Friday, 6 November 2015

UMUR BLOG OMAK KAU SUDAH BERUSIA 4 TAHUN

Begitu pantas masa berlalu.Pejam celik pejam celik tanpa disedari dah pun masuk 4 tahun usia blog Omak Kau.
Blog yang berumur rebung, masih bertatih bila berada dalam kelompok blog-blog otai yang sudah agak lama bertapak terasa teramatlah kerdil.

Baru Omak tahu berblog ini memang banyak dugaan dan kerenahnya. Ingatkan senang dan mudah tetapi memerlukan suatu kesungguhan, kesabaran dan minat yang amat tinggi

Kepada para penjenguk, pengintai, pembaca, peminat, penegur, pengkritik, pembenci, pemaki, pengutuk, pencarut, pemberi nasihat dan penyokong blog ini, Omak Kau ucapkan jutaan terima kasih. Tidak lupa juga kepada para blogger dan facebooker yang tidak jemu-jemu memberikan sokongan, tunjuk ajar, teguran dan dorongan.

Kepada pengendali Harakah Daily yang banyak membuat promosi memperkenalkan blog ini kepada umum, jutaan terima kasih juga di ucapkan. Konsep blog Omak Kau sejak diwujudkan ialah memperjuangkan Keadilan, Kebenaran dan Kebebasan .. Membongkar segala bentuk kemungkaran, penyelewengan, penipuan, penindasan, kezaliman dan rasuah dengan fakta bukan auta .. realiti bukan ilusi ... kenyataan bukan rekaan.

Dari awal blog ini wujud.... Omak Kau bukan blog sensasi, tetapi bertemakan Kebenaran itu Pahit, Keadilan Itu Perit dan Perjuangan Itu Sakit. Tujuan berBlog untuk membantu parti yang disokong dan didokongi menyebarkan kebenaran dan lawan kemungkaran tidak kira siapa yang melakukannya. .. KEBENARAN TETAP KEBENARAN .. KEMUNGKARAN TETAP KEMUNGKARAN .. HARAM TETAP HARAM DAN TIDAK AKAN SESEKALI MENJADI HALAL WAIMA JIKA IANYA DILAKUKAN OLEH PARTI ANUTAN SENDIRI.

Untuk melakukan ini semua sudah pasti ada halangan dan rintangan serta cemuhan dari kalangan yang bertentangan pandangan, perbezaan pendapat selain berlainan pegangangan dan idealogi politik.

Omak Kau anggap itu semua sebagai salah satu asam garam berBlog … Sepanjang 4 tahun berblog sudah pasti ada suka duka yang dilalui … suka apabila pandangan yang diluah dan di curahkan melalui blog ini mendapat reaksi positif dengan menerima perbezaan pandangan dan pendapat sambil meraikannya secara berlapang dada dan dingin kepala sambil memberikan penghormatan .. duka apabila ada yang serang dengan maki hamun, caci cerca, mencarut kata-kata nista hanya disebabkan cuba mempertahankan tubuh badan parti politik yang di anutinya dan pemimpin pujaan tertentu mereka.

Paling mendukakan ialah pernah Omak Kau tidak boleh berblog selama 2 minggu ekoran dari diri Omak Kau menghidap demam denggi namun atas berkat doa dan sokongan serta bantuan rakan-rakan serta pemimpin tertentu memberikan kekuatan luar biasa untuk Omak Kau terus berBlog walaupun akhir-akhir ini yang memaki hamun dan mencarut bukan lagi datang dari parti lawan tetapi dari kalangan beberapa anggota parti sendiri yang tidak mau menerima realiti dan maukan Omak Kau terus melakukan kerja-kerja sembunyi fakta dan kebenaran selain mau ambil pendirian bersifat sindrom nafi syok sendiri.

Tegur sedikit kelakuan setengah pemimpin parti yang jelas melanggar etika perjuangan parti maka akan bangkit para pengkagumnya menerjah dengan melakukan maki hamun dengan kata-kata lucah. Berteriak kesana kesini memperjuangkan kebenaran, keadilan dan kebebasan namun apabila slogan itu mengenai tubuh badan pemimpin pujaan mereka, mengambil jalan dan langkah enggan menerima dan terus melabelkan Omak Kau sebagai pengkhianat parti ..… Falsafah politik apa diguna pakai pun Omak Kau tidak faham.

Parti akan rosak jahanam dan roboh tumbang menyembah bumi apabila parti yang didokongi ini dipenuhi dengan para pengikut dan penyokong yang kaki pengampu, tukang angguk, tukang tepuk dan enggan menerima realiti di akar umbi.

Parti yang bijak dan berpandangan jauh lazimnya akan kutip segala kritikan, teguran dan nasihat sebagai maklum balas untuk menguat dan memperkukuhkan parti.

