Thursday, 3 September 2015
PENGAKUAN BAI'AH DAN TAQLIG ..... KHALID SAMAD
Pada 8 Ramadhan tahun ke-92 Hijrah, tentera-tentera Islam di bawah pimpinan Tariq Ibn Ziyad telah mendarat di bumi Sepanyol selepas merentasi lautan Mediterranean. Sebaik sahaja mendarat, Tariq mengarahkan supaya kapal-kapal tentera Islam ini dibakar. Beliau melakukan ini dengan tujuan supaya tentera-tenteranya menyedari bahawa mereka tiada pilihan lain selain dari meneruskan perjuangan, samada gugur atau mencapai kemenangan.
Bagi yang tidak faham, tindakan Tariq Ibn Ziyad merupakan tindakan yang tidak bertanggung jawab, mencampakkan nyawa tentera-tenteranya dalam bahaya, kejam dan zalim! Bagi yang tidak berilmu, mereka akan pantas menyatakan tindakan itu adalah haram kerana cuba membunuh diri!
Dari sudut strategi peperangan ianya menzahirkan satu tekad yang teramat tinggi agar berjuang berhabis-habisan agar mencapai kemenangan. Tindakan membakar kapal-kapal ini adalah bertujuan untuk menghalang tentera Islam dari memikirkan pilihan untuk berpatah balik, berundur dan lari dari pertempuran. Melarikan diri dari pertempuran merupakan satu tindakan yang jauh lebih besar dan jelas haramnya! Dengan membakar kapal-kapal ini Tariq menjadikan persoalan berpatah balik sesuatu yang tidak mungkin kerana yang ingin berpatah balik akan terpaksa berenang merentasi Lautan Mediterranean.
Oleh yang demikian, lafaz cerai taklik dalam soal menjadi calon adalah bagi saya dan isteri seperti ibarat tindakan Tariq Ibn Ziyad. Sepertimana tindakan Tariq membakar kapal-kapal dengan bertujuan menghalang berlakunya kemungkinan untuk lari dari medan pertempuran, lafaz taklik bertujuan menghalang berlakunya lompatan khianat dalam politik. Sekiranya ingin melompat, akan jatuh talak tiga dan ini seolah menyerupai tindakan memilih untuk berenang merentasi Lautan Mediterranean. Sesuatu yang tidak dapat digambarkan kepayahannya, apatah lagi melakukannya.
Ya, sememangnya talak tiga merupakan satu tindakan yang menggerunkan dan itulah yang diinginkan! Ia bertujuan merupakan benteng penghalang supaya menyelamatkan calon tersebut dari melakukan perbuatan haram yang jauh lebih besar, iaitu khianat dan derhaka keatas perjuangan dan janjinya. Lebih-lebih lagi apabila perjuangan itu merupakan perjuangan yang berlandaskan Islam, atau adakah yang masih mempertikai dasar perjuangan PAS? Kalau ada, semestinya dia tidak layak menjadi calon dan dengan itu akan sendirinya terlepas dari persoalan ini.
Ada juga yang berkata bahawa tindakan seperti ini menzalimi isteri. Namun ia hanya menjadi zalim sekiranya calon itu khianat dan berpaling tadah! Sekiranya calon tersebut istiqomah di dalam perjuangan, tiada kezaliman yang berlaku. Manusia yang sanggup melompat dan dengan itu menzalimi bukan sahaja partinya dan rakyat yang telah menyerahkan amanah kepadanya, tetapi sekaligus isteri kesayangnya melalui talak tiga ini, manusia sebegini sememangnya layak dilaknat Allah, para Malaikat dan seluruh yang melaknat. Masyarakat seluruhnya akan melihat betapa khianatnya manusia ini, demi jawatan, pangkat dan wang sogokan. Dengan itu, sudah pasti dia akan dikutuk kerana sifat khianatnya yang begitu terserlah melalui kesanggupan mencerai talak tiga isterinya demi semua itu.
Begitu juga terhadap mereka yang mendorongnya kearah tindakan khianat ini. Melalui sogokan dan pujukan, menyeru supaya dia melompat, mereka ini turut layak dilaknat. Sedangkan pada ketika itu, rakan seperjuangannya akan berusaha untuk memujuknya supaya tidak mengkhianati amanah yang diberikan. Ini termasuklah isterinya yang pada ketika itu dan ketika itu sahaja akan menangis menggeletar mengigil, merayu supaya suaminya tidak melompat.
