Friday 2 October 2015

LARANGAN PEMBESAR SUARA ..... BUKAN ISLAM PERLU JUGA ELAK GANGGUAN SUARA SELAIN NEGERI-NEGERI LAIN PERLU MENCONTOHI FATWA MUFTI PULAU PINANG KATA AMK



Cadangan Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang berhubung larangan menggunakan pembesar suara di luar masjid dan surau, kecuali untuk azan dan iqamah, perlu dicontohi masyarakat bukan Islam.

Biro Pemantapan dan Pemahaman Agama Angkatan Muda Keadilan (AMK), Wan Ji Wan Hussin berkata, larangan itu perlu dijadikan panduan kepada bukan Islam untuk tidak melakukan gangguan suara sebagai tanda saling menghormati.

“Orang bukan Islam juga perlu untuk tidak melakukan gangguan suara kecuali dalam perkara yang sememangnya wujud dalam agama atau budaya mereka.

“Memandangkan Malaysia mempunyai masyarakat yang pelbagai bangsa dan agama, yang sudah pasti budaya saling hormat menghormati perlu disuburkan

“Justeru, atas semangat dan roh maqasid syariah, sudah pasti fatwa Mufti Pulau Pinang yang melarang menggunakan pembesar suara di luar masjid selain azan dan iqamah adalah wajar dan perlu disokong dan didokong,” katanya menerusi kenyataan media.

Wan Ji berkata, negeri lain perlu mencontohi cadangan Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang itu sebagai usaha untuk menyuburkan budaya saling hormat menghormati antara orang Islam dan bukan Islam.

Katanya, laungan yang kuat dan dibenarkan dalam Islam hanyalah untuk azan iaitu bagi memberitahu kepada orang Islam masuknya waktu untuk menunaikan solat.

Kertas cadangan larangan itu telah dibincangkan daripada pelbagai sudut oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang pada 1 dan 2 Julai dan keputusan sebulat suara menyokong cadangan itu disahkan pada mesyuarat jawatankuasa yang sama pada 23 dan 24 Ogos lalu.

Keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Exco Kerajaan Negeri sebelum dibawa kepada Yang DiPertuan Agong untuk mendapat perkenan Baginda.

Dalam perkembangan lain, Kerajaan Pulau Pinang sedang menjalankan siasatan bagi mencari pihak yang membocorkan surat rasmi berhubung keputusan larangan itu yang akan diwartakan tidak lama lagi.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Abdul Malik Abul Kassim berkata, tindakan pihak yang membocorkan surat itu adalah berniat jahat dan cuba menimbulkan suasana huru-hara.

Katanya, perkara itu (larangan pembesar suara) bukanlah sesuatu yang besar untuk dibangkitkan kerana perlu melalui banyak lagi proses sebelum ia difatwakan.

10 comments:

  1. Ha ha omak kau ayat yg ditulis itu samada dr wan ji atau org lain bunyi mcm geng umno.cari dalang yg sebarkan matlumat.apa sudah jd 2×5 ke.jaga jaga wan ji sudah bersuara nanti ustaz ahmad pula

    ReplyDelete
  2. isu kecil jd besar sebb di penang

    blh dijadikan alasan utk menghentam dap

    nothing more than tht

    tp sokong wan ji... semua pihak perlu hormati org lain

    mungkin maksud wan ji ialah bunyi mercun tahun baru cina

    cuma jgn biarkan geng mamak umnu penang jadikan ini isu prkauman sempit assobiyah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hentam dap perkauman...hentam islam toleransi...apa daaaa

      Delete
  3. demikianlah sedikit demi sedikit natijah hasil dari jual beli sang serigala terhadap ilmunya yg sedikit (kamu tidak akan terus berlutut kepada kehendak si kafir harbi tetapi akan melakukannya perlahan2) ... apalah daya sekalian biri2 itu selain dari menurut ... memang benar penggunaan pembesar suara selain dari azan dan iqamat tidak layak untuk dipraktikan .. tetapi harus diingat ia telah lama menjadi resam (berjalan berpuluh tahun) dan sepatutnya tidaklah ia menjadi gangguan selain terhadap non muslim yg bersifat kafir harbi (pernah hidup dengan diiringi rutin perjalanan keretapi,kapal terbang,tapak pembinaan,pelabuhan ?) tanyakan kepada mereka yg membina kehidupan di dlmnya "apatah lagi andai membesar dengan suasana sedemikian" ...lalu jawap kebanyakkan dari mereka itulah kehidupan yg terbaik buat diriku (hanya kepada mereka yg kuat sifat syukurnya) ... ada juga yg menjawap "alah bisa tegal biasa" .. ada juga yg berpindah mencari kehidupan yg lebih baik (tetapi kenangan hidup di suasana yg "bising" dan "mengganggu" tetap menjadi ingatan yg manis dan mendewasakannya) ... perihal larangan laungan speaker selain dari azan dan iqamat .. bukanlah soal kebisingan yg mengganggu sebagai alasan utama .. tetapi ia adalah harga yg wajib dibayar oleh para penjual beli ilmu tatkala ia mengambil si kafir harbi (DAP dan sekutunya) sebagai "rakan" dan kini sedang mencapai tahap "mengikut" ... kelak kamu wahai si penipu daya akan dituntut agar volume tatkala laungan azan di hadkan ..dan akhirnya akan dituntut pula sekadar didlm kawasan halaman masjid (laungan azan) .. demikianlah akan perihal2 yg bersangkutan terhadap urusan syariat yg lain (akan dicari jalan untuk si kafir harbi itu membuat tuntutannya)... "kamu akan mengikut mereka setapak demi setapak, sejengkal demi sejengkal, dan akhirnya kamu akan berlari untuk mengejar mereka" .... nauzubillah

    ReplyDelete
  4. Wan Ji nii..bukan dia dulu PAS ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup tp x thn....sbb ikut ilmu dia islam kene selalu mengalah...

      Delete
  5. Larang bakar colok di tepi jalan dan bakar wang apek mati, harus di hentikan aku tengok apek berani buat macam itu, percaya cakap aku ini ,lepas dap ini minta penang merdeka pulak jangan layan apek ini, aku minta yg pertuan agong jangan layan apek dap ini, yg pas pun kawan lagi puak leberal anwar itu, dah tahu pkr golongan peliwat kawan lagi,

    ReplyDelete
  6. Jabatan mufti p.pinang pun dah kena tawan oleh dap? Itulah contohnya bila si kafir memerintah. Mereka beria2 hadir ke surau ,masjid dll majlis keramaian umat islam tetapi ada muslihatnya utk mendapat sokongan org melayu@islam. Tetapi bila mereka berjaya mendapat kuasa maka melayu dan islam dimelukutkan mcm sampah terbuang. Dulu pap pun sama ketika mencari pengaruh utk menguasai singapura dan skg dap mengikut strategi yg digunakan oleh lee kuan you dulu. Oleh itu org melayu dll umat islam jgn bodoh terperangkap dgn agenda jahat mereka. Apakah mat sabu dll yg bersekutu dgn dap lupa tentang peringatan allah dan rasul supaya berwaspada dgn golongan kafirun serta jgn sekali2 memilih mereka sebagai pemimpin.

    ReplyDelete
  7. Islam agama bising dan menyakitkan hati.

    ReplyDelete
  8. Semoga allah swt memberi taufik dan hidayah agar anon 15:11 memahami dan menerima islam dalam hidupnya.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...