Sunday 1 February 2015

KRISIS ISU PILIHAN RAYA PBT MAMPU GUGAT HUBUNGAN PAS/DAP AKUI SETIAUSAHA AGUNG PAS.



Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali tidak menolak krisis antara beliau dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng boleh memberi kesan terhadap hubungan Pas dan DAP.

Keadaan itu tidak boleh dielak kerana ia membabitkan perselisihan antara dua pimpinan kanan parti, secara tidak langsung memberi tempias kepada kedua rakan sekutu dalam PR.

Beliau menegaskan isu yang timbul berhubung pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) itu bukan antara parti, tetapi bersifat peribadi antara beliau dan Guan Eng.

“Dia (Guan Eng) tidak boleh dipisahkan dengan (imej) DAP. Saya pun tidak boleh dipisahkan dengan Pas. Tidak mengapa, (isu ini melibatkan) saya seorang. Dia pun seorang. Orang hendak tafsir macam mana ikutlah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Himpunan Harapan Untuk Semua 3.1 (Harap 3.1) di Telaga Daing, semalam.

Terbaharu, Mustafa mendedahkan beliau ada bukti bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang itu berbohong mengenai isu pilihan raya PBT.

Sebelum itu, Mustafa menyifatkan Guan Eng celupar dan mencabarnya berdebat selepas Guan Eng dakwa beliau berbohong dalam isu pelaksanaan pilihan raya itu.

Sementara itu, beliau enggan menggambarkan sebarang kemungkinan termasuk keluar PR kerana, menurutnya, Pas masih bersama PR.

Katanya, para pemimpin DAP pernah membayangkan bahawa tiada apa-apa perkara besar akan berlaku sekiranya PR berpecah.

“(DAP) sebut Pas hendak bakar jambatan, tapi dia dulu sebut kenyataan awal dia kalau berlaku perpecahan pun dunia tidak akan kiamat.

"Dunia tidak kiamat kalau berlaku perpecahan, ini kenyataan dia,” katanya.

Ditanya bila isu itu boleh selesai, Mustafa berkata, ‘episod pertama’ itu perlu diselesaikan terlebih dahulu.

5 comments:

  1. Aku penyokong Pakatan Rakyat tp dh cukup2 boring dengan kenyataan dr pemimpin parti2 komponen ni..kalau nak berpecah pun,elok lah.. Masing2 dh cukup sombong bl dapat printah..tamak kuasa,tidal sensitive dgn rakan pimpinan. Bermula dr crisis MB Selangor..aku dah cukup2 meluat dah dgn cr Pakatan tangani isu ni. Rasanya ada harapan Besar nk lingkup dlm PRU nnti..

    ReplyDelete
  2. Dap ngan umno same je kalau berpecah berambus join parti umno hanjing pn aku xkesah ..menyemak je org kapir dlm pr ! Pui ! Umno ngan dap same je parti hanjing ! Pui lg sekali !!

    ReplyDelete
  3. Hahaha......dap jahat dap kapir dap macam2 habis pas apa?????
    Siapa buat kerja siapa bagi habuan siapa mampu jlnkan tugas siapa mampu majukan ekonomi????
    Suara lantang suara kuat suara berirama hanyalah suatu lagu utk kedengaran tetapi apa kemampuan dan kebijakkan dlm membangunkan ekonomi utk jangka panjang????
    Tiada guna cari salah org lain kalau sdr tak sedar kelemahan masing2 maka siapa anjing??.??
    Maka sebab itulah tiada perubahan hanyalah laungan semata2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini katak bwh tempurung agaknya...mmg sah x pernah pegi kelantan...cuti cny bwkla jln2 ke sana...malu

      Delete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...