Inilah sebenarnya tujuan di sebalik lafaz itu. Ianya bukan sebahagian dari bai’ah. Tujuannya supaya yang dilantik menjadi calon tidak mengkhianati perjuangan yang telah didokong bersama. Kalau dilafaznya “jika melompat akan aku belikan isteriku gelang emas separas lengan”, sudah pasti ia bukan penghalang kepada tindakan melompat. Isterinya pula mungkin akan gembira sekiranya dia ini melompat dan bukan itu sahaja, malah akan menggalakkannya! Inilah sebenarnya kehendak UMNO. Kalau lafaz sebegini sudah pasti mereka sokong. Sebarang usaha untuk menutup peluang untuk membeli wakil rakyat parti lawan akan mereka tentang habis-habisan.
Amalan rasuah membeli calon yang menyebabkan perlunya bai’ah dan lafaz sebegini langsung tidak diambil peduli. Sedangkan ianya jelas bukan sekadar andaian tetapi telahpun berlaku di Perak dan baru-baru ini di Selangor. Kutukan terhadap bai’ah dan lafaz taklik bagaikan kutukan terhadap yang memasang grill di rumahnya, sedangkan pencuri berkeliaran di luar. Itulah Malaysia di bawah UMNO.
Malah lebih teruk lagi, terdapat pula golongan yang tidak hadir tetapi membawa cerita seolah-olahnya dia hadir dan tahu selok-belok perkara ini. Inilah sebenarnya tukang karut par excellence. Dia turut membawa hujjah “senanglah Khalid kahwin bini baru”. Hujjah jahil dari seorang yang berfikiran dayus. Kalau ingin menceraikan isteri sekalipun, tidak perlulah berselindung disebalik parti dan bai’ah. Tidak perlu menyalahkan orang lain. Kata-kata seperti ini lebih mendedahkan perwatakan dirinya sendiri, bukannya saya.
Ada pula yang bertanya, “mengapa Khalid membincang persoalan ini?” Sebenarnya ianya telah pun dibincang dan diketahui oleh ramai pihak lain terlebih dahulu. Saya berpendapat lebih baik perkara ini dijelaskan sekarang, bukan tiga hari sebelum hari mengundi. Ini kerana keyakinan saya kepada apa yang telah saya lakukan adalah berlandaskan keperluan semasa dan tidak merupakan satu kesalahan.
Namun sekiranya pimpinan PAS menganggap ianya tidak perlu, saya akan akur walaupun pada saya dan isteri, kelebihan amalan ini amat jelas sama sekali. Pada masa yang sama, saya amat bersyukur kerana telah dikurniakan Allah seorang isteri yang memahami erti perjuangan yang telah bersama saya selama lebih 30 tahun ini.
Dalam pada itu terdapat juga yang berkata, mengapa perlu mengheret isteri dalam soal politik melalui lafaz taklik? Jelas, yang berkata sedemikian rupa tidak pernah meneliti ayat mubahalah di mana bukan sahaja isteri tetapi seluruh kaum keluarga telah diheret demi menegakkan kebenaran hujjah Rasulullah (SAW) di dalam ayat 61 Surah Al-Imran yang bermaksud:
“Dan sesiapa yang membantah kamu berhubung dengannya (Nabi Isa A.S.) setelah datang kepada kamu ilmu, katakanlah: Mari kita panggil anak-anak lelaki kami dan anak-anak lelaki kamu, wanita-wanita kami dan wanita-wanita kamu, diri kami dan diri kamu dan kemudian itu kita doa bersungguh-sungguh memohon semoga Allah melaknat golongan yang berdusta.”
WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
Sultan Brunei, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sult...
Kenapa nak salahkan UMNO. Kamu bercakaran sesama sendiri dan sumpah bai'ah yang dipersetujui. Kamu yang buat keputusan bukan UNNO. Inilah manusia yang tak sanggup menerima hakikat yang dia buat dan akhirnya dia salahkan orang lain. Busuk hatinya. Inilah balasan dunia yang Allah tunjukkan.
ReplyDeleteYa setuju. X perlu salahkan orang lain. Berani buat, berani tanggung. PAS pun x rugi apa2.
