Friday, 6 February 2015
KARIAH YANG TIDAK PERNAH HADIR SOLAT JUMAAT DI MASJID, JENAZAHNYA TIDAK AKAN DI SEMBAHYANGKAN DI MASJID????
Kini telah menjadi hebuh, riuh rendah dan gegak gempita di alam siber betapa surat pekeliling yang dikeluarkan oleh pemegang amanah Masjid Jamek Sungai Puyu, Butterworth, Pulau Pinang keopada semua penduduk dan anak Kariah masjid berkenaan betapa penduduk Kariah yang tidak pernah hadir untuk solat Jumaat di masjid jika berlaku kematian, jenazahnya tidak akan disolatkan dalam masjid sebaliknya akan disembahyangkan dirumah arwah berkenaan dan akan terus di bawa ke tanah perkuburan untuk pengebumian.
Ini dikatakan suatu ketetapan telah diambil dalam suatu mesyuarat agung bertarikh 20 -07-2008 lalu.
Surat pekeliling berkenaan dikatakan ditanda tangani oleh Pegerusi dan Timbalan Pengerusi serta Imam (1) masjid berkenaan.
Pertama ... adakah benar surat pekeliling itu memang wujud ... kedua .. adakah dibenarkan dalam agama Islam supaya jenazah yang tidak solat Jumaat di masjid dikawasan dia tinggal maka jenazahnya tidak boleh disolatkan dalam masjid tetapi sekadar dirumahnya sahaja.
Mohon pihak Masjid Jamek Sungai Puyu, Butterworth, Pulau Pinang memberikan respon demi pencerahan dan kebenaran.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
Sultan Brunei, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sult...
Kalau betul pun bagus tu..msjid takyah subahat dgn pelaku dosa tak solat jumaat ..klu x salah ada hadis sohih brmaksud sesiapa x mnunaikan solat jumaat 3 kali brturut2 dgn sengaja maka jatuh kafir..nauzubillahi min zaalik
ReplyDeleteManusia telah mendahului tuhan dalam menjatuhkan hukum.
Deletesekali pandang, hanya penduduk yang kerja berdekatan atau tak ade kerja saja yang boleh di sembahyangkan dimasjid
Yang kerja kat penang atau lebih jauh dan pulang seminggu sekali tak layak.
Jangan jatuh hukum itu hak Allah yang menentukan dosa pahala bukan kita. Kita kena prasangka baik. Walau pun dia tak sembahyang Jumaat, kita tidak boleh menghukumnya. Mungkin dia lagi baik dari kita.
DeleteSekadar amaran manusia ...Amaran Allah lebih nyata..knaper harus ingkar perintahnya.hukum telah jelas.Tlglah ngaji ...
DeleteIni kalau orang bodoh dan jahil agama diberi kuasa untuk mentadbir masjid......Melayu makin sesat dan jahil... Tidak kenal mana perintah dan larangan Allah...Adakah iman dan pengerusi di situ tidak tahu adalah berdosa besar jika iman dan makmum kampung itu tidak mahu semayangkan jenazah..
DeletePenang lagi, tak jauh dari Permatang Pauh pulak tu. Weiiiiii Anwar, kamu repair lah Penang tu, paling tidak Suruh LGE Blah hang ganti dia. Macam taj biasa, hang nak ganti MB Selangor dgn bini hang dulu.
ReplyDeletePasal ceramah2 dan kempen, kamu serahkan kpd Azmin untuk membawa panji2 reformasi. Nilah susah, dah lah Nepotism, gila kuasa tak tau nak pencen.
Alang2 mau nepotism hang pi mengaji dgn Junta Korea Utara tu. Baru royal punya nepotism
Jeff Ulu Yam
Reformist Mantap
nama pun jeff,kafir lah tu,tak pernah pergi solat jumaat pun.mati nanti dia dibakarje
DeleteAnon 9;59,
DeleteBenarlah kata Jeff tu. Aku kenal dia.,seorang mat tabligh yg selalu dgn lite ace dia.
Jgn tuduh orang kufr tak elok. Jeff ni dia maki Anwar sebab Anwar kejam okey la tu.
Saya org tabligh dan musykil Jeff org tabligh yg komen nya serupa org Umno.kami tabligh tidak sokong mana2 parti.Ada faham tak!!!
DeleteKan mengajak orang berjammah tu kerja bagus. Apa salahnya keluarkan amaran ,acam tu supaya kariah tidak langsung ke masjid atau je surau. lagi pun kalau berjamaah di surau kan sebagai tanda orang bertaqwa....
Deleteyang ni teman sokong sebagai satu peringatan kepada manusia yang degil untuk datang ke masjid....terutama lelaki yang dimaksudkan tu. pompuwan macam omakkau tak temasuk.....bagus mesyuarat macam tu.....salah satu cara nak hajo manusia yang malas ke masjid.
ReplyDeletecucu kulub......
Tapak kubur blkg msjid pun jgn bagi..suruh ja tanam blkg rmh
ReplyDeleteHidup lagi ko Jeff ulu yam ingatkan dah mampoooos.
