Friday, 2 October 2015

DAP PUN JAGA ORANG MELAYU TEGAS NURUL IZZAH ANWAR



Orang Melayu tidak perlu bimbang kerana kebanyakan parti politik termasuk parti bukan Melayu memperlihatkan kepentingan dalam menjaga dan memenangi hati orang Melayu di negara ini,” kata Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.

Nurul Izzah turut mengambil kira bantuan rakan pembangkangnya DAP yang dikatakan turut menitik beratkan kepentingan orang Melayu dalam perjuangan parti tersebut.

‎“Saya pun tak sangka, DAP sanggup pergi ke negara Mesir dan Jordan untuk memahami inti pati Islam dan kerajaan berdemokrasi.

‎“Mereka juga berusaha untuk menelusuri kepimpinan Rached Ghannouchi (ahli politik Tunisia).

Saya tidak kata mereka berjaya, tetapi mereka adalah parti yang mewakili masyarakat Cina telah mengambil langkah berani untuk menempatkan calon (berbangsa) Melayu di kawasan tradisi Cina, iaitu di Teluk Intan,” katanya ketika melontar pandangan mengenai definisi maruah Melayu dalam forum Mempertahankan Maruah Melayu di sini, semalam.

‎Menurut Nurul Izzah lagi, kepentingan untuk menjaga dan memenangi hati orang Melayu dikira penting kerana orang Melayu juga memperlihatkan kejayaan mereka di negara ini.

“Hari ini pada tahun 2015, kita masih membincangkan isu maruah Melayu. Dalam karya agung Sulalatus Salatin, masih lagi persoalan maruah dibangkitkan.

‎“Bila saya baca karya itu, saya memahami isi bacaan itu bahawa pantang Melayu itu jika mereka diaibkan. Mereka tidak boleh terima dihina dan kesedaran tentang nilai, erti maruah dan ketidakrelaan mereka diaibkan sudah berabad wujud lamanya,” katanya lagi.

‎Nurul Izzah dalam pada itu turut mengulas mengenai sikap kepimpinan pemimpin khusus pemimpin Melayu yang terlalu vokal ketika mengkritik kepimpinan negara lain.

‎“Terlalu banyak kontradiksi wujud antara apa yang diandaikan oleh semua pihak. Kalau kita rujuk puisi Datuk Usman Awang (Sasterawan Negara), Melayu itu kalau menghina pun, ia dibuat secara berakhlak dan penuh berhemah.

"N‎amun kadang kala ia tidak dipamerkan oleh kepimpinan kita. Masih ada pemimpin yang menggunakan kata-kata kesat dalam mengeluarkan kritikan. Pada masa yang sama, ada juga pemimpin yang selalu dipersalahkan, selalu merasakan dirinya dalam kepompong mangsa,” katanya lagi.

6 comments:

  1. Dap parti mewakili kaum cina....period. Thx ijah...luv u.

    ReplyDelete
  2. mca je parti kaum cina

    dap campur

    tnya jela melayu penang....adakh jahat dn perkauman sgt dap kt penang...jgn tnya umnu penang

    ReplyDelete
  3. Calon melayu islam yg terang2 tolak hukum hudud kerana taat kpd parti Dap, adakah itu bukti Dap jaga melayu bagi nurul Izzah. Mungkin benar la,, tapi kalau melayu tu terima islam sepenuhnya,,sudah tentu di terajang oleh Dap. Itu pun takkan nurul Izzah tak nampak!!!

    ReplyDelete
  4. .... dah jauh hanyut. Ngapa tak kata DAP dn kami PKR serta PAN sama2 mnentang hudud ....

    ReplyDelete
  5. Betulkah dap juga jaga org melayu? Izah ni melalut jauh mkn gian kot lama tak kena terkering? Klu betul dap perihatin sgt la kpd melayu maka kenapa pula dap menghentikan bantuan ke sekolah agama rakyat di p.pinang? Klu ia pun nak berkuasa tawan putrajaya tetapi jgn lah sampai mengadai maruah bangsa dan islam wahai nurul janda berhias!

    ReplyDelete
  6. Mintak maaf.....
    Aku tak beli....

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...