Sunday, 8 February 2015

SUASANA SIRI JELAJAH RAKYAT HAKIM NEGARA LIWAT II PERMATANG PAUH.




Beginilah suasana dan sambutan siri Jelajah Rakyat Hakim Negara Liwat II di Tapak Pasar Malam, Ampang Jajar malam tadi.

Antara pemimpin yang kelihatan hadir bagi memberikan sokongan moral kepada DSAI dalam menempuh badai yang di harungi beliau kini dimana kata pemutus akhirnya pada hari Selasa 10hb Februari 2015 ialah Timbalan Presiden PAS, Hj Mohamad Sabu a.k.a Mat Sabu , Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, Dato' Menteri Besar Selangor YAB Hj Azmin b Hj Ali , Bekas Mejar Udara Zaidi, pimpinan PKR Pusat dan Negeri, pimpinan DAP peringkat Negeri dan beberapa pimpinan PAS peringkat negeri dan kawasan.

Sambutan diberikan adalah yang teramai setakah Jelajah Rakyat Hakim Negara mula bergerak 1hb Februari lalu di Kota Kinabalu Sabah ... dari maklumat yang disampaikan sekitar 2,500 ke 3,000 orang.

Jika dibandingkan dengan sambutan rakyat terhadap ceramah mega anjuran PR di kawasan Permatang Jauh sebelum ini, kena akui hakikat bahawa ianya jauh lebih kecil.

Tetapi syukur alhamdulillah, ada peningkatan angka kehadiran dari hari ke hari walaupun tidak sepertimana di harapkan.

Perlu terima kenyataan betapa jika PKR bergerak secara persendirian dalam menganjurkan ceramah perdana walaupun yang menjadi pemidato utamanya DSAI hatta melibatkan dirinya sendiri tanpa penglibatan PAS secara aktif dan erat, sambutannya kurang dari jangkaan dan kemahuan.

Sebab itu perlu ada sifat berjiwa besar akui akan kelemahan dan keterbatasan diri sendiri .. hulurkan ranting zaitun pendamaian .. hentikan gerak kerja caci cerca, maki hamun, sumpah seranah, fitnah dan sifat mendabik dada rasa diri itu amat hebat dan terlalu perkasa boleh berdiri tanpa bantuan rakan sekomponen dan segagasan.

Kena ingat ceramah malam tadi adalah kubu terkuat PKR dalam dunia .. tidak hairan jika kehadiran melimpah ruah sampai puluhan ribu pun tetapi akan musykil dan pelik jika yang datang berhimpun sekadar dibawah seribu orang.

Rapatkan saf ... buang kegoan sombong bongkak berlagak itu jauh-jauh .. jika masih menyimpan hasrat dan niat mau tawan Putrajaya kena kembalikan kegemilangan PR sebelum PRU 13 .. hentikan tempur politik yang asyik menunding jari kepada pihak lain tanpa mencermin diri sendiri tinjau sedalam-dalamnya apa kekurangan dan kesilapan yang ada.


KEBENARAN ITU PAHIT .. KEADILAN ITU PERIT ... PERJUANGAN ITU SAKIT... RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH .. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DI TOLAK.

22 comments:

  1. Nnpk ssgt la pasar malam sedang rancak berjalan dengan harapan orang singgah kejap dengar sapa plak yg tetpekik terlolong malam2 nih...lepas ceramah kena la tengok rakyat matang pauh ada yg nakan sadin hari2...klu x ade pasar malam mau mat matang tak hadir ceramah kat tempat sendiri...jom pantun lgi.....10.2 mat matang jatuh hukum...mahkamah tutup kah kah kah....Macai mat matang berkumpul di mahkamah...KL tutup... kah kah.....

    ReplyDelete
  2. Haha..ramai sbb org shopping psr mlm oi..nk rmai lg ceramah la kt stadium sblum start bolasepak.

    ReplyDelete
  3. Kat Matang Pauh macam ni. Cais kalau buat kat manjung, hippies pun tak Mau dengaq. Aku rasa yg datang kat Matang Pauh ni baru kena menderem

    ReplyDelete
  4. Korang suka me family tak berjenis ni

    ReplyDelete
  5. Bodoh punya komen, langsung xde isi.

    ReplyDelete
  6. 2,500-3,000 orang hadir untuk say "goodbye and rest in peace while in jail" to the most famous peliwat di Malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jgn la tmbah dosa bro .... x baik hina org .... Kalu btul DSAI bust da lama dia cabut luar negara ...

      Delete
  7. Saturday, 20 April 2013 07:55

    Anwar draws 30,000 crowd stretching 2km to nomination centre:Confident of taking Putrajaya Featured

    Written by Wong Choon Mei, Alaa Soleiman, Malaysia Chronicle


    Anwar draws 30,000 crowd stretching 2km to nomination centre:Confident of taking Putrajaya
    VIDEOS INSERTED UPDATE 5 BERAPIT, Penang - A three-cornered fight awaits Malaysian Opposition Leader Anwar Ibrahim at Permatang Pauh, a constituency he has held from the 1980s, but that is unlikely to worry him much.

    The more than 30,000-strong crowd stretching at least 2km long that accompanied him to the nomination centre at the Institut Kemahiran Belia Negara in Berapit, Penang is a testament to his huge popularity and resurgence as the country's foremost Malay leader.

