Sunday, 8 February 2015
TALI GANTUNG SADDAM HUSSEIN DIBIDA DENGAN HARGA RM21.64 JUTA.
Bagi sesetengah orang tali gantung mungkin menyeramkan untuk disimpan sebagai koleksi.
Namun, tali gantung yang digunakan untuk menamatkan riwayat bekas presiden Iraq, Saddam Hussein sebaliknya menjadi rebutan ramai walaupun nilainya mencecah puluhan juta.
Walau harga yang dibida bagi tali gantung itu kini mencecah 4.6 juta pound atau RM21.64 juta, ada peminat yang masih berebut-rebut untuk membida bagi memastikan artifak bersejarah itu menjadi milik mereka.
Portal berita United Kingdom, Mail Online melaporkan, tali gantung tersebut ketika ini dimiliki oleh bekas penasihat Pasukan Keselamatan Iraq, Dr. Mowaffak al-Rubaie.
Ia mula menjadi perhatian selepas laman web Al-Araby Al-Jadeed memuat naik gambar Dr. Mowaffak bersama tali gantung itu di Internet yang memaparkan beliau sedang menunjukkan tali gantung itu yang kini diletakkan pada patung gangsa bekas pemimpin Iraq itu.
“Beberapa pembida berminat untuk mendapatkan bahan bersejarah itu, antaranya dua usahawan dari Kuwait, keluarga hartawan dari Israel dan kumpulan agama yang berpusat di Iran.
“Bidaan tertinggi yang diterima ketika ini adalah 4.6 juta pound (RM21.64 juta),” kata laman web Al-Araby Al-Jadeed.
Bidaan tersebut bagaimanapun dikritik seorang anggota kumpulan hak asasi manusia, Ahmeed Saheed yang memberitahu laman web Al-Araby Al-Jadeed bahawa wang hasil bidaan itu perlu diserahkan kepada Jabatan Perbendaharaan Iraq dan bukannya menjadi hak milik peribadi.
Selepas memerintah Iraq selama 23 tahun, Saddam dihukum gantung sampai mati pada 30 Disember 2006 selepas Tribunal Khas Iraq mensabitkan beliau bersalah melakukan jenayah kemanusiaan.
Beliau sebelum itu diberkas oleh anggota tentera Amerika Syarikat di tempat persembunyiannya di Tikrit pada 2003.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
JANGAN KENA TIPU
ReplyDeleteTALI GANTUNG YANG DI BIDA HANYALAH HELAH
SEBENARNYA SI PEMBIDA NAK BERI DUIT UNTUK 'AGENDA' MEREKA
DIA TAK NAK ORANG TAHU KEPADA SIAPA DIA BERI DUIT
KALAU PINDAHKAN WANG TANPA SEBAB MUNGKIN AKAN DISYAKI
BIDA LA CARA PALING SENANG PINDAHKAN WANG
BUKAN DIA NAK TALI GANTUNG TU
TAPI DIA NAK BAGI WANG UNTUK 'AGENDA' MEREKA
PASTINYA INI GENG2 YAHUDI
kerja bodoh
ReplyDeletekerja bodoh
ReplyDeletePatung gangsa tu tak ada rupa saddam pun baik waktu dipuncak kuasa atau waktu kejatuhan beliau....
ReplyDeleteSemua ini kerja YAHUDI LAKNATULLAH
ReplyDelete