Tuesday 3 February 2015

RAJA NONG CHIK AKUI PENDEDAHAN CEK BERNILAI RM12 JUTA OLEH CHEGU BARD ADALAH KEPUNYAAN BELIAU DAN ISTERINYA.



Bekas Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin kesal dengan sikap sesetengah pihak yang meragui kemampuan orang Melayu berniaga.

Raja Nong Chik menyatakan kekesalannya terhadap pendedahan yang dibuat anggota PKR yang digantung keahlian, Badrul Hisham Shahrin atau CheguBard yang mempersoalkan cek bernilai lebih RM12 juta yang diterima atas namanya dan isteri.

Katanya, cek yang dimaksudkan oleh CheguBard itu merupakan aset miliknya yang sah, hasil perniagaan dan pelaburannya selama ini.

“Itu saya punya aset sendirilah. Sebelum saya menteri, saya dah ada dah aset tersebut. Itu persendirian. Saya dah berniaga lebih 30 tahun. Dalam perniagaan dan pelaburan saya, semua saya isytihar semasa jadi menteri.

“Semua ada rekod. Bukan duit haram,” Raja Nong Chik dipetik sebagai berkata oleh The Malaysian Insider.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu juga dipetik sebagai berkata beliau merupakan peniaga tulen yang sejak 30 tahun lalu memperjuangkan legasi Melayu dalam arena perniagaan.

Katanya, rekod perniagaannya dalam sektor perkilangan dan perkhidmatan boleh diperiksa jika ada mana-mana pihak yang sangsi tentang sumber kewangan itu.

“Tak mungkin tiada orang Melayu yang berjaya dalam perniagaan, apatah lagi saya sudah berniaga lebih 30 tahun, yang sebelum itu dimulakan bapa saya.

“Bapa saya pun ada aset sampai beratus juta. Kalau itu pun orang Melayu tak boleh buat, siapa lagi Melayu yang nak berniaga ini? Orang Melayu tak boleh berniaga ke?” soal beliau.

Menjelaskan gambar cek yang dimuat naik di blog CheguBard itu, Nong Chik berkata ia deraf bank yang dipindahkan dari satu bank ke bank lain bagi memastikan dividen bulanan tidak terlepas.

“Bank deraf itu dikeluarkan dari Maybank. Ada pelaburan yang saya tukar dari CIMB kepada Amanah Saham yang disyaratkan menggunakan bank deraf, supaya tidak terlepas satu bulan dividen," katanya.

Raja Nong Chik juga dipetik sebagai berkata bersedia untuk bertemu CheguBard agar persoalan yang diutarakan menerusi blognya terjawab.

“Saya bersedia berjumpa dengannya supaya ditarik balik kenyataan itu. Kalau tidak, mungkin saya kena ambil tindakan undang-undang kerana ia menjejaskan reputasi saya.

“Tiada apa yang saya mahu sorokkan,” katanya.

Menerusi blognya, CheguBard mempersoalkan kemampuan seorang bekas menteri mampu memiliki aset bernilai jutaan ringgit.

“Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) teruslah tutup mata, rakyat bodoh bawah ini kamu hambat dengan cukai pelbagai tetapi yang di atas itu berapa ya cukai yang dibayarnya?

“Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) teruslah membuta, lebih baik tangkap kes sarjan ambil rasuah RM50 banyak-banyak untuk turunkan indeks rasuah negara.

“Senang kerja dari tangkap jerung siasat bagai nak gila akhirnya buang kes pula,” katanya menerusi blognya chegubard.blogspot.com.

18 comments:

  1. Ada sprang kat Selangior kerja penasihat gaji 1 hinggit tapi claim 15 juta. Bersih konon. Bagi saya 2x5 dgn Mamat cheque 2 juta. Dajjal mengata dajjal., tapi hakikatnya dua dua suwey.

    Dajjal satu jenis ni dianggap suci murni Dan dujulang pembodek2

    ReplyDelete
  2. Wow banyaknya duit. Gunung mana ko jual. Kalau dah banyak itu duit meniaga buat apa main politik lagi. Pening kepala duit habis.

