Thursday, 12 February 2015
PASCA ANWAR DIPENJARA ... PR SEMAKIN UTUH ATAU TERUS RUNTUH MENGIKUT PANDANGAN PENGANALISIS POLITIK.
Selepas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dijatuhkan hukuman penjara selama lima tahun pada Selasa, tidak pelik jika banyak persoalan berlegar di minda kita terutamanya persoalan jika semangat kerjasama Pakatan Rakyat (PR) untuk kekal bersatu semakin utuh atau semakin runtuh.
Orang ramai mahu mengetahui apakah perancangan PR selepas keputusan Mahkamah Persekutuan terhadap Anwar semalam dapat mengekalkan kerjasama politik antara mereka.
Penganalisis politik Prof James Chin berkata kerjasama PR akan terus bertambah kuat, melainkan Parti Islam SeMalaysia (PAS) melaksanakan undang-undang syariah Hudud di negara ini.
“Solusi yang terbaik untuk semua bagi PR adalah kesemua pemimpin utama PR yang sedia ada ini meletak jawatan dan memberi peluang kepada generasi yang baru untuk memimpin,” kata beliau yang kini merupakan Pengarah Asia Institute di University of Tasmania, Amerika Syarikat.
Sementara itu, penganalisis politik Prof Madya Dr Shaharuddin Badarudin berkata kerjasama PR masih kuat jika dilihat berdasarkan mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang diadakan, baru-baru ini.
Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada Ahad bersetuju untuk mengadakan satu mesyuarat khas bagi membincangkan isu enakmen jenayah syariah atau hudud serta isu pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan, PBT.
“Saya melihat PAS, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP) dapat meneruskan komitmen mereka dalam cuba menyelesaikan masalah bersama dalam mesyuarat itu.
“Kalau mereka terus bekerjasama, tidak akan menimbulkan masalah kerana bukan sekali Anwar dipenjarakan,” tambah beliau.
Shaharuddin yang juga pensyarah di Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara (UiTM) memberi contoh pada tahun 1999 untuk memperlihat keutuhan kerjasama PR.
“Bagi saya ada 'cause of action' yang bermakna satu isu kebersamaan. Pada tahun 1999, melihatkan ketiga-tiga parti itu bekerjasama dengan baik walau Anwar masih dipenjara.
“Memang Anwar mempunyai personaliti yang memperkuat kerjasama PR namun parti-parti dalam PR ini juga boleh bekerjasama tanpa Anwar. Lihat sahaja kerjasama mereka dalam Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu. Ketiadaan Anwar kali ini pastinya menguatkan semangat mereka ini PRU yang akan datang,” kata beliau.
Pada Rabu, satu petisyen sedang dibuat untuk mendesak pembebasan Anwar. James menyifatkan itu hanya sekadar untuk meraih perhatian media.
“White House Petition hanya boleh ditandatangani oleh rakyat Amerika Syarikat. Perkara itu tidak akan berlaku apa-apa kerana dasar luar itu adalah bersifat prerogatif presiden.
“Kalau 100 ribu orang memberi tandatangan pun, pihak White House hanya boleh memberi respon balas bertulis, tiada tindakan akan dilakukan,” kata James.
James yang sebelum ini penganalisis politik di Sunway Monash University berkata hanya satu cara Anwar boleh dibebaskan iaitu dengan mendapat pengampunan Yang di-Pertuan Agong.
James juga berkata usul parlimen yang dicadang Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail semalam akan ditolak speaker kerana sistem kehakiman Malaysia adalah satu badan yang berdiri sendiri dalam parlimen Malaysia.
Shaharuddin pula menyifatkan pendekatan PR kini dilakukan secara berbeza dengan apa yang berlaku pada tahun 1999 dimana strategi mereka bukan sahaja meraih simpati rakyat Malaysia tetapi juga masyarakat di seluruh dunia.