Tuduh pihak lawan zalim, kejam , penipu dan pemfitnah tetapi dalam masa yang sama segelintir dari mereka menjadi pengamal tegar kelakuan jijik ini.

Ada yang menegur mengapa tiada tapisan dilakukan untuk pengomen di blog Omak Kau .. jawapannya mudah .. biar pembaca dan pemerhati blog Omak Kau melihat sendiri akan gelagat segelintir penyokong parti anutan mereka memberikan hujah dan komen apabila pemimpin pujaan mereka diterjah dengan fakta dan kebenaran .. biar rakyat tahu betapa gelabahnya mereka apabila kebenaran dibongkar .. pucat lesinya mereka apabila kenyataan dihidangkan kepada rakyat untuk berfikir dan menilai.

Maki hamun, caci cerca dan mencarut dengan kata-kata nista tidak akan menambah sokongan rakyat terutamanya dari kelompok anak-anak muda ..

Mereka tidak akan terpersona, tersilau, terpukau kagum dan kaget. Sebaliknya akan terbina dan terbit rasa benci dan meluat menyebabkan akan menjauhkan diri dari perjuangan parti yang didokongi.

Peliknya para pemimpin bersikap cukup keterbukaan dengan meraikan serta hormat perbezaan pendapat .. yang peringkat bawahan bertaraf macai yang menggelupur dan melenting tidak tentu pasal.

Kemelut MB Selangor dan pemilihan KeADILan 2014, cukup-cukup mencabar sepanjang Omak Kau berBlog .. akhirnya bekas Setiausaha Agung PKR sendiri secara terbuka memwakili diri sendiri dan parti memhon maaf secara terbuka di Mahkamah Tinggi Shah Alam akui segala tuduhan yang dilemparkan keatas mantan Menteri Besar Selangor adalah fitnah dan tipu belaka, menyebabkan rakyat terkejut dan terpegun betapa selama ini mereka telah dihidangkan dengan kisah dusta, fitnah dan cerita reka cipta .... kesan pengakuan itu masih terasa sehingga kini ..... sedikit sebanyak maruah, integriti dan nama baik parti tercalar parah ... rakyat melihat sambil menilainya sebagai sanggup lakukan apa sahaja demi mencapai matlamat untuk mendapatkan jawatan dan kuasa.

Politik negara kini cukup bercelaru sampai rakyat dan penyokong naik keliru terutamanya dari kelompak pembangkang . Terkuburnya Pakatan Rakyat maka Pakatan harpan pula ditubuh secara terburu-buru dengan mengenepikan sama sekali PAS sambil menganggap parti serpihannya PAN sudah mampu ambil alih peranan dan tanggungjawab.

Politik gelojoh ini sudah pasti tidak diterima baik oleh rakyat yang berhasrat mau mengubah angin pemerintahan negara.

Alhamudulillah kini angka pageviews yang menjenguk blog Omak Kau sudah mencecah 57 juta dalam tempuh 4 tahun. Suatu angka tidaklah seberapa.

Doa dari kalian diperlukan untuk Omak Kau untuk terus berkarya dengan prinsip yang sama agar kekal lama.

KEBENARAN ITU PAHIT .. KEADILAN ITU PERIT … PERJUANGAN ITU SAKIT. .. PEMIMPIN YANG BONGKAK, ANGKUH DAN SOMBONG AKAN RAKYAT TOLAK.

32 comments:

  1. Salam Omak,

    Tahniah kerana berjaya menjadi antara blogger2 pembangkang yng berpengaruh di Malaysia, selamat maju jaya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah dan syabas dari saya untuk Omak Kau kerana kejayaannya mendedahkan kebenaran !

      My sincere congratulation to Omak Kau. You're doing great, continue the good work!. Keep it up !

      Delete
  2. Tahniah Dan twruskan berjuang

    Jeff ulu bernam
    Keadilan reform

    ReplyDelete
  3. Tahniah, teruskan dengan neraca yang seimbang tanpa prajudis

    ReplyDelete
  4. Blog yg memberi kenyataan yang adil, telus dan tiada kompromi dari pihak pembangkang atau pemerintah, dua2 kena tibai kalu tak betul, teruskan Omak Kau semoga menjadi blog yang terkini dan tepat menyampaikan berita politik khasnya dan ehwal semasa amnya. Semoga semua usaha di berkati yang maha esa.

    ReplyDelete
  5. Teruskan perjuangan

    ReplyDelete
  6. gila tinggi pageview sehari. tahniah lah omakkau.

    ReplyDelete
  7. Teruskan menegak keadilan. Biarkan caci maki manusia yang muflis pahala. Di akhirat nanti tempat balasan yang setimpal.

