Saturday, 7 February 2015
ANWAR BERITAHU PETUA BAGAIMANA PAKATAN RAKYAT BOLEH TAWAN PUTRAJAYA PADA PRU 14 AKAN DATANG.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata jika dia dipenjarakan minggu depan, Pakatan Rakyat (PR) akan menang pada pilihan raya umum akan datang dan menawan Putrajaya.
Beliau berkata di sebalik semua serangan terhadap PR, gabungan pakatan masih memperoleh 52% undi popular dalam pilihan raya umum lalu.
“Rakyat sokong kita. Kita dapat 52%. Jika saya diletakkan dalam penjara sekali lagi, kita akan menang 60% (undi),” katanya di majlis minum petang bersama rakyat di Sungai Dua, Bayan Baru, Pulau Pinang, hari ini.
Dia mengulang lagi kenyataannya, berdasarkan kepada undang-undang dan keterangan saksi, dia pasti boleh dibebaskan.
“Jika itu semua tidak diikut, maka ‘lawan tetap lawan’,” katanya.
Anwar berkata dia ditanya berulang kali oleh media mengenai hukuman penjara.
“Saya tidak bersalah. Kenapa saya kena penjara?
“Adakah ekonomi akan jadi lebih baik jika di dipenjarakan? Adakah ia akan mengurangkan rasuah? Adakah ia akan menjaga kebajikan rakyat?
“Kita ada isu dengan kaum, agama dan ekonomi. Jangan belanja jutaan ringgit untuk cuba meletakkan saya di penjara,” katanya.
Anwar berkata dia ditawarkan suaka di luar negara tetapi menolaknya kerana dia mahu terus berada di sini dan berjuang.
Katanya tidak ada apa yang boleh menghalangnya daripada terus melawan terhadap penindasan demi negara dan rakyatnya.
“Tidak ada nilai wang boleh beli saya. Jangan ugut saya dengan penjara atau sabitan. Saya di sini untuk menyokong keperitan rakyat dan Malaysia.
“Saya tidak akan berkompromi atau menyerah,” katanya yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh.
Mahkamah Persekutuan akan menyampaikan keputusannya terhadap rayuan Anwar berhubung sabitan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, Selasa depan.
Anwar dibebaskan daripada tuduhan itu oleh Mahkamah Tinggi tetapi Mahkamah Rayuan mengenepikan keputusan itu tahun lalu dan menjatuhkan hukuman penjara 5 tahun terhadapnya.
ULASAN OMAK KAU:-
Pada yang gelojoh dan pelahap kuasa tidak menyempat nak ke Putrajaya sudah pasti melihat kenyataan ini sebagai peluang terbaik PR mau ke Putrajaya secara mudah tanpa perlu kerja bertungkus lumus dan berhempas pulas.
Pada yang golongan pembenci Anwar Ibrahim sudah pasti menerima kenyataan ini dengan rasa gusar, kecut senak perut dan ketar kepala lutut.
Jika yang ucapkan ungkapan ini bukannya Anwar Ibrahim terutamanya dari pemimpin PAS sudah pasti ada yang melompat melatah bengang naik angin satu badan kononnya seronok Anwar di humban ke penjara dengan kata-kata ANWAR MASIH RELEVAN.
Oleh sebab ini diucapkan sendiri oleh tuan punya diri maka sudah pasti para pengkagum dan pemujanya akan membuat penilaian dari sudut lain pula .. suatu amaran dan peringatan kepada kerajaan UMNO/BN betapa mempenjarakan Anwar bukannya cara terbaik untuk menyelamatkan Putrajaya dari dirampas PR sebaliknya menggerakkan lagi sokongan rakyat bagi mempastikan UMNO/BN disepak terajang keluar dari terus menguasai Putrajaya pada PRU 14 nanti.
Penilaian dan analisa di buat bukan berdasarkan kepada kebenaran tetapi lebih bersifat emosi atas siapa yang bercakap.
Sebab itu kena bijak melihat yang tersirat bukannya sekadar pandang yang tersurat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
Sultan Brunei, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sult...
Fakta ahli2 pkr tahu Yg aku dengar dari ahli pkr
ReplyDelete1)ramai ahli pkr percaya dna liwat saipul itu dari dna 1997
2) ramai ahli pkr percaya dna anwar 1997 dimasuk oleh saipul guna jari di jubor
3)ramai ahli pkr pecaya dna anwar 1997 dimasuk oleh saipul guna dildo di jubor
4)Ramai ahli pkr pecaya dna seluar saipul dicemari.
