KEBENARAN ITU PAHIT, KEADILAN ITU PERIT, PERJUANGAN ITU SAKIT, RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DITOLAK.

Pengikutku yg cool..muah33x

Monday, 2 November 2015

KENYATAAN AZIZ BARI SETELAH DILANTIK SALAH SEORANG DARI TIGA AHLI MELAYU DAP MENJADI AHLI JAWATANKUASA DAP SELANGOR

Bukan Melayu boleh dilantik sebagai menteri besar kerana ia dibenarkan Perlembagaan yang jelas menyatakan mereka turut mempunyai hak asalkan memenuhi syarat ditetapkan, kata Dr Abdul Aziz Bari.

Pakar undang-undang itu berkata, mengikut Perlembagaan, dalam keadaan tertentu kelonggaran diberikan kepada Sultan untuk memilih calon menteri besar daripada kalangan bukan Melayu.

"Ya betul (lantik bukan menteri besar bukan Melayu) cuma kena tengok dalam konteks tertentu. Sebagai peruntukan umum memang orang Melayu saja boleh jadi menteri besar,” kata Aziz di Petaling Jaya semalam.

"Tetapi yang nombor dua dalam Perlembagaan dinyatakan, untuk pastikan syarat dan kedudukan menteri besar dipenuhi, Sultan boleh mengetepikan peruntukan tersebut. Maknanya Sultan boleh lantik orang bukan Melayu,” katanya.

Aziz yang baru sahaja dilantik menjadi ahli jawatankuasa DAP Selangor menjelaskan, pelantikan bukan Melayu sebagai menteri besar boleh terjadi sekiranya tiada majoriti Melayu yang menyokong calon menteri besar dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Ataupun orang Melayu tidak ada dalam DUN selain mungkin orang Melayu itu tidak sesuai menjadi menteri besar.

“Ada pelbagai situasi dan maksudnya, kelonggaran diberikan kepada Sultan untuk melantik orang bukan Melayu,” katanya.

Bekas pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu bagaimanapun berkata, pada waktu ini, kemungkinan untuk bukan Melayu dilantik sebagai menteri besar terlalu kecil.

"Hendak mengatakan orang Melayu tidak ada dalam DUN, itu saya rasa agak tidak masuk akal.

“Namun yang saya jelaskan ini, maksudnya kalau orang Melayu itu sendiri terbuka dan mereka hendak lihat calon yang baik dan sesuai dan boleh menerima, maka ia tidak mustahil," katanya.

Apabila ditanya apakah kenyataannya bermakna beliau menyokong pelantikan menteri besar di kalangan bukan Melayu, Aziz berkata ia tidak berbangkit dan bukan menjadi isu.

Sebaliknya Aziz berkata, beliau hanya ingin menjelaskan tindakan demikian boleh dilaksanakan dan bukan berdasarkan pendapat peribadinya.

"Ini bukan soal saya menyokong atau tidak, tapi apa yang saya nak jelaskan apa ada di situ dan keduanya nak beritahu nak kata orang bukan Melayu tidak boleh jadi menteri besar tidak ada sebenarnya, ia boleh walaupun bukan yang pertama," katanya.

Katanya, syarat paling penting ialah calon menteri besar mendapat kepercayaan majoriti dan mesti menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun).

"Maknanya Perlembagaan beri ruang untuk Sultan sedikit sebanyak dan kebebasan bagi memastikan pentadbiran mantap serta bertanggungjawab.

“Sultan tidak boleh lantik sesiapa saja macam sebelum merdeka iaitu dengan lantikan peribadi,” katanya yang sebelum ini pernah menjadi calon PKR di Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Semasa Konvesyen Tahunan DAP Selangor semalam, Aziz yang hadir sebagai pemerhati menyatakan kekecewaannya apabila wujudnya kempen dalam PKR menolak calon menteri besar bukan Islam.
Mengulas mengenai krisis yang berlaku di antara parti pembangkang, Aziz berkata, dari sudut penyokong meskipun mempunyai kekecewaan namun tidak sampai ke tahap untuk mereka balik kepada Umno.

