Tuesday 3 February 2015

AZMIN SUDAH DI ANGKAT SEBAGAI HERO KERANA ANUGERAH SATU EKAR TANAH UNTUK PEMBINAAN KUIL.




Akhirnya masalah Kuil Sivan, di Bukit Gasing, Petaling Jaya yang dikatakan berlarutan sejak sebelum merdeka selesai sepenuhnya selepas dua bulan Mohamed Azmin Ali dilantik menjadi Menteri Besar Selangor, sekaligus menyaksikan beliau diangkat sebagai “hero” malam tadi.

Penyelesaian dibuat selepas kerajaan PKR negeri Selangor meneliti laporan yang dibuat Jawatankuasa Rumah Ibadat Bukan Islam.

Menurut Azmin, kerajaan negeri mewartakan satu ekar tanah untuk pembinaan kuil berkenaan yang sebelum ini dibina tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

“Setelah berbincang dengan kerajaan negeri, pihak pengurusan kuil bersetuju untuk merobohkan struktur yang tidak mengikut spesifikasi sementara rundingan dijalankan untuk mewartakan tempat tersebut sebagai tempat ibadat bukan Islam.

“Setelah diteliti laporan Jawatankuasa Rumah Ibadat Bukan Islam dan maklum balas yang dikemukakan kepada kerajaan negeri, kita telah bersetuju untuk mewartakan satu ekar tanah di Bukit Gasing bagi tujuan pembinaan Kuil Sivan di mana keluasan bangunan yang dipohon pihak pengurusan dan sebahagian lagi digunakan untuk meletakkan kereta,” katanya selepas meninjau ambang sambutan Thaipusam 2015 di Batu Caves, Isnin malam.

Selain itu, tambah Azmin, terdapat sebuah cerun di kawasan berkenaan yang akan diselenggara oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Sempena sambutan Thaipusam 2015, kerajaan negeri Selangor turut menyalurkan sumbangan sebanyak RM320,000 yang diserahkan sendiri Mohamed Azmin kepada 20 wakil pengurusan kuil seluruh negeri itu.

13 comments:

  1. Apa masalahnya.

    Islam mengajar kita untuk tidak menggangu orang bukan Islam berugama, berbudaya dan sebagainya.

    Mereka adalah warganegara Malaysia dan pembayar cukai juga.

    Masjid kita berharga jutaan ringgit, so dalam hal ni kita kenalah berlapang dada sikit.

    Berlapang dada yang bukan bermaksud kita bersetuju dengan AKIDAH MEREKA.

    Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Takde APA nak komen sebab kat Pantai dalsm ada vvip betina yg hadir sesi touch d hanjing. Diharap jgn buat kandang hanjing dekat tanah kosong sebelah rtm cukup lerrr.

    Joey, Kampung Pasir
    Anak Menakan Jeff Ulu Yam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulis la komen lain,

      Komen isu zaman tok adam dah jd semak kt sini.

      Boy Putra.
      JKK Kg Bintang.

      Delete
  3. Aku lihat gambar ini bahaya kuit itu bina kawasan tanah tak starbil, bila orang yg mati akibat kesalah mereka itu jangan salah kan orang lain ,jika ada berlaku kematian mati akibat runtuhan tanah itu aje aku cakap, kalau azmin baik kenapa dia tak sediakan tanah baru, dan kenapa azmin meluluskan kawasan bahaya pandai2 tangung akibat nya jika ada orang yg mati

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lari topik ni

      Delete
    2. Awak x baca habis ke artikel tu.

      Penat OK tulis tp awk x paham rupanya.

      Delete
    3. Ko ni bebal sgt ke nk faham artikel..bhsa melayu tu kot..aku rasa penulisan n pemahaman BM ko ni tahap jamban..msti jahanam upsr dan pmr ko..jgn la mcm ni..buat malu kaum kerabat ko je nti.

      Delete
  4. Kilang kasut Fung Keong dibina di Klang pada tahun 1939 yang asalnya mengeluarkan kasut getah untuk kegunaan umum. Fung Keong adalah peneraju pertama kepada pasaran kasut kanvas di Malaysia. Fung Keong akhirnya menjadi jenama sebutan isi rumah. Kasut kung-fu keluaran Fung Keong amat popular dikalangan peminat Bruce Lee dan aktiviti lasak seni bela diri. Begitu juga selipar Fung Keong yang terkenal turun temurun dari segi ketahanannya. Pada tahun 1984, Fung Keong telah dibeli oleh syarikat GCB Trading. Kilang kasut Fung Keong di Malaysia kemudiannya ditutup dan jenama kasut ini sekarang dikilangkan di China atas nama 'All-America'.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awak tak makan ubat ke hari ni...??????

      Cerita melalut lari topik ntah apa2..

      Delete
    2. Wah...info yg menarik

      Delete
  5. Saya sangat berharap tidak akan ada seorang pun org Islam yg menyokong perbuatan si Azmin ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hang taktau kah Allah maha adil...Allah sebagai Tuhan sekalian makhluk pun tak paksa nko sembah Dia...cuma Dia bagi hang akal untuk nilai mana satu yang patut layak dan berhak disembah...kalau ikut ukuran keadilan Allah...tindakan Azmin tak salah...

      Delete
  6. agak2 korang la, kalau ada sorang miskin papa kedana lagi hina dina , lagi melayu yg tak ada rumah tempat berteduh dan tak ada tanah, pergi minta tanah ngan azmin 1/4 ekar aje , agak2 korang azmin bagi tak...?

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...