ReplyDeleteDia orang ini tak sedar diri ,dia ini orang jadi anwar mb sedangkan anwar bukan orang selangor itu , cuba di kelantan, terengganu, pahang,kedah buat macam mampus dia orang bagi ,ghb lantik di anwar jadi km penang mampus apek dap nak bagi , anwar mulakan dulu cuba beli ahli palimen bn dulu di taiwan tapi gagal,
ReplyDeleteBodohnya mp nii....
ReplyDeleteMemang bodoh . Kerana parti, meteka sanggup buat peraturan menggunakan islam . Rasanya islam pas tidak ikut islam sebenar negara kita. Pas sanggup buat apa sahaja untuk kepentingan sendiri dengan permainkan islam. Ahli, terutama wanita, keluarlah kerana meteka pandang rendah pada wanita dan permainkan islam. Lagi ikut ketua berkepentingan, semua kena tanggung dosa kerana meteka putar belitkan islam.
DeleteSbg seorang peguam syar'ei dan bekas hakim mahkamah syariah, saya merasa terpanggil utk menyentuh isu yg amat sensitif ini. Perkahwinan adalah dibina atas asas kekal selama2nya, perceraian hanya dibenarkan bila ada perbalahan rumahtangga yg tidak dapat diselesaikan atau wujudnya keaiban yg tidak dpt diterima oleh salah satu atau kedua2 pasangan yg berkahwin. Tidak ada pihak yg
ReplyDeleteboleh dgn sewenang2nya membuat keputusan sendiri berhubung perceraian tersebut tanpa suatu perintah yg sah drp mahkamah syariah.
Dlm isu cerai talak tiga melalui bai'ah dan sumpah yg didakwa telah dilakukan oleh wakil2 rakyat Pas di Kelantan, dari sudut kehendak politik Pas, maka mereka teringin sangat supaya perkahwinan tersebut dibubarkan kerana suaminya telah melanggar bai'ah, namun dari sudut kekeluargaan Islam dan pasangan tersebut sendiri,adakah mereka juga berkehendak sedemikian??
Jika kita menilai di sudut hukum syarak, masih ada ruang yg terlalu luas utk pertahankan rumahtangga tersebut drp runtuh semata2 atas kehendak politik pihak tertentu, sedangkan keluarga dan pasangan berkenaan, bahkan masyarakat umum berpandangan sbg suatu yg tidak wajar melalui alasan2 berikut:
1. Sumpah dan Bai'ah tersebut dianggap terbatal dan tidak sah kerana Pas tidak ada hak di segi hukum syarak mensyaratkan calon2 prayanya bersumpah sedemikian utk menjadi calon;
2. Sumpah dan Bai'ah tersebut sudah tidak terpakai kerana situasi dan tujuan sumpah tersebut ketika diambil dulu telah tiada;
3. Bai'ah taklik yg dibuat secara bersumpah dianggap sbg satu "Yamin" yg boleh ditarik balik dgn membayar kifarah bila ada sesuatu yg lebih baik drpnya;
4. Sumpah taklik yg tidak disertakan dgn niat utk menceraikan isteri dianggap tidak jatuh talak di segi hukum syarak; Jika kita berpandangan Sumpah dan Bai'ah taklik cerai isteri talak tiga itu sebagai sah sekalipun, kita masih ada ruang utk menyelamatkan rumahtangga tersebut dgn berpegang kpd pendapat talak 3 sekaligus hanya dikira satu talak shj, maka suami ada ruang utk rujuk kembali.
Semua pihak harus rasional dlm isu yg sensitif ini, adakah wajar sebuah keluarga yg bahagia, yg tidak ada apa2 perbalahan rumahtangga, lalu kita pisahkan mereka dgn perceraian yg menghancurkan sebuah rumahtangga yg dibina puluhan tahun, sedangkan masih ada ruang di segi hukum syarak utk kita melepaskan mereka dari belengu yg mereka sendiri tidak redai,atau kita mahu memuaskan hati demi dendam dan kepentingan politik kita????
Saya yakin bukan sahaja pasangan wakil rakyat dan keluarga berkenaan shj tidak dapat menerima realiti ini, namun masyarakat umum secara amnya tidak dapat menerima keputusan tersebut. Jgn kita merusakkan institusi sebuah keluarga yg aman damai, sekaligus mencemarkan syariat islam itu sendiri demi kepentingan politik puak kita.