“Keadaan ini berbeza apa yang berlaku pada tahun 1999. Dulu walau setipis manapun usaha, mereka tetap mendapat simpati masyarakat namun kali ini ia merupakan kondisi yang berbeza, faktor yang berbeza dan suasana yang berbeza.
Ada strategi yang memberi kesan untuk jangka masa panjang dan ada yang memberi kesan untuk jangka masa pendek,” kata Shaharudin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
Sultan Brunei, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sult...
Ape la omak ko...tsjuk posting pon salah......sepatutnya tajuk tu ada kah pakatan ale utoh runtuh atau sebaliknya......kikiki
ReplyDeletesaya sokong cadangan mamat ale utoh
ReplyDeleteMalaysia ikut Westminster england bukan ikut US.
ReplyDeleteFakta Mamat pakar pun salah.
PAS Dah mengamuk kat PKR Dan DAP sebab support PASMA. ITU yg aku kata bodoh tu. Aku gerenti PRK Permatang Pauh akan terlingkup kalau masih nak naya rakan sendiri
DeleteBila susah minta tolong TGHA. Lepas tu sabotage PAS. Teruskan usaha anda untuk memalapkan PR. Bukan parti lawan buat Onar.
DeletePasma wakil dap pkr dlm Pas utk menjinakkan Pas....
DeletePas tak sedor lagi keee..ape ke bodoh nye deme...
Patut PASMA tukar nama Penyokong PAS luv DAP (Panda). Wuuiiiii Panda comel tu
DeleteAnon 08:31...per le Kau ni,pagi2 dh komen mcm butuh...sori..ale utuh...kl otak sewel tu diam2 jer la.. Keh..keh
ReplyDeleteBerdoa dan berjuanglah demi keadilan sejagat...Pakatan harus kuat memperjuangkan hak rakyat berdasarkan perlembagaan.Kuasa Raja akan membantu membebaskan Anwar sebagai pemimpin.Kuasa rakyat juga ditagih untuk memenangi PRU14...Terpenjara Anwar bukan terpenjara semangat rakyat.Hidup Malaysia.
ReplyDeleteSebenarnya blogger dinosaur macai pkr yg bertanggungjawab 'memenjarakan' anwar. fitnah , maki hamun dan spin yg dimainkan oleh mereka telah menyebabkan PR kucar kacir dan rakyat mulai menjauhi anwar. Mereka menyerang ulamak dgn keterlaluan dan tanpa mrk sedari pekung PKR terbongkar dgn sendirinya dan rakyat mulai menilai kembali perjuangan PKR. Lihatlah apa yg berlaku di eropah dan amerika .........serangan yg memburukkan Islam telah mebuka mata ramai rakyat eropah dan amerika utk mengkaji Islam dan akhirnya ramai yg tertarik dgn Islam. Justeru tak payahlah menyalahi org lain jika puak2 macai sendiri tak mahu mendengar nasihat baik yg diberikan. Jgn ingat orang ramai bodoh dan boleh diperbodohkan dgn berita fitnah dan putar belit sebagaimana yg dilakukan oleh media umno. Blogger macai seharusnya dipertanggungjawabkan sepenuhnya dlm hal ini. Sekalung 'Tahniah' buat blogger ini krn telah membunuh karier politik anwar serta 'memenjarakannya'.............Alhusyeen,greenboc,mountdweller, young suka kuning, sisi bukit, cipan tenuk & tapai, libang libu, tulang besi, kedah la nie dan berapa blog lagi. Turut menyumbang dlm hal ini ialah individu2 spt .......amuraria, bat8, mosibat serta sejumlah yg lain. Pendek kata anwar terpaksa 'membayar' harga yg tinggi kerena mulut2 dan jejari gatal mereka ini yg selalu menyebarkan fitnah serta putar belit !
ReplyDeleteSetujuuuuu...
Deletefitnah dari jemari mereka mewakili fitnah dari mulut anwar....mereka lah yg memburukkan lagi imej anwar....