"Umno tidak ada kekuatan itu kerana mereka pun ada masalah seperti pentadbiran Najib dan masalah perpecahan dalaman parti.

"Pakatan Harapan ada kelemahan tapi tetap Umno tidak mampu untuk mengambil kesempatan," katanya.

Krisis di Selangor bermula antara gabungan pembangkang apabila PKR melancarkan “Langkah Kajang” untuk menyingkirkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyokong Khalid dan menolak Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menjadi menteri besar Selangor.

Akhirnya PR yang ditubuhkan selepas PRU13 berkubur akibat daripada pergeseran berterusan di antara PAS dan DAP dalam pelbagai isu termasuk hudud di Kelantan.

Selepas tewasnya kelompok dalam PAS semasa pemilihan di Muktamar PAS ke-61 lalu mereka yang kecewa ini menubuhkan Parti Amanah Negara (Amanah) @ PAN.

PKR, Amanah dan DAP kemudiannya menubuhkan Pakatan Harapan.

Bagaimanapun di Selangor, DAP, PKR dan PAS masih berada dalam kerajaan negeri di bawah pimpinan Menteri Besar Mohamed Azmin Ali.

18 comments:

  1. 1. Dap ada cita-cita besar untuk memjadi MB di Selangor. Azmin menjadi MB atas pilihan Pas. Dap mahukan Wan Azizah supaya senang dipegang.

    2. Dap gagal menobatkan Wan Azizah sebagai MB proksi. Semua orang tahu termasuk istana. Dap juga gagal mendekati istana kerana sikap jeuvanismenya. Yang itu pun semua orang tahu termasuk yang diluar istana.

    3. Dap tahu hanya orang Melayu Islam sahaja boleh menjadi MB di Selangor. Tugas ini bukan susah selepas ramai orang melayu bertaraf celebriti menjadi ahli Dap.

    4. Langkah seterusnya ialah menobatkan ahli Melayu Dap tadi agar menjadi Adun di mana-mana bumi Selangor. Jika bertanding di kawasan majoriti Cina, tentu menang.

    5. Untuk lebih dramatik, mereka akan bertanding di 8 kerusi Pas sekarang. Ada ahli Dap itu bekas ahli Pas. Tentu dia teruja melawan partinya kembali bagi menunjukkan kesetiaannya kepada Dap.

    6. Selepas ahli melayu Dap menjadi Adun maka hajat Dap menjadi MB sangatllah cerah. Tinggal lagi halangannya ialah pintu pagar istana. Buat masa sekarang tiada mana-mana pihak berani berdemonstrasi depan pintu istana.

    7. Dap mungkin berani kerana mendapat kerusi majoriti selepas bertanding 3 penjuru di 8 kerusi Pas. Dulu pun Dap pernah masuk istana tanpa bersongkok. Itu waktu menang tak berapa banyak kerusi. Tapi situasi tentu berbeza bila menang majoriti.

    8. Istana tidak berpolitik. Mana yang rakyat pilih itu yang istana berkenan. Cuma peribadi yang menang tu perlu dilihat mesra istana. Jadinya, mana-mana ahli Melayu Dap yang nak jadi MB perlulah dilihat Melayu tulen iaitu Melayu bersunat bukan Melayu proksi atau Melayu kulup, Melayu yang tak cukup Melayu.

    Haji Harun Sheikh Malik
    Pemikir Strategik Muda

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tony Pua tak kesian kepada peniaga kecil kaum india- Dasar racist

      Ahli Parlimen Petalinga Jaya Utara, Tony Pua terpaksa melarikan diri daripada sekumpulan peniaga India di Sungai Way, Petaling Jaya selepas gagal memberi penjelasan mengenai pemindahan tapak perniagaan bersempena Hari Deepavali tahun ini. Peniaga India yang rata-ratanya usahawan kecil dan kais pagi makan pagi hasil perniagaan mereka bagi menyara keluarga, terpaksa berdepan kekurangan pelanggan berikutan perpindahan itu.