    Made up of mostly everyday people from all age groups, the sheer numbers also underscores the amount of hope Malaysians have pinned on him and his Pakatan Rakyat coalition to effect change in the country. They want him not only to win the Permatang Pauh parliamentary seat but also to wrest the federal government from Prime Minister Najib Razak and the scandal-tainted Umno-BN coalition.


    ITULAH DIA ANWAR SEBELUM PRU13 DULU.

    SEKARANG BAGAIMANA ??????
    Raut mukanya saja nampak sangat dianya tak ceria langsung.

    ReplyDelete
  8. Betulka tumbuk muka.polar bear, Itu polar bear transform Jadi panda.

    ReplyDelete
  9. Tu jer yg dtng? Mna perginya yg 52% tu?...Kah Kah Kah

    ReplyDelete
  10. Hahaha......
    Anwar pasti di lepaskan dgn bukti yg mecurigakan malah bukti tak cukup utk jatuhkan hukuman keatas anwar. Hanya tipu muslihat nak jatuhkan maruah anwar demi melemahkan pejuangan pkr dalam pr. Namun perjuangan politik memang sukar utk di tempohi sgt memerlukan keyakinan keberani tidak takut atau berasa diri di lemahkan oleh pihak lawan mahupun ahli parti dalaman yg tak sehaluan demi kepentingan masing2 dan ada yg tak berpuashati dgn segala tugasan yg di beri dgn berfikir berat sebelah sehingga cuba nak jatuhkan maruah parti dan ahli parti lain.
    Inilah manusia yg suka menyindir memfitnah memputarbelitkan lari dari perjuangan yg di harapkan. Bagaimanapun anwar tak rugi Apa dgn umur yg semakin tua tetapi kita rakyat malaysia serta ahli2 party yg lain perjuangan semakin hampir tetapi kita masih mahu menghancurkannya yg boleh melemahkan segala harapan yg akhirnya kita juga yg rugi.

    ReplyDelete
  11. Geng bangang je yg hadir ceramah kosong versi basi dia tu..taklimat terakhir sebelum 'berehat' kt 'dalam'...

    ReplyDelete
  12. Ok la tu..daripada buat ceramah siap ada hamper cabutan bertuah..kihkihkih..

    ReplyDelete
  13. sayang pkr sayang, dap menentang hudup, kau membisu seribu bahasa. 2 x 5 dg eneno saja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi pkr itu jugak le yg pas dok pelok cium kan...

      Delete

  14. HAHAHAHA.....

    DI ATAS OMAK TULIS"
    Kena ingat ceramah malam tadi adalah kubu terkuat PKR dalam dunia .. tidak hairan jika kehadiran melimpah ruah sampai puluhan ribu pun tetapi akan musykil dan pelik jika yang datang berhimpun sekadar dibawah seribu orang.

    DI BAWAH PULAK DIA TULIS:
    hentikan tempur politik yang asyik menunding jari kepada pihak lain tanpa mencermin diri sendiri tinjau sedalam-dalamnya apa kekurangan dan kesilapan yang ada.

    APA JENIS MANUSIA OMAK NI?

    SIAPA YANG GALAK MENUDING JARI KE PIHAK LAIN KALAU BUKAN OMAK KAU?

    SATU JARI DIA SENTIASA TUDING KE ARAH AZMIN TAPI DIA BUAT-BUAT TAK PERASAN 4 JARI LAGI TUDING KE MUKA SENDIRI.

    ReplyDelete
  15. Maka disiap sediakan oleh para penyeleweng ilmu itu "sesuatu" untuk dikerjakan oleh para pentaasubnya ..pada hari jatuhnya hukum dalam kes liwat yg kedua kalinya untuk anwar ...jika lepas bebas maka bertempiklah mereka untuk merayakan "kejayaan" anwar ...jika disabit supaya menjalani hukum yg telah dijatuhkan maka bertempik juga para sipentaasub kerana "benarlah" pada dakwaan anwar yg dirinya "dikonspirasikan" ...tiadalah golongan ini menggunakan akalnya ...sama2lah kita menunggu pada 10 hb feb 2015 ... Apakah perancangan anwar berjaya atau sebaliknya ...dan apa pula reaksi dari kalangan para penjual beli ilmu dari PAS dan sekutunya ... sesungguhnya kamu benar2 merupakan golongan yg melampaui batas

    ReplyDelete
  16. Yg rasuah tipu harta rakyat la yg melampaui batas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. apakah kamu terlalu bodoh untuk mengetahui bahawasanya ... PAS dan sekutunya juga tidak terlepas dari penyakit rasuah ..hatta tiada satupun kerajaan di dlm dunia ini melainkan ia pasti menderitai pada penyakit rasuah didlmnya .. eloklah pada golongan yg tidak mengetahui supaya merujuk pada indeks persepsi rasuah untuk dijadikan panduan secara umum dimanakah tahap kroniknya malaysia ... di penang ..selangor dan kelantan telah bebas rasuah ke ? ..kalau takde ..bermakna kamu telah dipimpin oleh para "malaikat" yg turun kebumi .. selamat berbahagia wahai si pentaasub ..

      Delete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...