alasan Akta Hasutan melanggar perlembagaan kerana ia bercanggah dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan bersuara.

Mahkamah Tinggi di Shah Alam pada 26 Ogos, 2011, menolak permohonannya untuk membatalkan pertuduhan menghasut itu, dan beliau juga tidak berjaya dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan yang ditolak pada 17 Mei tahun lepas.

13 comments:

  1. Berita dari bukit aman pada 7.3.2015....polis bersiap sedia dan sudah kedengaran pihak polis memberi nasehat pada orang ramai dan rakyat mesia supaya tidak memasuki kuala lumpur jerana domonstrasi berskala besar besaran akan dilakukan pada hari itu.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Demo skala besar, lawak ler tu, gang main jubo ni x ramai bro. Busukkkk

      Delete
    2. nape arrr...tak caya... jangan di sangka tau...polis pun dah kecut perut ...najib lak dah lama tak lena tido... hanya ko ajerr yg di buai mimpi..... kalo tidak masakan syiokfe'e ngan kj buat roadshow pulak.... tak lama dah nak kojol....

      Delete
    3. Elok Itu nanti tunjuk jubur pkr itu pada orang ramai itu tanda sokong pada anwar itu

      Delete
  2. Anwar cuba bawa kes akta hasutan ke palimen Australia telah gagal ia, lupa pesan palimen Australia pun akan buat aktar hasutan halang isis dari menghasut rakyat australia fikir2 kan ia omak kau

    ReplyDelete
  3. Singapore pun pakai akta hasutan...
    tak kecoh la pulak...

    ReplyDelete
  4. Singapore memang tak kecoh, sebab org dia tak kepoh macam pkr, tertubuhnya pkr huru hara politik Malaysia.

    ReplyDelete
  5. Omak kau, berapa harga sekali hang "set" rambut kat saloon. Saya sekali *set* rm1200. Bayangkan se tahun kalau saya set 7 kali. Buat lah artikle sedikit. Ni pula pasal rm2000. Sekali aje se umur hidup.

    ReplyDelete
  6. Guna duit pembayar cukai utk shoping...seronoknye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dan orang kita terus berduyun2 menyokong macam nak rak. Cuba le buat perubahan minda sikit. Jangan terima kalau di perbodohkan orang. Kalau dah terang2 tak elok nak ikut buat ape.

      Delete
    2. Orang bodoh klu buat benda bodoh dia memang seronok sebab dia memang bodoh, klu rasa cerdik tak buat benda sia².

      Delete
  7. Habis modal la tu macai abg non ....ilmu terbaik hang pa dpat dr abg non ......spin ...suruh bersumpah ....spin lagi .....suruh bg dna spin ....kena duduk dlm resort sg buluh ....spin ....tu jelah hang pa tau ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak habis2 dengan Anwar ni kenape. Kalau minat rindu sangat kat dia hang pi la duduk dgn dia kat sg buluh tu.

      Delete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...