Ini aku dengar dari ahli pkr sendiri ini tak masuk akal aku dengan dari ahli pkr itu
1)anwar sendiri tak nak serah dna baru untuk padankan dengan dengan dna ada dalam jubor saipul
2)Telah belaku pecah dara bontot saipul
3)Dna 1997 terpaksa di gunakan untuk padankan pada dna bontot saipul
4)dna 1997 terpaksa digunakan untuk padankan pada Cadar ,berus gigi, dan tuala good moning
5)Pakar forensit tahu lama dan baru dna itu
6)Bungkus dna tak di buka pun walau dalam almari
Jadi fakta di berikan pihak hakim tak boleh dicabar pihak pembela disebab bukti cukup ini menbukti anwar bersalah .cuba korang fikir kenapa anwar sendiri tak mahu berkerjasama untuk menberikan dna baru, ini menbukti anwar langsung tak percaya pada polis dan anwar sendiri takut pada undang2 negara. Anwar cuba ada siri jelajah rakyat sebab nak minta simpati dan buat rusuhan konon dia terarnyaya, kalau betul anwar teranyaya kenapa dia sendiri tak percayai polis, kalau macam itu kalau aku rogol orang kemudian aku sendiri tak dna bagi pada polis apa korang cakap, pasti korang teruk dia ini dah rogol orang kemudian tak nak bagi dna dia pada polis untuk dijadikan bahan bukti dan menbukti dia tak bersalah.
Ini sikap anwar yg aku tengok dalam kes ini
1)tak mempercayai undang2 ada di malaysia ini
2)cuba meheret jabatan agama
3)Cuba minta 4saksi
4)Cuba merendah2 mahkamah negara
5)Memastikan dia melepas diri dengan penipuan nya
6)Mengunakan dan lemah2kan akta bahan bukti dan saksi
7)Cuba belakon konon dia terarnyaya oleh kerjaan malah sangup berlakon jadi ustaz Walau dia tak pandai pasal agama
Pekara ini aku ingin tak tanya pada penipu rakyat pkr ini
mengarut.... loyar buruk.... manyak auta daa....!!!
Deletegrhaiiik phtuiiii....!!!
KES LIWAT INI ANTARA ANWAR & JUBOR SAIFUL
DeleteTAKDE KENA MENGENA DENGAN KERAJAAN
KAH KAH KAH
KALAU DAH KAKI SPIN TU SAMPAI KIAMAT LA KUAT TIPU
TAKKAN JUBOR SAIFUL BOLEH DI RASUAH UNTUK DI LIWAT
KAH KAH KAH
KITA TUNGGU DAN LIHAT BERAPA RAMAI DAH TOLAK PR
AKU SALAH SEORANG DARI 52% YG UNDI PR
LEPAS NI TAKDE DAH LA
AKU TERPEDAYA DENGAN PUAK2 DAJAL EJEN YAHUDI
AKU TERTIPU DGN PAS KONONNYA ALIM
PADAHAL PERJUANGAN PAS ALA KHAWARIJ & ADA YG LIBERAL
ADA YG KOMUNIS SOSIALIS & SYIAH PUN ADE
DAPigs TAK PAYAH CAKAP LA MEMANG ANTI ISLAM
MAKIN KURANG AJAR DAPigs NI
KITA TUNGGU DAN LIHAT BERAPA RAMAI YG TOLAK PR
KAH KAH KAH
Dia bleh lari...duit byk...bleh idup senang...tp napa dia nak msk penjara...kalau lah mmg dia buat....aku rasa anwar org paling bodoh dlm dunia nie...dah la tua...kompom msk neraka...lg mau idup susah kat dunia....bjoe...
ReplyDeleteooo.... kompom masuk neraka haa... ko ingat neraka tu mak bapak ko punya ka...... ko ni mazhab al punah agak nya..... ngaji ngan rasul dahri kan...? betul la ko ni khawarij moden...