ReplyDeleteBagi kami Boss PKR adalah Azmin. Kani menolah Clan Segam-Boot secara total (Mat Matang, Bini Matang dan anak Matang). PKR punya kempen kami akan tolong dgn syarat Anwar jangan terbabit.
DeleteKezaliman Anwar akan terus mekar dijiwa reformist macam kami. TSKI, Che Gu Bard dll dihina, dicerca ada dipecat dan ada digantung. Saya risau yang Mat Matang setaraf dgn Kora Utara dan Pol Pot Khmer Rouge
kalo yang dtg masjid setahun sekali sembayang raya macammana pulak heee
DeleteOrg yg mati tanggungjawab yang hidup, yang mati tetap mati yang hidup bole buat apa pun kat jenazah....yang hidup tu pun akan mati suatu hari nanti.....syurga itu belum pasti , tengok bola nak tau keputusan adalah kinit terakhir....jom solat jumaat.
ReplyDeleteBILA LAGI NAK ADAKAN TANAH PERKUBURAN MELAYU supaya kita boleh simpan mayat kaki putar alam, kaki fitnah, batu api, ... ?
ReplyDeleteTanya Anuar please
DeleteManusia memang degil.. itu jer makan dia..
ReplyDeleteAda satu degil, Anuar ibnu Beraheem. Patut mangkuk ni Dah pencen
DeleteDulu zaman madey. Anuar suruh dia step down. Zaman Dia Jadi boss party dia tak Mau bagi jalan kpd Azmin. ITU Aku cakap, Anuar torak jerr lebih
ReplyDeleteJIKA SURAT INI BENAR
ReplyDeleteYang tak solat Jumaat (kalau ada) ialah salah Jawatankuasa Masjid juga. Gagal jalan tugas mereka. Nak mentarbiah orang dan beri peringatan bukan macam ini.
Jawatan kuasa Masjid sila lihat diri dahulu. Kenapa tak lapor dahulu kepada Majlis/Agama negeri atas kesalahan anak kariah. Jawatan kuasa Masjid bukan pihak yang layak untuk MENJATUHKAN HUKUMAN atas seseorang. Sila lapor dahulu. Siasatlah dan jika ada arahan dan Hukuman menurut undang-undang baru laksanakan. Dari surat tersebut tidak di sebut arahan majlis Agama Negeri atau apa-apa melainkan keputusan mesyuarat. Adakah Jawatankausa MAsjid itu dah jadi naik taraf MUFTI ke?
Nak jatuh hukum seperti tak solat ke apa ke bukan HAK KAMU wahai Jawatankuasa Masjid. Ianya HAK MAjlis AGAMA NEGERI.
INI IALAH TINDAKAN SECARA BERSENDIRIAN YANG MELAMPAUI BIDANGKUASA DAN ZALIM.
Maka silalah jika ada yang mati antara Ahli Jawatankuasa Masjid jangan di sembahyangkan di Masjid juga sebab ini adalah kesalahan Jawatankuasa Masjid juga.
Hellonyg komen ni lulus 4 Thanawi keerrr
DeleteOrang yang sengaja tanpa sebab tak pergi sembahyang Jumaat memang dah kapir. Tak perlu nak solat2 lagi. Lepas mati bawak mayat dia kerumah mayat. Pakai cantik2 kemudian tanamlah dikawasan kubur kumpulan kategori ugama tidak pasti.
ReplyDeletewoww... banyak laser you punya mulut... jatuh hukum mengalahkan mufti .... ngaji kitab mana tu.... sampai begitu mudah menghukum kapir.... khawarij moden kut...
DeleteTerlalu mengikut syariat .... Namun cabang ilmu lain tak faham.....anda pasti anda islam kalau anda mengambil hak allah dlm menghukum. Bila anda beramal dan jatuh riak....anda mungkin golongan itu. Allah maha penentu tiada yg lain dpt mengukum....
DeleteTakde kaitan pun dng anwar ibrahim, ape ingat kamu boleh lepas dari mengata orang lain, bawak2 le bertaubat, macam diri tu baik sangat, bila nyawa sampai dihalkum baru tahu dosa buat fitnah orang lain sangat besar
ReplyDeleteMananada fitnah betulkam dia pecat TSKI. Dia sendiri announce
DeleteKalau betul mengumpat namanye, kalau tidak betul fitnah namenye, dua2 Allah benci, dia orang politik, dalam politik ape pun boleh jadi, kita ni jng terikut ikut dngan politik yg kita tidak ada ilmu dalamnye, buat dosa kering, yg rugi kita,,dah lah amalan kita tak seberape, tambah lagi dosa2 yg secara tidak lansung kita pikul sama, Allah bagi kita akal untuk bezakan yg baik dan yg buruk, kita nasihat je, terpulang nak terima,,masing2 ada akal
Delete10.37 tak habis dgn majlis agama negeri dan mufti. hal urusan masjid dah ada kuasa pada j/kuasa khariah masjid. ko ingat mufti dan majlis agama ambil pot ke hal macam tu. apa pulak zalim undang undang macam tu. tu cuma peringatan. kalu rasa nak disolatkan di masjid...rajin rajin le datang berjemaah.....ingat jk saja suka nak letak hukum. walhal nabi dah suruh jemaah ke masjid itu lebih penting....acah undang undang macam tu dah zalim ke.