Kikiki....kiasa raja la pulak kikiki....bang non hina raja ko lupa adoooiii iiii...dooonia ooo dooonia....sejak bila pulak pakatan dokong perlembagaan....pakatan coma dokong aljiburi ajerr....dolu anwar cakap 1 anwar tombang 1000 anwar akan mara.....sapa la yg malang 1000 anwar yg mara tuu....kikikiiki
ReplyDeleteKalau DAP/PKR tak tolak hudud boleh kuat PR. Kalau tidak kerjasama okay. Hudud tak ada kena mengena dengan cina kafir. So kenapa perlu buat syarat PAS perlu tinggal hudud. Kenapa cina kafir naklsibuk pasal hudud.
ReplyDeleteUmno tidak sukar nak dikalahkan tetapi cina kena tengok agama supaya tak masuk hal ugama orang Islam.
Boleh Tanya greenboc, kedahlanie Dan Malaysiawaves. Berguni depa ada cerita tahyul UG, Pasemboq (Nama baru PASMA)..
ReplyDeleteAku Dah cakap jgn makan julap, nanti berak law as sangat. Tak sempat duduk truss berterabur atas lantai
Pasemboq????...kahkahkah....
Deletesesuai sgt nama tu...
Diharap kelab Greenboc, addin, mso, kedahlanie Dan kurang special Malaysiawaves untuk keluar tabligh 40 Hari. Otak korang Dah senget
ReplyDeleteSaya dapat rasakan besarnya jiwa Anwar dan terharu memikirkan Anwar meliwat Saiful dengan penuh keinsafan bahwa ianya ialah satu-satunya cara untuk menjatuhkan BN-UMNO.
ReplyDeleteSudah tidak ada cara lain melainkan dengan meliwat dan seterusnya di penjarakan dan dengan pemenjaraan ini Pakatan Rakyat bertambah kuat. Jika menurut jangkaan beliau sendiri Pakatan Rakyat mampu menguasai sehingga 60% di pilihanraya akan datang akibat pemenjaraan ini.
Apabila Pakatan rakyat menguasai negara ini maka jalan untuk membebaskan beliau lebih awal terbentang luas. Yakinilah tindakan liwat beliau itu bukan atas nikmat hubungan badan semata-mata - keinzalan beliau ke dalam tubuh Saiful adalah tembakan penuh semangat penjuang sejati demi untuk negara tercinta Malaysia.
Ianya satu pengorbanan yang amat besar sesuai dengan maqam beliau sebagai anugerah Tuhan menentang regim kezaliman dan kegelapan yang tidak mampu di lakukan oleh pejuang-pejuang lain seperti Nelson Mandela Dalai Lama Thaksin Au Syuu Ki.
Oh betapa kerdilnya jiwa RAKYAT di bandingkan dengan kebesaran Anwar. Hanya mampu membakar lilin di luar penjara Sungai Buluh sesuai dengan adat ibadat Kristian bertafakur dengan penuh kesyahduan.
Anon 12 February 2015 10:24,
ReplyDeletePergghh....terbaik bro! Aku like your comment. Anyway, Go To Hell Pakatan Haram PAS-DAP-PKR! Go to Hell corrupted UMNO leaders!! Sendiri makan cili, sendiri rasa pedas aaaaaa......macai jangan sibuk2 solidariti bagai....ada ke Nuor Berahim bagi ko elaun bulan2? Ada ke UMNO bagi ko elaun bulan2?? Tu lah....macai politik....masa belajo taknak buat betul2 last2 belajo tak abes jadilah tukang kipas pemimpin-pemimpin korup!!! Ptuih!
Karpal dah meninggal. TGNA juga sama. Anwar dipenjara. Aku peduli ape!! Diaorang adaa ke atau tidak aku sekeluarga tetap mengundi asal bukan ameno!!
ReplyDelete