Thursday 12 February 2015

VOKALIS TERRA ROSSA DIDENDA RM7,000 ATAU 18 BULAN PENJARA DAN DIBAWAH PENGAWASAN POLIS SELAMA 2 TAHUN KERANA DADAH.



Vokalis baru kumpulan Terra Rossa hari ini didenda RM7,000 atau 18 bulan penjara setelah mengaku bersalah atas tiga pertuduhan dadah.
  
Majistret Zulyana Zollkapli turut memerintahkan Khairul Hizam Kaha, 39, berada dalam pengawasan polis selama dua tahun.
  
Vokalis yang lebih dikenali sebagai Jijam itu didakwa memiliki dadah Methamphetamine seberat 0.41 gram di kawasan Axis Atrium, Taman Cempaka, Ampang di ibunegara pada jam 4.30 petang 10 Disember tahun lepas.
  
Bagi tuduhan kedua dan ketiga, dia didapati menggunakan methamphetamine pada 7.15 malam, 29 Mei tahun lepas dan memasukkan dadah ke dalam badannya pada jam 6.30 petang, 10 Disember tahun lepas di Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Ampang Jaya pada jam 6.30 petang.
  
Mahkamah turut memerintahkan Khairul Hizam membayar denda RM3,000 atau enam bulan penjara bagi pertuduhan memiliki dadah manakala denda RM2,000 atau enam bulan penjara bagi pertuduhan kedua dan ketiga.
  
Khairul Hizam, yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan kerana dia hanya berniaga sendiri dan tiada pendapatan tetap selain perlu menyara tiga anak.
  
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Faridah Nurdinie Bahrum memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal bagi memberi pengajaran kepada tertuduh agar tidak mengulangi kesalahannya.

5 comments:

  1. Mentang2 Dia tak ada pangkat, sapa pun tak bawa lilin.

    ReplyDelete
  2. BANYAK PENYELUDUPAN DADAH DARI SEMPADAN

    KERAJAAN PERLU PERANGI PENYELUDUP DADAH HABIS2AN

    JANGAN SAMPAI RAMAI ANAK MUDA ROSAK

    MASA DEPAN NEGARA HANCUR JIKA RAMAI ANAK MUDA YG ROSAK

    ReplyDelete
  3. oh rozana

    bisjutmu & royi ku
    tidak dpt dipisahkan
    kesukaan jejaka bangla

    oh rozana

    mencari bisjut berpegang tangan
    royi tidak jumpa
    sama2 di sekitar kotaraya dan klcc

    oh rozana

    bersama bisjut & royi
    ku hadiahkan padamu
    tanda cinta abg bangla padamu

    oh rozana

    abang teringat kota dhaka
    menggengam busjut & royi
    untuk di bawa ke melaysia ini

    nk bisjut??? nk bisjut???

    ReplyDelete
  4. Tak habis habis jantan jantan melayu ni dgn dadah.lps dadah membunuh meragut merempit.suruh belajar malas.tgk bangsa lain kaya dengki.

    ReplyDelete
    Replies
    1. De facto kena tangkap korang nangis. Artist kena tangkap kasi nangis la

      Delete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...