      Dan ketika Tony membuat lawatan bersama wakil media pro pembangkang untuk dimuatnaik di laman sosial kononnya dia wakil rakyat yang prihatin, ahli parlimen itu diserbu peniaga kecil yang tidak berpuashati dengan kedudukan bazar Deepavali yang dipindahkan. Sebelum ini, peniaga kecil India terlibat sudah beberapa kali ini ingin menemui Ahli Parlimen yang mereka pilih ketika Pilihanraya Umum ke-13 lalu namun Tony Pua enggan bertemu mereka tanpa sebarang alasan. 

      Sebagaimana sifat Tony yang gemar melempar tuduhan tanpa asas melalui media pro pembangkang mahupun laman Facebooknya, ketika berdepan dengan kira-kira 15 peniaga India di Sungai Way itu, Tony gagal membuktikan pemindahan tapak bazaar Deepavali itu adalah disebabkan kesesakan lalulintas.

      Apabila didesak berkali-kali oleh peniaga terbabit yang jelas ditindas, Tony terkedu dan menukar topik serta mengangkat tangan meminta bantuan kerana sedar dirinya terperangkap dengan penipuannya sendiri. Melihatkan kehadiran beberapa anggota polis, Tony melambai ke arah mereka untuk meminta bantuan biarpun sebelum ini,

      Ahli Parlimen ini pernah mencerca pasukan keselamatan itu. Anggota terbabit segera memberi bantuan selepas Tony yang gagal memberikan bukti tidak tahan diasak berkali-kali untuk mengemukakan bukti tuduhannya.

      Delete
  2. Bukti DAP Racist- Halang Masjid

    Menjadi viral di laman-laman sosial hari ini apabila cadangan pembinaan sebuah masjid di sebuah taman di Kota Kinabalu, Sabah telah dihalang oleh Ahli Parlimen Kota Kinabalu yang mewakili DAP, Jimmy Wong sehingga menimbulkan sedikit ketagangan disana. Video yang berdurasi 2 minit 46 saat ini telah dimuat naik semula oleh orang ramai berikutan kritikan berterusan Jimmy Wong berhubung laungan azan yang mengganggu penduduk bukan Islam di Kota inabalu sejak akhir-akhir ini.

     Kejadian yang dipercayai berlaku sekitar tahun 2014 ini sememangnya menimbulkan kemarahan umat Islam di Kota Kinabalu berikutan Jimmy yang sering kali menemplak umat Islam disana dengan kata-kata yang disifatkan sebagai menghasut dan melanggar kontrak sosial yang telah di perakui sejak zaman berzaman.

    Tidak kira apa pun parti ikutan kita, hak beragama di negara ini tidak pernah dipersoalkan sejak sekian lama, namun selepas DAP berjaya meraih banya kerusi pada Pilihanraya Umum yang ke 13 lalu, mereka dilihat semakin biadab dan kini berani mempertikaikan hak mutlak Islam di Malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagi Contoh DAP Anti Islam. Yang Dibenci orang yg sayang ugama. Itulah perangai PAN Imayam

      KOMEN KHUTBAH JUMAAT, EXCO KERAJAAN PULAU PINANG DISIASAT.

      Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Seri Khalid Abu Bakar menyatakan siasatan akan dijalankan terhadap Exco kerajaan Pulau Pinang berikutan komennya terhadap khutbah Jumaat mengenai aurat wanita. Beliau menambah bahawa exco tersebut akan disiasat dibawah seksyen 298 Kanun Keseksaan.

      Beliau juga menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati apabila membuat komen yang sensitif sehingga boleh menyentuh sensitiviti agama.

