Thursday, 5 February 2015
ULAT SAGU ADALAH HARAM DI MAKAN OLEH UMAT ISLAM KATA MUFTI SARAWAK.
Kuching – Jabatan Mufti Negeri Sarawak (JMNS) mengumumkan secara rasmi bahawa ulat sagu atau lebih dikenali sebagai ulat mulong di kalangan masyarakat Sarawak adalah haram dan dilarang dalam Islam.
Mufti Negeri Sarawak, Datuk Kipli Yassin menasihatkan dan menegah umat Islam di negeri itu memakan ulat sagu itu dan mengetahui perkara berkaitan keputusan fatwa itu agar tidak terkeliru lagi di masa akan datang.
Selain itu, beliau juga menegah umat Islam di negeri itu mengambil bahagian dalam acara ritual ‘miring dan kaul.
“Bagi umat Islam, mereka tidak boleh menjalankan upacara ‘miring’ atau mengikut ritual semasa Pesta Kaul kerana ia ada melibatkan kepercayaan yang bertentangan dengan ajaran Islam dan hukum syarak.
“Maksudnya di sini, orang bukan Islam tetap boleh meneruskan upacara tersebut tetapi orang Islam tidak sepatutnya melibatkan diri,” katanya.
Bagaimanapun, tiada masalah bagi umat Islam menghadiri upacara tersebut. Tetapi dilarang untuk memuja hantu dan melakukan sebarang bentuk pemujaan.
Mengulas mengenai ulat sagu, keputusan fatwa yang melarang umat Islam memakannya telah lama dibuat. Ulat sagu telah ditetapkan sebagai sejenis ulat dan dalam hukum fiqah, semua ulat tidak boleh dimakan kerana dianggap sebagai suatu yang jijik dalam Islam.
“Namun, ingin ditegaskan bahawa kita bukan menghalang masyarakat bukan Islam untuk memakannya dan kita tidak mengganggu budaya mereka. Kita ada hukum agama masing-masing dan itu yang perlu diambil perhatian,” jelasnya.
Namun begitu, berbeza dengan ulat mulong, kejumah (temilok) boleh dimakan, jelasnya.
“Satu lagi ramai yang masyarakat tidak tahu ialah keputusan fatwa membenarkan temilok dimakan oleh orang Islam kerana kita telah mengkaji ia bukan hidupan dua alam.
“Salah satu syarat makanan haram ialah kita tidak boleh memakan binatang dua alam dan ia tiada najis dan sebagainya. Hukumnya ‘harus’ dimakan,” tambah Kipli.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
Sultan Brunei, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sult...
MASANYA DE FACTO PKR ISYTIHAR MASUK UMNO!!!!!
ReplyDeleteKebelakangan ini Anwar bin Ibrahim dengan beraninya turun naik dengan rakyat hakim negara Sebelum ini pecah berita ada berita banjir besar di Pantai Timur dimana ramai mangsa hilang tempat tinggal
Sikit habuk pun Anuar brahimtak sebut benda ni. Begitu juga geng2 keluarga dia mcm bini dia dan anka dia, sia2 saja jadi ahli parlimen dan Adun.
Makanya kalau ikut mazhab De Facto , Keadilan adalah untuk diri dia dan bukan untuk rakyat. Tapi kalau rakyat kena musibah, hatta dekat Permatang Pauh ada orang hari2 makan sardine, memang dia tak peduli. Ni lah contoh perangai manusia menipu kata Rakyat Hakim Negara
Nasihat Tulang Badak pada Anwar bin Ibrahim: Cepat2 lah masuk UMNO Berenti lah menyamar jadi Reformist
Tulang Badak
Murtabakwaves
Penyokong PKR anti Nepotism (PASNE)
Jangan ooi, UMNO dah bercerai dg dia dg talakk 3000 tau. Masuk UMNO pun buat pecah belah saja buat apa. Lebih baik dia pi melngkup dg PR nya,
DeleteBenar kata Tulang Badak, tapi kurang tepat. Sepatutnya Anuar Beraheem apply balik Jadi ahlul ameno Dan Ibrahim Ali atau Zul.Kulim kita lantik jadi De Facto. Terus Mereng DAP
DeleteJeff Ulu Yam
Reformist Sejati
Selalu makan ulat, otak jadi berulat. Bila otak berulat semua yang baik di lihat jahat. Jahat pula di nobat baik ! Kelakuan syait0n.
ReplyDeleteBinatang dua alam banyak jenis. Satu yang popular ketam bakau. Ada yang ghairah makan ketam ini. Haram di makan apa lagi di buat teman tidur kerana sekali terkena sepit nya, nauzubillah min zalik. Kraaap! Putus jua jadi nya.