Biarlah pasangan tersebut membuat keputusan sendiri kerana mereka juga ada hujah dan alasan utk berbuat sedemikian samada utk merujuk pertikaian ini ke mahkamah atau terus hidup sebagai pasangan yg bahagia melalui ijtihad sendiri kerana sememangnya ada fatwa dan pendapat ulama utk mereka pegang dan ikuti. Jgn paksa mereka utk mengikut kehendak kita shj.....
CHE IBRAHIM BIN MOHAMED.
PENGARAH HAL EHWAL SYARIAH, PARTI AMANAH NEGARA, NEGERI KELANTAN.
Semoga laknat ke atas kamu yg melanggar baiah tsb
DeleteDlm hukum tidak ada khilaf n kabur... hukum tetap terang n jelas...walau seribu alasan dari manusia cendiakawan @ berjawatan @ rakyat marhaien...tegak le benang yg basah...tetap berkeriut n bersimpul akhirnya...KECUALI LAH DI HATI ITU BERTEKAD "MATLAMAT MENGHALALKAN CARA bg kompolan ghb n bendera hitam dari karbala
Deletejustru yg harus dihukum ialah org yg mencipta baiah bodoh dn tk islamik itu dlm pas.
Deletethniah dn tq peguam harapan baru.
org umnu dan pasug mana tau bab undang2 dn roh islami. mereka menuju khawarij
jauhi dr parti yg bkn saja memecah belah sesama jemaah tp juga parti bodoh yg rela MERUNTUH MASJID demi politik sempit menjilat umnu..barua umnu dan kuda kepang umnu
Perenggan terakhir Che Ibrahim di atas adalah diragui krbenarannya di mana beliau berkata bhw Hatta blh memilih utk mendaftar perceraian dgn taklik ini di mahkmah syariah atau tidak. Mengapa takut utk memdaftrkannya dan biarkan mahkamah sahaja yg memutuskan status perkahwinannya, kalau Hatta sendiri begitu yakin dgn pendiriannya bhw baiah tsb tdk sah? Atau Hatta sendiri tlh dimaklumkan oleh pengamal2 undang2 bhw dlm mahkamah syariah di malaysia, kes mcm ni mmg akan diisyhtiharkan jatuh talak tsb? Lalu adalah lbh baik jgn pergi mendaftar? Kalau kamu bukan seorang public figure, tak mengapalah kalau taknak mendaftar, tapi kalau nak terus jadi wakil rakyat, di Kelantan pula tu, fikir2lah bagaimana rakyat di bawah kamu akan mula memandang kamu dan isteri kamu.
DeletePerenggan terakhir Che Ibrahim di atas adalah diragui krbenarannya di mana beliau berkata bhw Hatta blh memilih utk mendaftar perceraian dgn taklik ini di mahkmah syariah atau tidak. Mengapa takut utk memdaftrkannya dan biarkan mahkamah sahaja yg memutuskan status perkahwinannya, kalau Hatta sendiri begitu yakin dgn pendiriannya bhw baiah tsb tdk sah? Atau Hatta sendiri tlh dimaklumkan oleh pengamal2 undang2 bhw dlm mahkamah syariah di malaysia, kes mcm ni mmg akan diisyhtiharkan jatuh talak tsb? Lalu adalah lbh baik jgn pergi mendaftar? Kalau kamu bukan seorang public figure, tak mengapalah kalau taknak mendaftar, tapi kalau nak terus jadi wakil rakyat, di Kelantan pula tu, fikir2lah bagaimana rakyat di bawah kamu akan mula memandang kamu dan isteri kamu.
DeletePerenggan terakhir Che Ibrahim di atas adalah diragui krbenarannya di mana beliau berkata bhw Hatta blh memilih utk mendaftar perceraian dgn taklik ini di mahkmah syariah atau tidak. Mengapa takut utk memdaftrkannya dan biarkan mahkamah sahaja yg memutuskan status perkahwinannya, kalau Hatta sendiri begitu yakin dgn pendiriannya bhw baiah tsb tdk sah? Atau Hatta sendiri tlh dimaklumkan oleh pengamal2 undang2 bhw dlm mahkamah syariah di malaysia, kes mcm ni mmg akan diisyhtiharkan jatuh talak tsb? Lalu adalah lbh baik jgn pergi mendaftar? Kalau kamu bukan seorang public figure, tak mengapalah kalau taknak mendaftar, tapi kalau nak terus jadi wakil rakyat, di Kelantan pula tu, fikir2lah bagaimana rakyat di bawah kamu akan mula memandang kamu dan isteri kamu.