      Perkara tersebut disahkan oleh Tan Sri Khalid melalui Twitter rasmi beliau sebentar tadi. Seorang Exco Pulau Pinang mengkritik khutbah Jumaat Jais yang menyentuh mengenai isu tutup aurat bagi mengelakkan daripada dirogol.

      Chong Eng berkata, mesej khutbah Jumaat Jais itu memberi maklumat silap mengenai rogol, menyalahkan mangsa rogol dan menunjukkan berat sebelah lelaki dalam kepimpinan agama. “Malangnya, khutbah Jais memberi maklumat mengelirukan, tidak bertanggungjawab, kurang hormat dan jelas berat sebelah lelaki. “Mesej tutup aurat langsung tidak membantu mangsa wanita dari segi serangan seksual dan penderaan. “Sebaliknya, ia mengalihkan kesalahan dan tanggung jawab mencegah jenayah seksual ke atas mangsa dan bukannya orang yang menyerang,” kata Chong yang juga pengerusi Perbadanan Kemajuan Wanita Pulau Pinang (PWDC) dalam satu kenyataan hari ini. Jumaat lalu,

      Jais menukilkan khutbah Jumaat bertajuk “Aurat: Antara Kebebasan dan Maruah Diri.” Dalam khutbah itu, Jais berkata, wanita Muslim wajib menutup aurat bagi mengelakkan daripada diganggu secara fizikal atau mental, bagi mengelakkan fitnah, pandangan jahat dan perkara yang buruk. Kejadian seperti rogol, zina dan sumbang mahram boleh dielak jika wanita menutup aurat, menurut khutbah itu.

      Chong berkata, penekanan Jais terhadap aurat wanita dan menyalahkan mangsa menunjukkan kepimpinan agama Malaysia tidak sensitif gender atau memahami isu wanita. Beliau menyeru usaha konkrit dilakukan bagi meningkatkan perwakilan wanita dalam semua sektor, terutama kepimpinan agama. Chong yang juga wakil rakyat DUN Padang Lalang dan bekas Ahli Parlimen Bukit Mertajam berkata, rogol membabit perkara lebih rumit daripada kegagalan wanita untuk menutup aurat.

      Delete
    2. DAP Racist- mahu camput Khutbah Aidl Adha di Pahang Agenda Daily) –

      PAS menggesa agar DAP tidak campur tangan dalam urusan jabatan mufti bersabit teks khutbah Aidiladha yang dikeluarkan Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), bulan lalu. Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pihaknya menyokong pendirian Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman yang enggan tunduk dengan ugutan DAP agar pihaknya meminta maaf.

      “Khutbah yang berupa nasihat agama bagi umat Islam yang terikat dengan syarat dan rukun merupakan peringatan baik bagi umat Islam. “PAS mempunyai pengalaman bersama dengan DAP, (PAS) sangat memahami bagaimana sikap DAP terhadap penghayatan dan amalan Islam,” katanya dalam satu kenyataan.

      Pada 26 September lalu DAP Pahang menggesa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) memohon maaf berhubung teks khutbah sempena Aidiladha yang mendakwa mereka menentang Islam. Dalam teks khutbah solat sunat Aidiladha dikeluarkan Jaip itu, umat Islam dinasihati bersatu padu walaupun berlainan ideologi politik bagi mengelak perpecahan di kalangan orang Melayu.

      Dalam pada itu, PAS menggesa seluruh institusi agama Islam turut berperanan menentang sebarang kemungkaran yang turut dilakukan oleh parti pemerintah. “Pas gesa DAP tidak campur tangan dalam urusan Jabatan Mufti yang mempunyai hak bagi mengeluarkan fatwa dan nasihat agama dalam pelbagai medium sama ada kuliah, ceramah atau khutbah. Nasihat agar umat Islam bersatu menentang kemungkaran agama dan syariat juga menjadi dasar dan matlamat perjuangan Pas.