Pemakanan menentukan peribadi. Selalu sondol-sondol kita tahu jenis nya. Selalu menyalak juga tidak baik. Jenis berkokok selalu nya daging keras dan ekor gelumang taik. Ternakan jenis mengembek sedap di masak kari. Janapari spesis gah dalam kelas nya. Janggut stail. Mengemboh dan menguak memang tradisi nya di saran bela. He..he...
Islam mementingkan makanan. Halal dan haram nya. Namun, manusia sentiasa suka sangat dengan benda haram membuncitkan perut. Kemudian gelak berderai-derai. Tidur nya berjujai.
Maaf omakkau. Sedikit senaman otak untuk yang berulat.
Ketam bakau boleh dimakan.. yg haram ketam batu.. ada perbezaannya.. sila google
DeleteSepatutnya..saudara Anwar Ibrahim .. menerima jawatan MUFTI .. APA LAGI YANG ANWAR NAK .. RUMAH KATA PERGI .. KUBUR KATA MARI ..
ReplyDeleteNAK KEJAR APA LAGI ..
MUNGKIN HABIS KOT .. BILA JASAD DI BUNGKUS & DIIKAT ATAS BAWAH ..
Harap mufti tunjuk hukum fiqh mana yg kata semua ulat dianggap jijik dalam Islam.
ReplyDeleteSetahu gue mufti ni pendiam tak banyak miulut, ttpi bila dah mula bersuara, mohon keluar sikit fatwa mengenai menebas hutan secara semaumaunya, hingga menyumbang kpd banjir besar2an.
Betul bro...Mufti Melayu buat fatwa ikut nafsu..Ulat dalam budu, cencaluk, belacan, tempoyak, ikan masin,.boleh boleh dimuntah kedarah...sebab ulamak gila glamor....banyak orang koma dan mati sebab makan makanan kotor yang dibeli di pasar ramadhan, kantin sekolah dan rsstaurant melayu..
DeleteBagaimana pulak dengan restaurant Melayu dan mamak yang kotor...kenapa todak pnatau dan kelaur fatwa jangan makan di kedai tersebut.....adakah halal makanan terdedah sampai ke petang...sudah pasti kotor dan tercemar....aku takut...adakah tanda2 kiamat, ulamak kurang cerdik dan buat fatwa ikut nafsu...
Ada sorang tu laki bini tiap2 tahun pegi buat ritual kt Bt Cave tak tegur ke...Harussani jer yang tegur lg 13 mufti + menteri agama + penasihat agama buat tak tahu @ tegur dalam hati?
ReplyDeleteHello brader Hak Samy Vellu la Mau ibadat
DeleteApara punya statement . Racist ke
Dia tak kata sammy vellu pun....
Deletedye tak faham tuu , kang kate lembab marah pulakk.. haha
DeleteApa kena ulat sagu dengan Anwar Ibrahim ???
ReplyDeleteBanyak komen2 Anwar Ibrahim dalam cerita Ulat Sagu ini.
Bahalol Bahalol tiada batas nya.
Orang orang Melayu saja
Adus PR Dan PKR akan hancus sebab Anuar. Yg menjadi ulat adalah kajang move. Kerana Anuar kajang diingat sebagai Atur cara nepotism.Habis berulat imej kajang sebagai Darul satay.
DeleteHeiii Anuar kamu balik cherok took kun jelah. Jgn diulatkan lagi PKR.
Azmin hang nasihatkan Anuar ni untuk berambus. The faster the better
rakayat malaysia makin creative .. next time kene publish cerita pasal monyet pualakk .. mane tahu boleh di kaitkan dengan pemimpin lain pulak .. haha
DeleteOmak, Pak Long ko Jokowi datang ke KL, ko tak pergi sambut dia ke??
ReplyDeleteDSAI pun tak nampak muka??
Tajuk cerita ulat.hantar komen pasal anwar.otak ko org ni dh berulat bnyk makan daging babi kot...
ReplyDeleteMufti ni pun satu... Ckp bebelit mcm keling... Mula mula dia ckp ulat sagu atau lebih dikenali ulat mulong HARAM.... Pastu dia ckp walau bagaimanapun ulat sagu atau telemok HARUS pulak...BABI punya mufti.... Ulat sagu=ulat mulong.. Ulat mulong=telemok tapi ulat sagu bukan telemok..
ReplyDeletePake dasar apa dia bilang Haram,suruh Mufti mu belajar Qur'an dan Hadist lagi plus belajar biologi,
ReplyDeleteDalam Qur'an serangga halal, macam mana dia bilang ulat sagu Haram sedang ulat sagu adalah serangga pula,
Haram dia masuk surga, Bila memberi fatwa macam tu, buka hadist ibnu Majah, "Haram surga lah bagi orang yang mengharamkan barang halal dan menghalalkan barang Haram"
Mufti macam apa dia, membuat fatwa tanpa menilik masalah hukumnya