Tuesday 10 February 2015

MAHKAMAH PERSEKUTUAN MENGEKALKAN HUKUMAN PENJARA LIMA TAHUN KEATAS DSAI.


Ketua Hakim Negara berkata mahkamah mengekalkan hukuman penjara lima tahun seperti dijatuhkan oleh Mahkamah Rayuan sebelum ini.

Panel Hakim Mahkamah Persekutuan kemudian beredar daripada mahkamah. Laungan "reformasi" dan "Allahuakhbar" berkumandang dalam mahkamah. Anwar memeluk penyokongnya.

20 comments:

  1. Allah S.W.T. berfirman yang maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang mendatangkan fitnah kepada orang-orang mukmin laki-laki dan perempuan, kemudian mereka tidak bertaubat, maka bagi mereka azab jahannam dan bagi mereka azab (neraka) yang sangat pedih”. (Q.S. al-Buruj: 10)

    Allah S.W.T. berfirman yang maksudnya: “Berbuat fitnah lebih besar dosanya daripada membunuh. (Q.S. al-Baqarah: 217)

    Allah S.W.T. berfirman yang maksudnya: “Wahai orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa berita, maka selidikilah (untuk menentukan kebenarannya) supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.” (Q.S. al-Hujurat: 6)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan sekali kali menolak...
      walau apa kita rancang...
      Allah yg menentukan...
      jadi inilah ketentuan Allah...kamu bukan Allah yg boleh menentukan nasib org lain..


      Delete
  2. Alhamdulillah keputusan yang ditunggu-tunggu tlah terjawab. Maka terpahatlah segala-galanya di batu sejarah melayu dan tidak akan terpadam kecuali dengan izin Allah SWT. Kalau ter tuduh benar bersalah maka pintu taubat belum tertutup. Kalau tertuduh tidak bersalah maka tuan akan menerima ganjarannya diakhirat nanti. Jika yang menuduh benar maka tuan telah mendapat keadilan yang tuan mohon. Sekiranya yang menuduh hanya melemparkan fitnah maka belum terlambat untuk memohon maaf kepada yang tertuduh kerana be;masih hidup.
    Namun begitu jurang perpecahan dalam bangsa melayu kini bertambah luas dari pelbagai aspek terutamanya kepercayaan kepada ugama Islam. Ada yang tak percaya langsung kepada Islam, ada yang percaya sikit saja, ada yang percaya setengah sahaja, ada juga yang percaya mungkin 80% sahaja dan ada juga yang mempercayai sepenuhnya walau pun tidak ramai. Jalan menuju kepada perubahan politik yang besar sama ada secara aman atau pun tidak akan berlaku. Bahkan perpecahan akan datang juga akan melibatkan negeri-negeri seperti apa yang berlaku di Iraq, Sudan, Somalia dan juga Afghanistan. Yang terselamat hanyalah mereka yang kembali kepada Islam seluruhnya. Ingatlah insan melayu bahawa bangsa melayu belum pernah menang melawan penceroboh dari Portugis, Belanda,Inggeris dan Jepun. Bahkan bangsa melayulah yang ramai menjadi tali barut Jepun dizaman pemerintahannya!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju saudara... kerana terlalu byk politik kotor di malaysia...azab ALLAH tak kira tempat dan waktu. Cuma kita berdoa agar yg berugama islam.. Bykkan hadir solat berjemaah di masjid atau surau utk bina kekuatan islam.. Kalau tak tunggu lah azab dunia.. wallahualam

      Delete
  3. Bahan bukti dah lengkap dan jelas. Bertaubatlah sebelum terlambat.

    ReplyDelete
  4. NASIB PELAKUN KES LIWAT 1 (1998).

    Hakim kanan Mahkamah Persekutuan, Datuk S Augustine Paul meninggal dunia pada 2010 di Hospital Selayang. Beliau yang berusia 65 tahun, difahamkan meninggal dunia kerana penyakit barah.

    Ummi Hafilda Ali: Salah seorang dalang utama dalam konspirasi Anwar, telah digugurkan menjadi anak kepada bapanya sebelum beliau meninggal. Azmin Ali yang sebapa dengan Ummi mengesahkan perkara tersebut.

    Azizan Abu Bakar: Rakan konspirasi Ummi, telah terlibat dalam kemalangan kereta, menyebabkan kematian isterinya. Dia kemudian ditangkap kerana khalwat dan mengaku berzina depan hakim syariah lalu dihukum enam bulan penjara.

    Rahim Nor: Bekas Ketua Polis Negara pertama dimasukkan ke penjara, hilang pencen, tiada siapa mahu dekat dengan dia kini.

    Aziz Samsuddin: Ketua dalang dalam konspirasi terhadap Anwar, juga terlibat dalam kemalangan jalan raya dan isterinya juga meninggal dunia (selepas beliau bersumpah bahawa beliau tidak terlibat dalam konspirasi). Apabila mereka mengambil jenazah isterinya daripada hospital, didapati sekeping cek bernilai RM3 juta padanya, iaitu pemberian rasuah bagi meluluskan kontrak kepada sebuah syarikat Cina.