ReplyDeleteundang2 baru pulak,nak jatuh hukum saja,inikah cara orang2 Islam berfikir?hukum,fitnah dan menghina sesama Islam,what the shame to all of you.tepuk dada tanya Iman.
ReplyDeleteSembahyang kat masjid ka, di bawa ke istana raja ka atau di solat kat rumah si mati saja atau atas padang bola bisa aja..... tak perlu omak kau kecohkan atau berasa gusar. Kepada si mati itu semua sudah tidak bermakna lagi. Hanya amalan beliau semasa hidup yang akan menentukan statusnya di alam kubur...tak gitu ustaz? Jika si mati memang seorang yang zuhud tetapi tidak pernah bersolat jumaat di masjid kariahnya kerana sebab-sebab tertentu, beliau akan tetap mendapat tempat yang baik walaupun jenazah beliau tidak disolatkan di masjid kampungnya. Begitu juga jika si mati memang setan gondol yang tak pernah solat jumaat, bila mati diletakkan jenazah di atas mimbar atau bumbung masjid sekali pun, nescaya tidak akan dapat membantu di alam barzakh. jadsi kita yang hidup ni kenapa suka buat kecuh!!!
ReplyDeleteTk d smyg pn tkpe.tggung je ler yg idup tu.tu sume ular dlm semak pya fatwa le tu.bangang,.................................masjd tu duik atuk die yg buat tu gamaknye.kalo plet keta die x ikot spec jpj,mati sok smyg kt mane.awak kt mane,,,,,,awk kt mane,,,,,....
ReplyDeletejgn ingt org x ke masjid x berjemaah. mna tau org tu jemaah ngn anak bini. jdi imam pd mak ayah adik2 kt umah. klu g masjid nk tunjuk alim dh jatuh riak. g masjid nk politik mengata jiran2 tetangga cmne plak tu. ada jugk yg kerja x tentu masa. x kan org tu x jemaah. sedangkn kt tmpt kj pun berjemaah. klu btol pekeliling tu kluar...mmg yg draft surat tu pakai kepala lutut. otak sempit. iman kurang. ibadat bukn di mata kita. dlm hati buat ibadat dgn ikhlas dn suruhan Allah swt. bukn manusia yg suruh. klu sbb ke masjid sbb tok iman atau ajk masjid....ibadat tu utk sape sbnarnya....klu celik hati nmpk la....bye
ReplyDeleteCuba baca betul-betul kenyataan tu. Dia hanya tak membenarkan di sembahyangkan di surau sahaja bukannya x nak di sembahyangkan langsung. Memang patut pun diberi amaran macam tu. Takkan sesekali tak boleh nak berjemaah kat masjid atau surau tempat tinggal sendiri.
ReplyDeleteToksah kecoh bab ni...tak de hal pun... kalau mati, solat kat rumah terus ke tanah perkuburan...bukan syarat wajib perlu disolatkan di masjid atau surau
ReplyDeleteTolong faham surat itu betul-betul sebelum komen. Kami faham dengan yang berkerja diluar tapi yang dah pencen tidak pernah pijak kaki ka masjid bersembahyang jumaat bagaimana?
ReplyDeleteKEBENARAN ITU PAHIT, KEADILAN ITU PERIT, PERJUANGAN ITU SAKIT, RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DITOLAK.
ReplyDeleteaikk! xde da 'KAMI BENCI UMNO! UMNO IS DEAD!'? Wadehell? mne pergi tagline keramat tuuu ....??
Tahap wali ...... Solat jenazah pun beza membeza....sempurna sangat ke solat kita.....solat jumaat kita.....amalan kita....termasuk ajk ajk tu.....mulia sangat ke ajk2 tu...ada sijil layak disembyangkan dimasjid ke mereka....mabuk todi kot...amarah mereka dh bole kawal ke......
ReplyDeleteMemang bagus dan patut pon dilaksanakan begini. Secara tak langsung, mereka yang masih hidup perlu ambil ikhtibar supaya jejakkan kaki ke masjid kariah mereka. Tidak ada lagi nas yang mengatakan kalau jenazah tak disembahyangkan di masjid, tidak boleh dikebumikan. Sembahyangkan saja di rumah.
ReplyDeleteTerima kasih AJK masjid atas ketetapan tersebut. Ini mengajar semua muslimin dan muslimat termasuk saya untuk sentiasa mengimarahkan masjid jika tidak ada keuzuran. Solat berjemaah itu lebih afdal untuk kaum Adam.
Al-Quran dan As-Sunnah Didaulatkan. Ketika Itu Islam Dijulangkan.
Allahuakhbar!!!
tak ada dalam syarak kena buat sembahyang jenazah di masjid... di mana pun boleh sembahyang jenazah... hatta di tepi liang lahat pun boleh buat sembahyang jenazah. yg tak boleh tak disembahyangkan saja... jadi apa masalahnya? rasanya tak ada nas yg menjamin jenazah yg disembahyang di masjid dimain syurga... tak gitu ustaz!
ReplyDelete