Monday 9 February 2015

TUDUH PEGAWAI POLIS NEGERI PULAU PINANG KETURUNAN INDIA TERLIBAT DALAM MELINDUNGI KUMPULAN PENJENAYAH, BEKAS AHLI PARLIMEN PADANG SERAI, N.GOBALAKRISNAN DITAHAN POLIS.




Bekas ahli Parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan ditahan hari ini bagi membantu siasatan berhubung tweet yang menuduh terdapat pegawai polis berketurunan India di Pulau Pinang melindungi kumpulan kongsi gelap Geng 04 dalam kegiatan dadah.
  
Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Abdul Rahman Ahmad berkata, bekas ahli parlimen dari PKR berusia 55 tahun itu ditahan di rumahnya di Kulim, Kedah pada pukul 3.30 petang selepas enggan hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut untuk diambil keterangan.
  
"Dia dibawa balik ke IPD Timur Laut dan polis akan memohon perintah reman daripada mahkamah esok bagi membolehkan kami merakam keterangan serta melengkapkan siasatan," katanya di sini hari ini.
  
Gobalakrishnan melalui twitternya pada 6 Feb menulis "Some Penang Indian police officers are strongly backing 04 gang which deals with drugs".
  
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi status akaun twitternya semalam menyifatkan kenyataan itu sebagai tohmahan serius kepada pasukan polis dan pihaknya akan menyiasat perkara itu.

 Abdul Rahman berkata, polis membuka tiga kertas siasatan iaitu menurut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah dan Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak memecahkan keamanan.
  
"Polis turut merampas telefon bimbit milik bekas ahli parlimen itu," katanya.

8 comments:

  1. Hamno tahik anjing.

    ReplyDelete
  2. Itu lah Gobala sedap sedap dudok.dalam.PR lari tinggalkan PR mesra BN. Apa nama.perjuangam lah kamu ini Gobala. Nanti.PM tel KP Pineng bebaskan kamu dalam.masa terdekat itu pun kalau PM.ingat lagi jasa kamu kalau dia.dah lupa merengkup lah kamu dalam.lokap.polis makan nasi lokap taugeh dengan ikan masin. Tak biasa makan muntaj lah ksmu nanti.

    ReplyDelete
  3. Terimakasih atas informasinya :) semoga sukses slalu .. Ditunggu informasi menarik selanjutnya :) senang berkunjung ke website anda, terimakasih. sekali lagi thanks.

    ReplyDelete
  4. itu semua poyo. hhhaaaaaaaaaaakkkk tuuuuuui.

    ReplyDelete
  5. itu semua poyo. hhhaaaaaaaaaaakkkk tuuuuuui.

    ReplyDelete
  6. Bsju biru kolar merah mesti omskkau ada satu. Kah kah kah. DLM gambar tu Dia bukak mulut macam Badak air. Kah kah kah

    ReplyDelete
  7. Jgn lupa lirik gerimis mengundang

    ReplyDelete
  8. kenapa Geng macai pkr cemburu sangat dengan geng macha 04, jangan risau geng macha 04 bagi anwar senang jika bagi layanan dengan baik Di penjara kajang nanti, geng macai pkr ini pasti Cemburu jika tak dapat bagi anwar jambu baru, maklum lah geng macha 04 bagi jambu baru dipenjara kajang nanti, anwar cakap aje nak gaya apa . Ha.ha....ha

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...