Friday 4 September 2015

VIDEO PERAGUT SALAH PILIH MANGSA ... TERPILIH PENINJU WANITA PROFESIONAL AKHIRNYA KENA LAUK.



Jika sebelum ini ada sebuah video viral di mana seorang peninju wanita Malaysia cuba dirompak semasa baru sahaja memasuki perkarangan rumahnya. Dan wanita tersebut berjaya memukul perompak yang kemudiannya berjaya lari. Ini lebih kurang kes yang sama di mana seorang peninju wanita professional MMA dirompak oleh dua orang lelaki.

Monique Bastos, dan kawan-kawannya yang dalam perjalanan ke sesi latihan di Acailandia, Brazil apabila didatangi dua orang lelaki yang cuba merompaknya. Malangnya, mereka salah memilih mangsa kerana tidak mengetahu bahawa wanita ini mampu membelasah mereka hingga menangis.

Selepas menyedari mereka tidak bersenjata, Bastos memberitahu MMAFighting,com, “ Saya mengangkat roda belakang motorsikal yang dinaiki dan mereka jatuh ke tanah. Lelaki yang mengambil telefon saya melarikan diri, tetapi saya berjaya menahan yang seorang lagi.”

Selepas berjaya memegang lelaki tersebut, beliau mencekik lelaki tersebut dalam bentuk segitiga selama 15 minit sehingga dia menangis ketakutan. Sementara itu, rakan-rakannya memeriksa dompet lelaki tersebut.

Nampaknya ini bukan pertama kali lelaki ini melakukan jenayah ini. “Saya dah pernah melalui situasi begini sebelum ini dan ini kali kedua saya melawan balik. “

Haa, jangan main-main dengan perempuan zaman sekarang okay? Silap-silap anda yang kena belasah dengan wanita gagah seperti ini.

3 comments:

  1. Ya omakkau jgn tersilap memilih parti nanti anda akan menjadi lauk.kena goreng ke.ha ha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye penyokong GHB PKR jangan trsalah pilih rakan untuk pakatan politik.. nnti jadi lauk makanan hanjing sosialis liberalis...

      Delete
  2. Dah kena kepit kepala camtu tau plak mnangis.....memang padan ngn muka tu...

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...