DeleteAngan2 mat jenin anwar nak tawan puterjaya 16 sept tak kesampaian, berangan angan nak jdi pm tak juga kesampaian, umur dah tua bangka, kesian. ..teruskan berangan..teruskan menjenin..lawan tetap lawan..angan2 tetap angan2..sampai tak sampai lain cerita, yg penting angan2..kihkihkih..
ReplyDeleteAnon 21.03 menulis '...kalau betul anwar teraniaya, kenapa dia sendiri tak percayai pada polis?'
ReplyDeleteLogik apa ini ?
Kononnya kalau dia di penjara pakatan akan tawan putrajaya, mcm le kononnya Takdir ada dlm genggamannya yg boleh mentakdirkan sesuatu yg belum terjadi, sudah la aljuburi org dah muak dngn kelentong bodoh kau tu.
ReplyDeleteHang kata hang akan menang sejak hang mula masuk penjara dulu --- 15 tahun dulu.
ReplyDeleteDan semua org suspend saja pada 16/9/2008 sama ada hang berjaya atau tidak membeli 30 MP BN untuk masuk PR.... Habuk put tarak....Ghaflah saja banyak.
lalu berkatalah sitertuduh ..jika dia dipenjara maka benarlah pada dakwaan "konspirasi" yg menjadi benteng pada dirinya...dia tidak "bersalah" bersandarkan pada kuatnya hujjah daripada para peguambelanya dan keterangan para saksinya ... soal dia meliwat atau tidak bukan lagi menjadi persoalan ...maka bersetujulah pada sekalian pentaasubnya ..tetapi tahukah kamu sipenuduh juga membawakan hujjah dan persaksian yg menguatkan pada tuduhannya ...tetapi tatkala anwar "berpaling" dari bersandarkan pada penyaksian yg menyerahkannya kepada Dzat Allah swt dengan lafaz " wallahi" ..sedangkan di pihak penuduh telahpun melafazkannya ... maka bagi golongan yg berilmu dan berakal tahulah akan mereka betapa sesungguhnya ...keengganan anwar dari melafazkan kalimah "wallahi" sebagai saksi untuk membela diri ...jelas menunjukkan dia berkemungkinan besar melakukan perbuatan liwat sebagaimana seperti yg didakwakan ...adapun haram bagi umat islam dari melindungi apatahlagi mengangkat seorang yg melakukan liwat sebagai ketuanya ...maka tungguhlah kamu wahai para pentaasub anwar pada kecelakaan yg bakal menanti kamu
ReplyDeleteTerlepasnya anwar dari segala kemuliaan..kuasa..dan pangkat yg pernah ia kecapi bukanlah semata2 kerana berlakunya "konspirasi" dari musuh politiknya ... Asbab utamanya hasil dari kesongsangan hawa nafsunya sendiri...dan kekal ia sebagai pemimpin adalah akibat dari pengkhianatan ilmu yg dilakukan oleh kepimpinan PAS yg bersifat khawarij ... dan tatkala sebahagian besar dari kepimpinan khawarij masih lagi hidup dan berkuasa ditarik juga kemuliaan dan maruahnya... hadi awang dengan kemuliaan sebagai timbalan ulama sedunia tidak mampu untuk menolak gelaran yg aib lagi hina dari para pengikutnya sendiri .. apakah yg berlaku ini secara tiba2 ? ...sesungguhnya Allahswt tidak menzalimi hambaNya ....selagi PAS kekal berkhianat dengan terus melindungi anwar ...maka kekal mereka bergelumang dengan kehinaan sesuai dengan apa yg mereka kerjakan ...si pelaku liwat kekal menjadi ketuanya ...sedarlah wahai saudaraku
ReplyDeleteElok juga Pak Pandir Ketum ke penjara...merasa jugak Pakatan menang PRU nanti..
ReplyDeleteKALAU BETUL PR BOLEH TAWAN PUTRAJAYA JIKA ANWAR MASUK PENJARA, ELOKLAH ANWAR MASUK PENJARA...heeee
ReplyDeleteSonang yo nuar. Suruh PAS buek kojo, DAP buek untung lopeh tu sumo kementerian PKR dan DAP pogang.
ReplyDeleteZUNAR MENULIS: "BARUA BERJUBAH HITAM BANGGA JATUHKAN HUKUMAN".HABUAN DARI TUAN POLITIK PASTI LUMAYAN."
ReplyDeleteYeargghh...#LAWAN TETAP LAWAN.!!!