    Peguam Negara (Mohtar Abdullah) pada masa itu, yang bertanggungjawab menyediakan perbicaraan Anwar. Dia berada dalam koma selama setahun, setelah jatuh dan terhentak kepalanya, semasa mengalami angin ahmar. Para doktor di Pusat Perubatan Subang terpaksa membelah buka tengkoraknya bagi mengurangkan bengkak pada otaknya tetapi mereka tidak dapat menutupnya semula kerana bengkaknya tidak surut. Tengkorak itu, akhirnya ditampal dengan hanya menggunakan pita mengelak otaknya daripada terkeluar. Apabila akhirnya dia mati, kepalanya mengecut dan mereka yang melihatnya pada masa kematiannya, mengatakan dia nampak seakan-akan kepala kera. Sesuai benar dengan orang yang tidak menggunakan otaknya semasa hidup dan mempermainkan sistem kehakiman!

    Dr Ristina Majid, seorang lagi dalang konspirasi? Dia didapati mabuk tunggang-langgang semasa anak buahnya yang diserahkan kepadanya untuk dijaga, mati lemas dalam kolam renang. Bapanya juga telah tidak mengakunya sebagai anak sehingga dia mati, bapanya tidak memaafkannya atas apa yang telah dia lakukan ke atas Anwar. Dr Ristina juga mati kerana angin ahmar semasa berada dalam satu persidangan di Jakarta dan menemui ajal tanpa mendapat keampunan bapanya. Dr Ristina sebenarnya, ingin benar mengahwini Aziz Samsudin, tetapi Aziz menolak. Dan Azizan Abu Bakar buat seketika pernah bekerja dengan Dr Ristina sebagai pemandunya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita tungguuuu nasib pelakun liwat 2015 pula...

      Delete
    2. Tuhan maha mengetahui.
      Doa orang yg terinaya itu sangat .ustajab.
      Akhirnya doa saiful dimakbulkzn.
      Alhamdulillah !

      Delete
  5. Jgn tkejut kalau saiful lak pasni hidup dlm azab

    ReplyDelete
    Replies
    1. pun jangan terkejut kalau saiful pasni dalam kemewahan...

      Delete
  6. Moga2 pungkok dia berkudis selama2nya.

    ReplyDelete
  7. Yg tentu azab yg duduk hotel sg buloh tu. Lepas ni tunggu pulak saman saipul terhadap penjubur tu di mahkamah.

    ReplyDelete
  8. Hahaha......
    Hukuman kehakiman bukan allah tentukan sebaliknya manusia punyai kuasa tentukan, jadi jgn guna nama allah sesukahati dimana tiada kaitan dgnnya.
    Walaupun anwar dimskkan penjara tetapi semangatnya tetap bangkit malah semakin kuat dan besar utk tegakkan keadilan.
    Rakyat jgn jadi bodoh lg kalau nakkan perubahan mesti bersatu demi masa depan anakcucu kita bukan hanya pentingkan diri sdr dan akhirnya keturunan kita dizalimi. Tiada yg berkekalan dan tiada tak berubahanya, pokok yg dah lama bertegak pasti akan tumbang malah tak akan membuahkan hasilnya hanya bertahan selama yg mampu.

    ReplyDelete
  9. nuar. . .lu mana mau lari hghah.
    Mahkamah dunia tunggu sudah selesai.
    Mahkamah ahirat pulak tunggu.
    Bukan sikit kerosakan telah kau buat
    Dok dlm tu bertaubat lah !

    ReplyDelete
    Replies
    1. ko ni la senang2 cakap , kuman di seberang laut nampak , tapi gajah di tepi mata tak nampak... buta kayu daa...

      Delete
    2. Anon 19: 13 pm.
      Justice for saipul.

      Delete
  10. Azmin jd mb. Ko dok dlm penjara.
    Padan muka.
    Pembalasan Tuhan.

    ReplyDelete
  11. ZUNAR MENULIS: "BARUA BERJUBAH HITAM BANGGA JATUHKAN HUKUMAN".HABUAN DARI TUAN POLITIK PASTI LUMAYAN."
    Yeargghh...#LAWAN TETAP LAWAN.!!!