    Saman la cikgu Bad tu. Kalau ko boleh menang buntut Anwar aku taruhkan..kih..kih

    ReplyDelete
  3. ooo...dia niaga la rupa2nya... ooo... dah 30 tahun la... patut pun dia banyak duit... ahli perniagaan yg berjaya la katakan... ni la melayu contoh abad ini.... apa pun syabas diucap atas penjelasan nya....
    kita orangi ingat dia menabung sejak dari kecik lagi.... macam fat lady tu...

    ReplyDelete
  4. Kalau seorang bisnes man untung puluh juta buat apa beria samgat nak join politik nak jadi menteri. Tengok Mokhtar Al Bukhari dia tak join politik tapi meneruskan ligasi bapanya dalam perniagaan. Main wayang cina pula Nong Chik ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha. Lupa pesan ia kau sendiri tak tahu sejarah Mokhtar Al Bukhari bapa hanya seorang jual lembu aje apabila dia ambil alih dia menperbagai peniaga dia ada faham tak,

      Delete
  5. Org cina/india yg kaya raya ada berbilion orang tak kisah , bila org melayu ada dua tiga belas juta melalak satu negara. memang dasar org melayu tak boleh lihat org melayu lain senang,
    Kalau macam ini perangai org melalu, tak mustahil lama2 akan jadi kuli batak org cina/india di negeri melayu sendiri.

    ReplyDelete
  6. Kena terima hakikat.mudaha2an benar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau cek 12juta pun apa masalah nya dia meniaga dan keluarga kaya raya, lain dengan maharani p.pinang betty tiba2 jadi kaya kaorang tak ada pulak bising ia

      Delete
  7. Apa nak bising.....tunjuk je bukti.....tak payah ckp banyak, tunjuk je berapa bayar kat lhdn....kalau betul x der sapa nk persoalkan. Tunjuk jenis perniagaan, sykt apa dsbnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cakap banyak ko ni...ada slip gaji ko tayang kat pesbok...bodo

      Delete
  8. Melayu hai melayu ....sifat hasad dengki mmg dah sebati ....usaha utk berjaya mcm tu x nak ....dpat duit skit ngan cina hbis semua melayu digigit ....kiranya spesis anjing lah ni

    ReplyDelete
  9. Ada yg berkata bangsa melayu adalah bangsa yg mempunyai hasad dengki yg paling kuat terhadap apa yg ada kepada bangsanya sendiri...kecuali terhadap dirinya..kaum kerabatnya dan sesiapa yg ia sukai@ taasubkan..lalu tiadalah menjadi masalah jika kekayaan nong chik diadu dombakan oleh golongan yg memusuhinya kerana satu sebab yg paling utama yakni politik...maka bagi pentaasub PAS dan sekutunya...kekayaan nong chik bertambah adalah kerana tipu belitnya dan duduknya sebagai menteri pada masa yg lalu..

    ReplyDelete
  10. Memang mudah kerja puak2 PKR ni, mula2 dedah last2 mohon maaf kerana fitnah mcm kes janda berhias tempoh hari tapi org yg kena tahi dah penuh muka. Esok nak mati susah nak ngucap woh

    ReplyDelete
  11. Berapa kerat je melayu kaya2...cina yg be ribu 2 org kaya...tak habis2 hasad dengki...bodo punya org

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dengki mende...kalau dari jalan yang betul...yang orang pertikai kalau dari sumber yang salah....lagi satu cukup sekadar penjelasan melalui tweet atau fb sprm sudah berpuas hati tetapi TIDAK kepada musuh politik mereka...akan disiasat hingga lumat

      Delete
    2. sebut SATU je beliau amik dari sumber salah!!

      Delete
  12. Jgn lupa kerajaan yg ada hutang lebih 55% dr kdnk tu kerajaan MELAYU......

    ReplyDelete
  13. Perangai bangsa melayu tak habis habis dengan HASAD DENGKI NYA .. SAMPAI KIAMAT PUN MELAYU JADI LAYU ..
    KALAU BANGSA LAIN TIDAK MENGAPA .. TAK GITU OMAK KAU ..
    KALAU SENANG .. DI DENGKI
    KALAU SUSAH ... DI HINA ..
    Melayu .. nasib la kau di jadikan BANGSA MELAYU..

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...