Thursday 12 November 2015

WALAUPUN KEUNTUNGAN MENGUNCUP 80 PERATUS TAHUN INI PETRONAS MASIH TETAP TIDAK MEMBUANG PEKERJANYA


Petroliam Nasional Bhd. (Petronas), yang mengalami penyusutan lebih 80 peratus dalam keuntungannya pada suku ketiga tahun ini ekoran kejatuhan harga minyak dunia tidak berhasrat untuk membuang pekerja khususnya yang berjawatan tetap.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin berkata, sebaliknya Petronas akan menyusun semula kakitangannya dengan menempatkan lebih banyak tenaga kerja di dalam segmen hiliran yang telah mencatatkan peningkatan keuntungan.

“Walaupun banyak syarikat pesaing yang lain telah melaksanakan pembuangan pekerja khususnya di dalam segmen huluan, kami di Petronas masih belum mencapai tahap untuk melakukan perkara yang sama.

“Jika situasi mencabar ini berterusan, kami terlebih dahulu akan menyusun perniagaan kami termasuk mengalihkan tenaga kerja kepada segmen hiliran,” katanya, lapor Utusan Malaysia.

Kumpulan Petronas ketika ini mempunyai kira-kira 51,000 tenaga kerja, namun beliau tidak mendedahkan nisbah antara pekerjanya yang berstatus tetap dan kontrak.

Sehingga kini lebih 200,000 pekerja dalam industri minyak dan gas (O&G) telah dibuang ekoran pengecilan aktiviti oleh syarikat-syarikat minyak dunia akibat penurunan harga minyak.

Tambahnya, antara faktor utama yang menyebabkan kejatuhan harga minyak dunia ialah lebihan penawaran ekoran kecekapan teknologi pengeluaran minyak di Amerika Syarikat serta Pertubuhan Negara Pengeksport Minyak (OPEC) yang tidak mengurangkan kadar pengeluaran.

Katanya lagi, meskipun mencatatkan kemerosotan prestasi kewangan dalam segmen huluan atau pengeluaran minyak, Petronas masih merekodkan peningkatan keuntungan bagi segmen hiliran kepada RM7.26 bilion untuk tempoh sembilan bulan pertama 2015 berbanding RM5.32 bilion pada tempoh sama tahun lalu.

7 comments:

  1. Biasalah syarikat. Kalau untung diam. Kalau rugi kecoh. Nak tahu untung rugi, tengok pekerjanya. Kalau kena buang tu tanda berniaga rugi. Kalau simpan tandannya berniaga untung besar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha......peniaga rugi gulung tikar, mana mungkin tidak buang pekerja kalau tak mampu tanggung rugi utk jangka masa yg pjg. Bonus dah jatuh tahun ini dan rugi beratus juta. Bukan tak buang tetapi buat masa ini masih mampu bertahan ,mungkin harga minyak akan naik balik!! Itulah harapan petronas kalau terus jatuh!! Waktu itu mahu tak mahu mesti buang pekerja. Tetapi harga minyak di station masih stabil. Rakyat tetap bayar lebih. Kini rakyat tanggung perbelanjaan keraajaan, siapa tanggung kesusahan rakyat malaysia.

      Delete
  2. salam sehati serasuah 2.6,

    5 cara mudah tipu Melayu, guarantee success.

    1. jual buku buat duit guarantee penulis tu kaya dulu
    2. skim cepat kaya guarantee upline kaya dulu.
    3. buku cara mudah buat sesuatu guarantee penulis tu buat duit cara mudah.
    4. anjur seminar kaya cepat guarantee penganjur kaya cepat.
    5. melabur skim emas, forex atau apa ja yang cina kelentong, guarantee bos cina kaya dulu.

    susah payah tak nak, semua nak shortcut dengan harapan senang cepat.

    #KEDEPAN (KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian) spm > 5A degree dan guru, 3A-4A diploma, 1A-2A sijil, 0A buruh, amah dan pekerja am. adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya. biar bodo buat kerja bodo, pandai buat kerja pandai. heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. tambah 2 lagi boleh?
      6. mintak derma billion2.
      7. songlap pitis guru yik juta2.

      Delete
  3. Malingsia

    Semuanya maling

    Jeff Ulu Bernam
    Keadilan Reform

    ReplyDelete
  4. Acu siasat molek, ia ke dak tak kena buang..

    ReplyDelete
  5. Acu siasat molek, ia ke dak tak kena buang..

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...