    ReplyDelete
  12. Hukuman Mahkamah Persekutuan termaklum. Hakikatnya kerana "diizinkan" Allah SWT, Yang MahaKuasa. Anwar sendiri, malailikat, syaitan yang tahu hakikat perjalanan. Hakim berpandukan hujjah dan fakta dan kajian . Rakyat . . ..tahu tapi ada hadnya. Pemerintah yg adil atas nama ISLAM "dipercayai" tiada. Maka pemerintah yg ada tak boleh dipercayai. Ada "hamba" Allah SWT yg tahu keadaan sebenar selain Anwar dan Saiful sendiri. Tidak siapa tahu keimanan, ketauhidan dan hati mereka berdua kecuali Allah SWT jua. Jika Malaysia laksana hukum Allah SWT, Saiful & Anwar selamat. Lagi, ada "hamba Allah" yg istimewa yg tiada padanya ketakutan dan kedukacitaan yg tahu rahsia ini tapi mereka penuh berdisiplin dan ada disiplin mereka tetsendiri. Orang politik berkepentingan diingatkan kerana tidak tahu hakikat sebenar. . ..dari PAS, PKR, UMNO yg beriman diingatkan, jangan bertepuk tangan dan paha gembira diatas musibah yg berlaku kpd saudara kita nanti berlaku pula "umpama menepuk air dalam dulang" . . . jika perangai politik demikian, anda telah meninggalkan kebenaran dan mengambil politik kotor. Anwar, jadikan anda mukmin yg sentiasa berwuduk ..... mendekatkan diri kpd Allah SWT. Jadikan diri anda selalu bersama alQuran dan alHadith w/pun falam penjara bukan tempat menuntut ilmu itu.
    . .ia adalah penjara. UMNOdan DAP senang hati dg apa yg berlaku ini. Lebih lagi DAP lebih suka senang kerana yg kafir itu tetap lawan kita dan kita tetap "lawan tetap lawan" mereka kerana iman dan kufur tetap lawan walaupun tahaluf siyasi. Anwar, jika anda yg tahu hakikat sebenar, rahsia anda dengan Allah SWT, Rabb kita . . ..bertaubatlah . . Allah SWT kan Maha al Ghafur dan ar Rahim .. . . Cuma ia dalam penjara. . ...pelik apa, "rehatlah bersama Allah SWT" . . .. .cuma daya terkilan.....anda tak pernah cakap ISLAM seperti Mursyidul Am dan Timb. Mursyidul Am PAS juga seperti Presiden PAS DSTGHH walaupun anda cakap dan cakap bahasa politik licik anda "menghormati ulamak" . . ..tapi, peluang masih ada . . ..Syed Qutb karang FDzQuran dlm jail . . .. .juga Pak Hamka Tafsir AlAzhar . . .anda tak mampu kerana anda tak belajar ISLAM spt TGNA, TGHD dan TGHH . . .. cakap saja seperti mereka yg "guru agama" . . .. cakaplah sokongan 1000 peratus peribu tentang hukum Allah SWT, hudud dan Daulah Islamiah. Kasi ajar sama DAP dan "pengikut setia anda dari PAS" Kepada Kak Wan . . . Banyak RM di habiskan, minta tolong habiskan utk tolong saya bina masjid dan pusat pendidikan pondok usrah MUHAMMADIAH ini. . ..masjid yg tergendala pembinaan . . ..mohon layari : www.masjiduthmani.blogspot.com . . ..( kan Kak Wan juga ada titik darah Kelate ! ) . . .. UMNO , tetap lawan bukan kerana UMNO . . .tepi kerana ia tidak laksana malah memandang serong kpd hukum Allah SWT dan UMNO telah terbukti tidak boleh menyelamatkan Malaysia dan rakyat beriman yg beriman dari azab Allah SWT diakhirat malah menghancurkan akhirat rakyat dengan menjauhkan rakyat dari ilmu ketauhidan dan ketuhanan . . .alQuran dan alHadith . . ...
    . walLAAHu a lam . . .wassalam . . .tk blogger "omakkau" ..
    .. tk kpd yg sudi baca . . .maaf terlanjur bahasa Malaysia budu . . .

    ReplyDelete
  13. Resipi kebinasaan telah lengkap. Hanya menunggu untuk dimasak (binasa) sahaja. Harta negara kini berlegar dalam kelompok yang kecil sahaja. Tanggunjawab dan amanah dijadikan modal untuk mengaut kekayaan. Fitnah, adu domba dan permusuhan kerana tahta dan emas sungguh berleluasa. Sunnah Rasulullah diperlekehkan oleh yang berupaya. Perkara tempelan dan bidaah menjadi kelaziman. Jatidiri hanya dibibir dan murah sungguh harganya. Ukhwah dan salam hanya topeng untuk menimba sokongan. Banjir besar sebulan lalu hanya amaran atau percubaan sebelum kekalutan yang maha hebat, pedih dan derita akan melanda. Ya, semua akan mati tapi nasib kita tidak sama bila bertemu Yang Maha Kuasa. Jutaan RM atau Euro atau Sing Dollar atau Pound tidak akan dibawa. Istana dan kolam renang akan berganti tuan. Porsche, Aston Martin dan Bugatti begitu juga Rolex dan Constatine Vacheron bertukar tangan. Bahkan 'balak' lain akan menindih janda tuan diatas tilam dan katil yang tuan import dari Italy! Yang miskin mungkin meninggalkan pondok buruk atau basikal tua atau kolek usang. Kembalinya serupa. Kain putih yang akan reput. Jangan diharap tahlil dan doa orang!! Sendiri pergi sendiri bawa bekal. Belum terlambat untuk bertaubat dan melakukan amal soleh.Ingatlah tiada siapa yang menjangka Iraq akan punah ranah. Kekayaannya satu ketika dizaman moden ini telah dilambangkan dengan nilai matawangnya 1 dinar = RM8.00. Kini tiada keamanan dan ketenteraman. Kalau perkara sebegitu boleh berlaku dibumi anbiya' maka apalah yang boleh menghalang perkara seburuk itu untuk tidak berlaku disini?

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...