KEBENARAN ITU PAHIT, KEADILAN ITU PERIT, PERJUANGAN ITU SAKIT, RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DITOLAK.

Pengikutku yg cool..muah33x

Wednesday, 4 November 2015

AZMIN DI TUNTUT BERI PENJELASAN PINJAMAN RM500 JUTA OLEH DEIG LAND.



Barisan Nasional (BN) Selangor hari ini menuntut penjelasan Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali bagaimana syarikat Kumpulan Pelaburan Darul Ehsan (DEIG) Land menerima tawaran pinjaman bank sebanyak RM500 juta selepas 2 bulan ditubuhkan.

Adun Sungai Panjang Budiman Mohd Zohdi berkata apakah aset yang dicagarkan kerajaan negeri sehingga DEIG Land menerima tawaran dengan jumlah yang besar itu.

Katanya, DEIG Land merupakan anak syarikat kepada DEIG yang ditubuhkan pada Mei 2015 dan menerima tawaran pinjaman tersebut pada Julai.

Beliau berkata, Azmin sebelum ini sejak sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang lalu, sering kali menekankan syarikat pelaburan itu masih belum beroperasi.

"Bagaimana sebuah syarikat yang dikatakan belum beroperasi boleh menerima tawaran pinjaman bank? Apakah asas sebuah syarikat baharu didaftarkan boleh menerima tawaran pinjaman sebanyak RM500 juta?

"Tentunya tawaran sebuah bank komersial menimbulkan persoalan kerana menteri besar Selangor kerap kali menyebut DEIG belum lagi beroperasi," katanya kepada pemberita pada sidang media di Dewan Undangan Negeri Selangor, hari ini.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan nama bank yang terlibat tetapi hanya menyatakan ia sebuah bank tempatan.

Budiman mempersoalkan mengapa kerajaan negeri tidak meneruskan pelan penyelesaian asal melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) tetapi sanggup membiarkan DEIG berhutang dan menanggung beban faedah yang tinggi.

"Bentangkan secara telus, lengkap dan komprehensif kesemua aset milik negeri yang dicagarkan kepada tawaran pinjaman tersebut," katanya.

Katanya lagi, beliau dimaklumkan pada 22 Julai 2015, DEIG Land menerima tawaran pinjaman daripada sebuah kumpulan perbankan utama di Malaysia, pinjaman RM500 juta untuk mengambil alih dan melunaskan hutang Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) sebanyak RM413.2 juta kepada kerajaan negeri.

"Pinjaman tersebut dilaporkan melibatkan aset negeri sebagai cagaran termasuk tanah. Semasa permohonan pinjaman dibuat dan diluluskan, DEIG Land hanya mempunyai 2 ahli lembaga pengarah dan 2 pemegang saham dengan nilai pegangan RM1 setiap seorang.

"Pada masa sama juga, menteri besar memaklumkan yang DEIG dan anak-anak syarikatnya masih belum beroperasi," katanya.

Tambahnya, isu kegagalan anak syarikat KDEB membayar hutang RM413.2 juta kepada kerajaan negeri seperti dibangkitkan dalam sidang negeri Selangor oleh Azmin semalam amat mencurigakan dan mengundang pelbagai persoalan.

Budiman berkata, ini kerana menurut Azmin, KDEB hanya membayar balik RM5 juta daripada jumlah keseluruhan terkini yang menjangkau RM429.728 juta setelah diambil kira caj pembiayaian pada kadar 4% setahun.

"Ini menjadikan baki pinjaman tidak berbayar bernilai RM424.728 juta," katanya.

23 comments:

  1. Jom malukan Azmin agar mat gagap puas hati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kepada pascai.... 

      Cuba renung dan fikir apa yg pemimpin pas lakukan.... 

      Tak perlu berlawan dengan umno lagi sebab Tuan Hadi presideng dah isytihar Pas tidak akan berlawan dengan Umno lagi sebab Pas telah melantik dirinya jadi penasihat umno.

      Kemungkinan besar Pas tidak akan bertanding dalam PRU14 atau kalau pun bertanding juga, Pas tidak akan melawan umno lagi. Pas dah jd sahabat umno.

      Logiknya ialah penasihat tidak akan lawan tokeynya Najib.

      Contoh: Din Ayam ialah penasihat Haji Hadi. Din Ayam tidak akan lawan Haji Hadi. 

      Jadi Umno juga boleh tidur lena di 88 kerusinya yang ada sekarang, kerana Pas tak boleh lagi lawan umno.

      Sedia maklum, umno hanya bertanding dikerusi majoriti Melayu. Bagi kawasan majoriti Cina diserahkan kepada MCA dan Gerakan. MCA dan Gerakan sokong hudud.

      Masaalahnya MCA, Gerakan dan MIC sahabat Umno. Jadi Umno akan arahkan penasihatnya iaitu Pas tidak bertanding melawan MCA, Gerakan dan MIC kerana ketiga-tiga parti ini adalah sekutu Umno dan dikira sahabat lah juga kepada Pas.

