Tuesday 6 October 2015

TUDUH AMBIL DUIT RAKYAT MASUK POKET SENDIRI NAJIB SAMAN FITNAH LING LIONG SIK.



Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas Presiden MCA, Tan Sri Dr. Ling Liong Sik kerana didakwa membuat kenyataan fitnah terhadap Perdana Menteri baru-baru ini.

Najib mengambil tindakan itu menerusi firma guaman yang mewakilinya secara peribadi, Hafarizam Wan & Aisha Mubarak.

Dalam notis tuntutan saman itu, firma berkenaan memaklumkan mereka telah diarahkan oleh anak guamnya (Najib) untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Liong Sik kerana kenyataannya yang disiarkan MalayMailOnline pada 3 Oktober lalu.

Dalam kenyataan itu, Liong Sik, bekas Menteri Pengangkutan dilaporkan menyokong gesaan Tun Dr Mahathir Mohamad supaya Najib dijatuhkan kerana mengambil duit rakyat untuk mengisi poketnya sendiri.

Dalam surat tuntutan itu, Najib menuntut Liong Sik menarik balik kenyataan, membuat permohonan maaf dan menuntut pampasan sewajarnya kerana membuat fitnah itu.

10 comments:

  1. Yg menyiasat kena pindah/diberhentikan. Yg bersuara kena saman. PAC naik pangkat menteri, najib terlepas lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha....kuasa siapa pegang pihak berkuasa ikut arahan siapa maka inilah jadinya salah pun tak salah sebab tu kongsi gelap semakin berkuasa semua kerana kuasa dan wang. Ketamakkan manusia tidak akan berhenti dan sebab itu rakyat kena hentikan sebelum kita hidup merana.

      Delete
  2. Rakyat merempat, negara tergadai jika najib tandatangani TPPA.

    ReplyDelete
  3. Anak ko curi seringit duit ko pun ko tau...ini belion2 bang..mustahil tak dpt tau...najib berani kerana benar..cuma cai2 otak dah senget tak dpt terima...

    ReplyDelete
  4. Kenapa najib tak mengaku/nafi pada peringkat awal? Siap ada menteri & orang pas ckp bodohlah najib kalau masuk berbillion dalam akaun peribadi. Kenapa liat sgt nk beritahu nama penderma arab bodoh nk mampus tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukankah kamu terlebih dahulu mempercayai bahawa 2.6 b itu adalah sebahagian dari 42b yg ditanggung sebagai hilang menerusi 1mdb (duit rakyat) ... siasatan SPRM mengesahkan 2.6b itu adalah derma@dana dari timur tengah dan ia melibatkan antara najib dan sipemberi dana (khianat atau jujur) sifat didlm urusan itu bukanlah kamu yg menjadi penggalasnya (tidak melibatkan harta awam) .... org2 seperti kamu sangat mirip kelakuan dan sifatnya laksana kaum yahudi .. "bertanya kemudian mempersoalkan lalu membina prasangka buruk dan akhirnya melakukan fitnah" ... ketahui juga nafsu kamu tidak akan puas walau dikhabarkan pihak mana yg sanggup mengeluarkan dana sebanyak itu kepada najib .. kemudian kamu berpaling sambil berkata " sedikitpun aku tidak mempercayai setiap butir katamu (najib)" .... itulah sifat bangsa yahudi ... :)

      Delete
  5. Buat penyokong umno...1mdb gagal menghantar penyata kewangan berakhir mac 2015 sebelum tarikh akhir 30 september 2015 kepada suruhanjaya syarikat. Deloitte selaku juruaudit pun turut gagal bagi penjelasan munasabah terhadap penyata kewangan tersebut. Kalau telus...tak jadi macam ni. Usd2.318 billion hilang dari kantung 1mdb. Mana perginya...kejap kt cayman island, kejap kt singapore...jumlah hampir sama dlm akaun najib dulu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku tak tahu akaun pun aku tahu macai pkr.projek danun itu dah siap ke belum aku tengok dah bulan 8bulan kenapa batang celucuk , loporan kowangan selangor menunjuk kan banyak penyelewaian belaku, laporan kowangan dah hantar pada pac jadi apa perlu hantar pada suruhanjaya syarikat ia suruhanjaya pendaftaran sebab ia syarikat kerajaan ia tak perlu di siasat oleh suruhanjaya syarikat.

      Delete
  6. Liong Sik ini alahai ingat tak kes pkfz dulu kalau bukan kerana tun mahathir pergi kes mahkamah selamat dia Liong Sik dah lama dia di hukum penjara pak lah susah2 tangkap dia tun mahathir lepaskan dia

    ReplyDelete
  7. ostad bebiri muncul lagi membela pokjie sekadar untuk mendapat sekupang dua...oh malunya

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...