DeleteAi org profesional n progresif pun pusing pusing tak ke senelum baiah dah tau ada sessi penerangan ...dan di bincang dan di surakan ...tiada paksaan kamu nk jadi calon....kerana taklik penceraia ni ada satu pekara buka boleh main main ....inilan baiah mengunakan nama Allah...
DeleteAi org profesional n progresif pun pusing pusing tak ke senelum baiah dah tau ada sessi penerangan ...dan di bincang dan di surakan ...tiada paksaan kamu nk jadi calon....kerana taklik penceraia ni ada satu pekara buka boleh main main ....inilan baiah mengunakan nama Allah...
DeleteKita mempersoalkan samada wajar @ tidak Baiah tersebut tetapi tidak mempersoalkan mereka yg berbaiah. Ini bukan soal dendam @ politik, ini berkenaan syariat Islam.
DeleteKalau Baiah tersebut tidak wajar, mengapa mereka2 itu melakukan Baiah tersebut? Untuk Makluman, Baiah Laknat @ talaq 3 hanya untuk mereka yg mahu bertanding atas tiket PAS. PAS tidak memaksa ahli biasa berbaiah demikian.
Sekiranya mereka (GHB) tidak mahu berbaiah, mrk boleh berbuat demikian, dan bertanding bukan atas tiket PAS. Tiada siapa memaksa mrk.
Tetapi setelah berbaiah dan mahu meninggalkan parti, barulah mrk mempersoal baiah yg mereka sendiri buat dengan rela hati dan penuh kesedaran.
Siapapun boleh buat alasan berbagai-bagai, ttp baiah tersebut adalah diantara mrk dgn Allah. Dan disebut dalam baiah dgn jelas jika mereka meninggalkan parti, mereka akan dilaknat oleh Allah, Para Malaikat dan mereka2 yg melaknat (@talaq 3), dan terpulang kpd mereka jika merasakan baiah mrk adalah perkara kecil. Talaq 3 adalah kecil jika dibandingkan dgn laknat Allah/Malaikat/Makhluk.
Betul la tu che brahim......kerana kumpulan anda adalah penentang kepada kewujudan Hudud di Malaysia nie.....bukti paling jelas ialah berhubung baik dgn parti yg menentang Hudud tak lain dap la kan...sebab tu anda mempertahankan dan menegakkan benang basah yg tak tegak2 tu.....nie namanya takut periuk nasi hilang sebab perlantikan pengarah hal ehwal shariah pan dari takutkan Allah.....hang jawap la sendiri nanti....
DeleteTaklik lafaz cerai talak tiga wakil rakyat PAS Kelantan sah - MB
DeletePAS Kelantan Rabu mengesahkan taklik lafaz cerai talak tiga yang dikenakan oleh parti itu ke atas wakil rakyatnya di negeri ini bagi mengelak mereka melompat parti adalah sah di sisi perundangan Islam.
Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Ahmad Yakob berkata pihaknya telah merujuk perkara berkenaan kepada Ketua Hakim Syarie Kelantan Datuk Daud Mohammad dan beliau mengesahkan dari segi hukum Islam, jatuh hukum kepada pelafaz taklik tersebut jika individu terbabit keluar parti.
"Taklik yang telah dia (wakil rakyat) sebut itu, dengan sendirinya berlaku dan hendaklah didaftar dengan Mahkamah Syariah secara rasmi. Dari segi hukumnya dah terjatuh (talak tiga). Itu pandangan yang diberi oleh Ketua Hakim Syarie Kelantan," kata Menteri Besar Kelantan itu kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di Kota Darul Naim di Kota Bharu.
Ahmad yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan mengulas mengenai taklik lafaz cerai anggota Parlimen Kuala Krai Dr Hatta Ramli ( GAMBAR ) daripada PAS, berikutan dakwaan bahawa Dr Hatta telah menyertai parti baharu yang sedang dalam proses didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) iaitu Parti Amanah Negara (Amanah).
PAS memperkenalkan bai’ah atau sumpah kepada wakil rakyatnya di seluruh negara yang bertanding atas tiket parti itu sejak 2004 yang mesti mengosongkan kerusi mereka jika meninggalkan parti atau melompat ke parti lain dengan sukarela.
Selain itu, bekas Mursyidul Am PAS Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dikatakan menambah syarat bahawa wakil rakyat PAS di Kelantan perlu bertaklik dengan melafazkan cerai talak tiga terhadap isteri masing-masing.