      Delete
    3. Henti bantuan sekolah agama, Pas mahu DAP jawab RAZIATUL HANUM A.RAJAK1 Oktober 2015 Share on facebookShare on twitterShare on pinterest_shareShare on whatsapp 

      Mohd Khairuddin Aman Razali SHAH ALAM - Pas menuntut Kerajaan Negeri Pulau Pinang menjelaskan dakwaan berhubung penarikan balik bantuan tahunan kepada beberapa sekolah agama milik ahli-ahli Pas di negeri itu. Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali turut mendakwa surat tawaran bantuan yang telah dihantar juga ditarik balik.

      "Kami ingin meminta penjelasan kerajaan Pulau Pinang yang diterajui oleh DAP dan PKR berhubung dakwaan bantuan kepada sekolah agama rakyat yang ditarik balik daripada beberapa buah sekolah rakyat milik persendirian ahli-ahli Pas. "Beberapa buah sekolah agama persendirian ini telah mendapat bantuan tahunan sejak beberapa tahun yang lalu.

      "Tetapi akhir-akhir ini bantuan mereka telah dihentikan. Bahkan surat tawaran bantuan yang telah dihantar ke beberapa buah sekolah terbabit didakwa telah ditarik balik," katanya dalam satu kenyataan, hari ini. Beliau juga menyifatkan, tindakan DAP dan PKR itu seolah-olah memberi mesej bahawa apabila berkuasa, mereka juga menjadi zalim dengan sesiapa yang berbeza ideologi politik.

      "Dewan Ulama Pas Pusat mengingatkan kerajaan DAP dan PKR Pulau Pinang agar jangan bertindak seperti parti pemerintah sebelum ini yang menyekat dan tidak memberi bantuan kepada sebahagian sekolah agama rakyat milik ahli-ahli Pas kerana sentimen politik. "Tindakan ini memberi mesej bahawa DAP dan PKR yang sebelumnya menjadi pembangkang apabila berkuasa juga menjadi zalim dan tidak memberikan keadilan dan hak terhadap mereka yang tidak sehaluan politik

      Delete
  3. Aziz Bari adalah pengkhianat, Munshi Abdullah modern yg turut serta secara direct dalam agenda Racist DAP.

    Beliau adalah pengkhianat Grade Baik Punya

    Manakala PAN Imayam Kuali adalah pengkhianat GRADE Low Class

    MAT SYABUN MAHU PAS TERUS "CIUM PUNQOQ" DAP!!! Soal perjuangan tolak ke tepi. Soal nak menegakkan Kebenaran pun tak penting. Apa yang penting sekarang, PAN KUALI IMAYAM perlu terus menjadi Barua Paksaan kepada puak - puak RACISTS DAPigs. Bab nak menegakkan Shariah, Masjid, Amal Maaruf nahi Mungkar tu boleh dicampak ke dalam longkang sebab ianya bukan isu yang penting.

    Soal nak menjaga maruah orang Islam juga boleh ditong-sampahkan.asalkan dapat keredhaan DAP Yang penting sekarang ni ialah menjaga bontot puak - puak DAP tu supaya kemaluan diorang tidak dibuka dikhalayak ramai. Maka, PAN Imayam Kuali perlu terus menjadi Pencacai DAP yang taat setia dan tanpa had dan sempadan..

    Maka nyatalah PAN Imayam Kuali adalah Pengkhianat Brake tak makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mari kita londeh Mat Sabu d Khianat

      Interview dgn Mat Sabu, SIla baca link kat bawah ni Malaysiakini http://www.malaysiakini.com/news/166723

      "Jadi saya balik lepas PAS kalah teruk, tinggal dua kerusi sahaja. Saya terus ke pejabat PAS ambil borang jadi ahli pas. Jadi saya sertai PAS bukan sebab dasar Islam atau bukan Umno – atas demokrasi. "

      " Mohamad berkata beliau menyetujui petikan dalam satu teks tersohor oleh pengasas sosialisme moden – Karl Marx – bahawa agama merupakan candu bagi rakyat."