      Jadi dimana Pas akan bertanding kalau dah tak boleh lawan Umno, MCA,MIC dan Gerakan? 

      Laaaa...patutlah baru-baru ini Haji Hadi umumkan akan meletakkan calon Pas di semua kawasan DAP dan Amanah. Rupanya Pas dah bersetia dah dengan Umno/BN. Dan kini pulak umumkan tak mau sokong pembangkang dalam usul tolak bajet. 

      Logik juga tu. 

      Dah tak boleh lawan Umno/BN, kena lawan DAP, Amanah dan PKR lah. 

      Kalau tak lawan DAP, Amanah dan PKR, kat mana lagi nak bertanding? 

      Mana boleh hidup dengan 14 kerusi saja, tentu Umno tak akan jeling pun!!! 

      Silap haribulan kena ludah sesaja nanti....

      Nampak gaya cerita Lebai Malang dan Pak Kaduk versi haji hadi boleh ditonton tak lama lagi 

      Delete
  2. Banyak bunyi dan alasan puak walaun umno ni,jgn ingat baru berbai dgn pak serban semuanya betul sekarang ni langsung x cakap pasal hudud dan 2600juta

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cerita cikgu yik kena kelentong abang lebai tak ada ker? Anak harun betul

      Delete
  3. Company 2 henggit bole buat loan 500juta...mb sgork kepala butuh...si kepala butuh tu skan jadi mb pling singkat dlm sejarah sgork...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Satu lagi sykt lagi dasat.
      1 juta bole pinjan 42bilion

      Delete
    2. Akaun tak ado duit pom bole masyuk 2.6b.
      Stakat 500j tak ada hal la

      Delete
  4. BERITA PAS KELANTAN TAK BAYAR HUTANG CIKGU YIK NGAN NAIKKAN ELAUN ADUN EXCO CECAH 80% TAK ADA KE? TAK BEST LA MACAM TU....TERINGIN BEBENOR KAWAN NAK BACA TULISAN OMK TTG KELEMAHAN PENTADBIRN PAS KELANTAN.

    ReplyDelete
  5. Harapan pas kecundang di Sngor semakin jelas. Klu x betul percaturan Sngor bakal kembali ke pangkuan bn

    ReplyDelete
  6. Puok2 umno ni klu 500 juta tau pulok nak kira. Kalu 42 bilion ko 2.6 bilion ko terus gagap tak bole kira. Apsal haaa

    ReplyDelete
  7. BERITA AL-TONTOT V PENDATANG TAMPA IZIN JADI BAHAN RAJA LAWAK ANTARABANGSA TAK ADO KO? TAK BES LA CAM GINI

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf. Kami dilarang siar kebodohan pas.

      Delete
  8. Mcm ni punya mb pun exco pas tak nak letak jawatan ker?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Exco pas mana ada maruah.

      Delete
  9. Yg ni tony pua tak mao ajak lawan debat kot?
    Mangkok betol la....
    Sahak gagap simpan duit, ko simpan hotang

    ReplyDelete
  10. Anon 20.29
    exco pas dah nnpk duit masyukk ...projek masyukkk....org PAS skg ni tepuk dada tanya ada masyukk ke idokk.....bukan tanya iman lagi dahh....iman org pas dah mcm haramjadah....u turn mcm gampang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hinanya pas gara2 hadi. Berpuluh tahun ahli membina pas. Bila hampir ke puncak hadimeru buat hal.

      Delete
  11. Dulu kata baru ditubuh,
    Kemudian belum beroperasi

    Hebat...belum beroperasi dah buat pinjaman.

    ReplyDelete
  12. KPD TOK LEBAI HARDY:

    SEBELUM TOK LEBAI NAK JADI PENASIHAT KEJAAN UMNOBN DLM HAL 1MDB DAN GST YG BERBILION2 TU, MINTAK SANGAT LA TOK LEBAI NASIHATKAN HJ LEBAI KELANTAN URUSKAN DUIT CIKGU YIK BERJUMLAH 14 JUTA RINGGIT TU.

    BOLEH TAK TOK LEBAI HARDY?

    ReplyDelete
  13. Puak2 haram jadah. Penyokong Dapig . Punah amooi mat sabun . Pkr kipas akan terus jadi walaun. Dapig sampai mampus

    ReplyDelete
  14. Puak2 haram jadah. Penyokong Dapig . Punah amooi mat sabun . Pkr kipas akan terus jadi walaun. Dapig sampai mampus

    ReplyDelete
  15. Puak2 haram jadah. Penyokong Dapig . Punah amooi mat sabun . Pkr kipas akan terus jadi walaun. Dapig sampai mampus

    ReplyDelete
  16. Puak2 haram jadah. Penyokong Dapig . Punah amooi mat sabun . Pkr kipas akan terus jadi walaun. Dapig sampai mampus

    ReplyDelete