Semalam, PAS mengesahkan sebanyak 22 bekas pemimpinnya termasuk Dr Hatta bukan lagi anggota parti berkenaan sebaik sahaja mereka menyertai Parti Pekerja-pekerja Malaysia (PPM) yang diambil alih oleh Gerakan Harapan Baru (GHB) dan akan dijenamakan semula sebagai Amanah.
Perkara itu berdasarkan Fasal 15(1)(c) Perlembagaan PAS (Pindaan 2011) iaitu keberhentian disebabkan menyertai parti politik lain.
Daud sebelum ini dilaporkan berkata mana-mana individu yang melafaz sumpah dan melanggar sumpah, dengan menyertai parti lain, perlu membuat pengesahan di Mahkamah Syariah kerana lafaz talak yang diikrar adalah sah.
Beliau dipetik sebagai berkata taklik talak dengan bersumpah itu tidak boleh dielakkan dengan kafarah atau bayar denda sumpah dan menasihatkan individu yang terlibat melafaz bai’ah talak tiga dan bertindak keluar parti untuk menyertai parti lain, merujuk pengesahan cerai di Mahkamah Syariah kerana jika tidak dirujuk ke Mahkamah Syariah, mereka boleh dianggap bersekedudukan secara haram. – 2./9/2015
Tunggu jelah laknat Allah, malaikat dan sekeliah makhlukNya.
DeleteBlum apa2 dh x amanah....jatuh x jatuh talak serahla pd mahkamah...tapi baiah mesti letak jawatan mp atau adun sblm kluar parti...tangtu pas ada hak...allahu robbi
ReplyDeletejgn smakan ba'aiah dgn nabi....ni ba'aiah ngn parti..xyh la dok kalut sangat la smpai nk hukum cerai berai...jgn ambik kesmpatan hanya sbb nk pertahankan kerusi...kne wlaa' membabi buta...
ReplyDeleteBukankah segala amalan Nabi menjadi rujukan kpd semua org Islam? Atau skrg umat Islam perlu menjadikan DAP sbg rujukan?
Deletejauhi pas ...parti mencerai berai suami isteri demi politik jilat umnu
ReplyDeletetentu umnu kt bodoh sungguh lebai2 pas buat baiah makan diri sendiri
layaklah pas kwn umnu
tp pas pun masih was2 nk kawin dgn umnu
pas parti was2.... awas jauhi diri dr parti ini
baiah cerai istri adalah paksa rela pas pd pmimpin parti...bukan kerelaan individu itu
ReplyDeletemaka tk sah biah yg dipksa relakn itu
Tiada siapa dalam PAS boleh paksa mana-mana ahli menjadi pemimpin @ calon pilihanraya PAS.
DeleteDan mereka yang menjadi pemimpin @ calon juga tidak merasakan baiah tersebut bukan wajar. Baiah tersebut dikenakan kpd semua pemimpin @ calon termasuk TGHA, TGNA, bukan hanya GHB.
Jadi apa yang tak sahnya?
hahaha...
ReplyDeleteberlaku atau tidak perceraian krn bai'ah tu, biarlah pihak mahkamah yg tentukan.
Yg pasti elaun yb memang haram.....
Ramainya jadi peguam syarie ni.....
ReplyDeleteRamainya jadi peguam syarie ni.....
ReplyDeleteRamainya jadi peguam syarie ni.....
ReplyDeletewalaupun Khalid khianat saya masa cinta padanya
ReplyDeleteI love u Khalid.
Jeff Ulu Bernam
Keadilan Reform
Tak Respect Boy Loser GHB
omakkau dah jadi lalang sama mcm zahid
ReplyDeleteomakkau dah jadi lalang sama mcm zahid
omakkau dah jadi lalang sama mcm zahid
omakkau dah jadi lalang sama mcm zahid
omakkau dah jadi lalang sama mcm zahid
omakkau dah jadi lalang sama mcm zahid
omakkau dah jadi lalang sama mcm zahid
omakkau kencing... sama mcm najib...
omakkau kencing... sama mcm najib...
omakkau kencing... sama mcm najib...
omakkau kencing... sama mcm najib...
omakkau kencing... sama mcm najib...
omakkau kencing... sama mcm najib...
omakkau kencing... sama mcm najib...
page omak ni letak gambar dacing je la...
page omak ni letak gambar dacing je la...
page omak ni letak gambar dacing je la...