    ReplyDelete
  8. Saya setiap hari akan buka Dan jengok blog ini . tahniah kepada omakkau ,
    APA yang saya terkilan adalah terkubur nya pakatan rakyat . bagi saya pakatan harapan tidak akan pergi jauh , kerana dap terlalu kurang ajar .
    Kami otai lama reformasi berada dukacita dengan keadaan politik di pihak pakatan sekarang .
    Harapan saya supaya pencinta pakatan supaya berdingin kepala Dan terbuka minda .
    Politik yang terburu buru membawa kemusnahan akhir nya .
    Dap sebagai salah satu angota PR kebelakangan ini terlalu angkuh .
    Ingatlah kami lebih rela duduk dibawah ulamak Dan kami akan buktikan bahawa politik fitnah Dan terburu buru yg dibawah oleh ph tidak akan kemana mana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya amat sayang..sekiranya pkr bergabung dengan pas sahaja dan parti2 peribumi sabah dan sarawak dengan dapig kurang ajar ditongsampahkan, maka dengan sekadar undi majoriti sahaja pkr pas dll mampu menggantikan umno bn yang sudah sangat korup dan anwar sudah merasa kerusi empuk pm di putrajaya...namun kerana salah strategi dan terlalu kemaruk undi cina india dapig yang terus menyakitkan hati orang melayu maka lihatlah apa yang berlaku pada anwar dan pkr sekarang..aii

      Delete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. Tahniah kepada blogger Omakkau. Blog yang paling telus namun berhati-hatinya, seboleh mungkin, komentar tidak memberi hujah yang dangkal, kebudak-budakan, lari dari topik dan ke arah memfitnah. Apa yang anda tulis, anda akan dipertanggungjawabkan depan Rabul Jalil. Ingat tu..... kekadang baca komen Mat Salih dalam blog lebih Islamic dan sopan tapi orang Malaysia...hmm,

    ReplyDelete
  11. Tahniah blooger OMAKKAU...

    ReplyDelete
  12. pejam celek blog omak empat tahun he.he.he
    yg aku takut akan macai PRR bagi hadiah dildo untuk omak kau bukan boleh percaya muka2 macai pkr ini
    jangan jadi macam pengikut pkr dapat komputer melancap depan leptop pulak


    semperna meraikan hari lahir blog omak kau ITU selamat hari lahir omak kau

    ReplyDelete
  13. semuga allah memberkati omakau. amin

    ReplyDelete
  14. tahniah..kipidap...dungibab...sy telah meninggalkan blog2 reformasi yg lain sejak mrk mula menghentam pas,,,,hanya harakahdaily dan omak kau saja jadi pilihan skrg..teruskan perjuangan....Allah bersama2 org yang benar..Allahuakbar

    ReplyDelete
  15. Bubuh lambang/logo UMNO sebelah tu omakkau dah terbukti PAS nak join UMNO buang lambang/logo DAP dan PKR....bakpe dok bubuh lagi....JGN JADI MUNAFIK BIAR TERANG DLM PERJUANGAN.....KE PENAKUT?

    ReplyDelete
  16. Saya minta OmakKau buang lambang DAP tu...atau pun letak pangkah warna merah kat logo DAP tu!

    ReplyDelete
  17. patutla sokong pasug dn umnu

    baru 4tahun.... x baligh lg dlm politik tipu daya umnu...

    sat lg omak mesti jwb kt bwh ni.... xcaya tunggu

    ReplyDelete
  18. omakkau kata.. kpd para penjenguk, pengintai pemcarut dll..
    Laaa.. jng lupa para yg penyanyang kat omakkau nii.... sebutlah yg sayang omakkau..
    Sayang sangat omakkau.. kalu tak buka tengok omakkau mesti tak boleh tidur.. betul..
    Sebab apa..kerana omakkau dah.matang.. boleh fikir mana batu mana kaca, mana intan mana berlian..
    mana pkr mana pas, mana dap mana komunis..

    ReplyDelete
  19. Patutlah tak pandai dalam politik baru 4 tahun...pasni letak logo umnu kat logo kau ye.

    ReplyDelete
  20. Patutlah tak pandai dalam politik baru 4 tahun...pasni letak logo umnu kat logo kau ye.

    ReplyDelete
  21. OMAKKAU MASIH WAS WAS KOT DGN PERJUANGAN PAS SEBAB TU MASIH KEKALKAN LOGO DAP DAN PKR HEHEHHEE

    ReplyDelete
  22. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  23. Walau pun 4 taun tapi bertambah manis. Bibir merah menyala. Gerammm!!!

    ReplyDelete
  24. Tahniah Omakkau. Diharap dapat kurangkan liputan tentang kehadiran orang ramai ke ceramah Parti Amanah Negara Tanah Air Tercinta yang hambar tu.

    Selalu sangat keluar cerita tu, seolah-olah memberi publisiti mudah kepada parti.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...