Monday 3 August 2015

ISU TIDAK PERLU SOKONGAN KOMPONEN BN UNTUK PERINTAH NEGERI SEMBILAN .... INGATKAN MAT HASAN INI TERER SANGAT ... BILA KENA BELASAH TERUS MINTA MAAF.



Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, nafi membuat kenyataan yang UMNO negeri ini tidak memerlukan parti komponen Barisan National (BN) lain untuk mentadbir negeri ini.

Beliau berkata, kenyataannya ketika majlis perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO bahagian Seremban, Sabtu lalu, ditujukan kepada UMNO negeri ini supaya bekerja keras memastikan semua 22 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang parti itu tandingi dalam Pilihanraya Raya Umum (PRU) akan datang menang.

 "Jika menang semua kerusi, UMNO saja (sudah) boleh membentuk kerajaan negeri kerana terdapat 36 kerusi DUN di negeri ini," katanya dalam sidang media yang dihadiri semua pemimpin parti komponen BN di sini, hari ini.

Bagaimanapun, beliau menegaskan peranan parti komponen lain juga penting supaya BN mendapat majoriti dalam PRU akan datang, iaitu sebanyak 25 kerusi DUN. Malah,

Mohamad yang juga Pengerusi UMNO negeri bersedia memohon maaf jika tindakan itu dapat menjernihkan suasana, tetapi bukan kerana beliau melakukan kesalahan.

Pulak dahhhh!!!! ... Jom kita baca, fikir dan nilai apa Mat Hasan cakap 2 hari lepas ... sipa cakap pergi mampuih lagi tuuu .... JOM!!!


Umno Negeri Sembilan yakin parti itu mampu mentadbir di negeri berkenaan tanpa bantuan rakan komponen dalam BN.

Datuk Seri Mohamad Hassan berkata parti itu kini menguasai 22 daripada 36 kerusi dewan undangan negeri (DUN).

Katanya, Umno boleh menguasai majoriti dalam DUN kerana kebanyakan kerusi yang dikuasai ini adalah kawasan majoriti pengundi Melayu.

Memberikan ucapan bersemangat, Menteri Besar Negeri Sembilan itu juga berkias: "Jangan biar cacing naik ke mata, nanti buta... Saya tak mau presiden saya (Presiden Umno) buta.

"Tak ada EO (Ordinan Darurat), tak ada ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri), itu Datuk Seri (Najib Razak) punya pasal.

"Orang kata ada senjata, jangan buang.

"Kalau yang lain nak mampuih (mati) pergi mampuih lah," katanya.

Mohamad juga membidas sesetengah pihak yang didakwanya berebut-rebut mahukan kerusi dalam pilihan raya tetapi malas berkhidmat kepada rakyat.

"Saya cadangkan Datuk Seri dalam pilihan raya umum ke-14 nanti, jangan ikut tuntutan mereka.

"Sebaliknya, berikan semua kerusi majositi Melayu kepada Umno," kata beliau yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Sembilan.

Kenyataan Mohammad itu dibuat dalam mesyuarat tahunan Umno bahagian Seremban hari ini. Ia dirasmikan oleh perdana menteri sendiri.

Mohamad menambah, jentera Umno bekerja bersungguh-sungguh namun gagal mendapat hasil yang diharapkan kerana taida kerusi yang dimenangi parti komponen BN di negeri itu.

Malah, katanya, kemenangan parti BN di Negeri Sembilan diperoleh dengan sokongan pengundi Melayu.

"Antah rendam macam mana pun takkan jadi emping. Jadi jangan pening kepala dengan antah," kata Mohamad berkias.

Beliau kemudian berjenaka dengan bertanya kepada Najib: "Datuk Seri faham tak ni?"

15 comments:

  1. Kalau yg bercakap tu Tuan Hadi barulah aku pircaya 100% yakin.
    Kalau Pas barulah boleh 100% tanpa bantuan daripada parti sahabat2 sibab pas adalah parti tirlajak larissss.





    saya pircaya yakin tergolek 100%

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia ni tak terer khalid ibrahim lagi terer.

      Delete
  2. Cakap orang politik mana boleh percaya, spinning selalu, media juga yg salah. Angkuh sangat parti ni macam geng parti suci( parti yg hidup dlm mimpi). Pandai putar belit, patutlah jaga orang yg salah tapi tangkap orang yg dedahkan kesalahan. Dah terbalik.

    ReplyDelete
  3. Saya pon sama kalau cakap UMNO kena paham terbalik maknanya mustahil.