      Komen Aku: Dah la bukan kerana Islam, pakai Karl Marx plak sebagai pedoman. Nampak gaya Ibrahim Ali jauh lagi suci dari Mat Sabu. Elooo Mat Bertaubatlah kamu. Aku harap Majlis Agama seluruh Malaysia boleh ambil tindakan kepada Mat Sabu

      Jesse Labu Keadilan N9ERS

      Delete
  4. Ya la bari bari angkat guan eng jd pm.mat sabu dpt amoi.kak wan jd tukang kipas.

    ReplyDelete
  5. Aiyaaa ini macam wa manyak suka .......... wa sudah ada bari2 tak sembelih punya sbg ganti bab! utk umpan kasi makan sama malayu banggang spt Amanah dan PKR spy betul2 jadi macai sama balaci wa !

    ReplyDelete
  6. Mr tony monkney bila mahu langkah rawang ini bari bari sudah tak sabar hingap kerusi mb.mana mahu jd lalat buah mempelam harum manis sj.itu geng kuali sudah tak sabar mahu undi mahu sorak sorak kg tergadai mahu tampal poster muncung roket sama muncung seluar dlm koyak warna oren.ayoo lambat ini terlepas sudah putrajaya lg sbb tamak haloba

    ReplyDelete
  7. Pemikir strategik muda tu umur berapa? Mengeja pun belum pandai "jeuvanisme"? Dah boleh jadi pemikir ke? Inikah hasil pendidikan sekarang? Mengeja tak pandai pun boleh claim jadi "pemikir"
    MANA KEDEPAN?

    ReplyDelete
  8. berjaga jaga dengn parti tokong ni..Islam dan melayu hancur kalau dah kena cucuk ...

    ReplyDelete
  9. berjaga jaga dengn parti tokong ni..Islam dan melayu hancur kalau dah kena cucuk ...

    ReplyDelete
  10. kalau profesor pun dah gelap mata...ko yg dok kampong lagi la mudah parti tokong ni kencing....

    ReplyDelete
  11. Apa itu parti tokong, mungkin macam pas yg jadi parti Islam dan pemimpin dia anggap diri nya ulamak bertaraf Nabi. Hahaha tokong pun boeh buat parti, hebat. Umno tokong pun dak, Islam pun dak, agaknya parti duit.

    ReplyDelete
  12. jika anda ingin merasakan kemenangan di dalam
    bermain togel hbg mbah WOWO di nmr
    (_0853_2888_0180_) jika ingin mengubah nasib
    seperti kami sudah 3 x terbukti trim’s roo,mx
    sobat

    ReplyDelete
  13. Orang melayu berpolitik selalunya merugikan....orang melayu tak suka belajar sejarah dan tak pandai matematik......berbeza dgn bangsa cina ....mereka ni pandai ambil kesempatan dan cari peluang....contoh....

    SEJARAH.....

    Di Singapura diawal penubuhannya Lee Kuan Yew (PAP) bukan main baik lagi dan sopan santun dgn orang melayu/islam dan datang ke tempat orang melayu/islam dgn bersongkok....orang melayu pun cair dgn lakonannya tetapi bila dah berkuasa dan kuat, azan kat masjid pun tak dibenarkan dilaungkan.


    MATEMATIK

    Orang melayu tak pandai matematik dan kira-kira.....sebab itu selalu kena tipu dan keliru

    Di Malaysia penduduk melayu/bumiputera mewakili hampir 70% dan 30% bukan bumiputera.........bumiputera majoriti tetapi kerana tidak bersatu dan suka berpecah belah dan terbahagi,kepada beberapa kelompok 70% dibahagi 3= 23% dan bukan bumiputera/cina bersatupadu dan sokong DAP 100%.....30% dibahagi 1=30%............akhirnya melayu rasa dirinya majoriti tetapi menang sorak tetapi kampong tergadai!

    ReplyDelete