    Tapi kalau PAS yang cakap tak perlu pertolongan rakan politik yang lain yang tu saya 100% percaya.

    Sebab sekarang mood orang sokong PAS bertambah-tambah.

    Yang terbaru posting OK himpunan PIHAK 4.0 di Desa Pandan RIBUAN orang yang hadir.

    Itu belum dikira lagi jumlah penonton yang menonton TV kat rumah.

    Sememangnya PAS berada di landasan yang baik sekarang.

    Harap lepas ni PAS buat road show yang sama di tempat mangsa banjir di Kelantan pulak macamana.

    Saya rasa sokongan tak berubah sebab mangsa banjir tak kejar dunia sangat.

    Yang penting bagi mereka sekarang ialah HUDUD PAS.

    Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa himpunan tu ramai yg mohon masuk ahli Pas tp tak diluluskan sbb tak pandai pakai serban.

      Delete
  4. Mamat ni dah buat duit dgn Keling penyangak mamak matawang

    Us Dollar skrg 3.851
    Puh kaya giler.mb ni...

    Patutlah tak.perlu lg ekonomi cina...ops silap masih perlu baru mta maaf

    ReplyDelete
  5. Woi ,memang kat taman aku seluruh orang taman ni kelaur tenguk TV secara live ceramah Pas .borang ahli masuk pas diedarkan ,hampir malam tu 3,000 orang masuk pas.tapi tak pas,kerana tak lulus

    ReplyDelete
  6. Salam 1rasuah ,

    Pangkah BN bererti sokong GST dan disusuli dengan minyak naik. Percayalah sudah banyak kali terjadi bila BN menang prk esoknya minyak naik.

    Kalau tuan-tuan rasa banyak duit, tolong fikir orang tidak bernasib baik dan orang malas juga.

    bagaimana mereka nak hidup, mereka nak berniaga tapi tapak berniaga dikawal puak tertentu yang menyewakannya kepada warga asing. Mereka nak buat kerja am tapi tempat mereka dirampas PATI. Mereka pandai tapi tempat mereka dalam kerajaan dirampas bodo SPM sikit A yang ada degree.

    Bayangkan jika perkara ini terjadi kepada anak-anak anda.

    KEDEPAN ( KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian , SPM 5A degree dan guru , 3A -4A diploma , 1A -2A sijil , 0A buruh amah dan pekerja am ) adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya . Biar bodo buat kerja bodo , pandai buat kerja pandai . Heee

    ReplyDelete
  7. Semua parti akan minta maaf kalu terlepas cakap sebab mengakui tidak bole menang tanpa bantuan rakan.

    Cuma pas saja yg boleh menang walaupun tiada bantuan orang lain. 600 orang malam tadi sudah membuktikannya pas akan meraih majoriti lebih besar iaitu 600 undi. Tak mungkin lebih atau kurang drp 600 orang.

    ReplyDelete
  8. Walaupun tanpa bantuan orang lain, tapi percaya dan walaklah bahawa pas akan menang lebih 2/3 dan encik hadi akan ditabalkan sebagai PM yg baru selepas pru14. In Sha Allah Nik Amar akan jadi TPM, nik abduh sbg menteri belia dan Zuhdi sebagai menteri agama yg menjaga hudud. Amin.....

    ReplyDelete
  9. Orang sudah tolak umno, sudah tolak pkr, sudah tolsk dap dan tolak ghb kerana pelbagai isu yang berlaku. Semua orang akan bertukar dan memangkah pas. Dengan itu pas akan menang besar lebih 2/3. Hadia akan menjadi PM pas yg pertama. Semua yg nasuk parti lain kecuali pas akan berasa rugi. Mudah-mudahan impian akan menjadi kenyataan

    ReplyDelete
  10. Mimpilah kamu . Mengaku parti islam tapi putar belit sedia, islam apa diikuti. Rakyat kelantan masih dalam kesusahan.

    ReplyDelete
  11. Pas pis pus....
    Mat sabun and the geng dah lari keluar berkawan dengan cina sepet yg tak mahu hukum islam...
    Umno nak hukum islam.. maka sokonglah umno bila najib letak jawatan..tak gitu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan mimpi umno nak hukum Islam. Klu umno nak buat dah 57 tahun dulu tp ramai i pemimpin x buat takut byk rakyat yg kudung tangan...

      Delete
  12. Janganlah fitnah Amat ni ..dia tersasul sikit pun nak jadikan isu ..semangat terlebih sikit je pasal najib ada ...maafkan jelah

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...