Friday 3 July 2015

1MDB SANGKAL LAPORAN WALL STREET JOURNAL (WSJ) MENYEDIAKAN DANA KEPADA NAJIB RAZAK



1MDB menafikan dakwaan syarikat pelaburan milik penuh negara menyediakan dana kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam kenyataan media, 1MDB memaklumkan tindakan media menyiarkan dakwaan tidak benar itu sebagai tidak bertanggungjawab yang bertujuan menjejaskan reputasi syarikat.

Katanya, banyak laporan fitnah telah disiarkan oleh media menggunakan dokumen yang telah diubahsuai seperti Sarawak Report bagi menimbulkan keraguan rakyat terhadap 1MDB.

“Kami terkejut bahawa dokumen seperti ini , yang mana kewujudannya dan kesahihan belum disahkan secara terbuka, terus digunakan sebagai asas untuk membuat tuduhan baru tidak berasas terhadap 1MDB,” kata kenyataan itu.

Laporan Wall Street Journal (WSJ) mendakwa pihak penyiasat mendapati sejumlah USD700 juta dana milik negara dimasukkan ke dalam satu akaun peribadi yang didakwannya milik Najib.

Laporan itu mendakwa, dana yang disalurkan kepada Najib adalah milik 1MDB, syarikat negara yang diselubungi kontroversi dengan pinjaman RM42 bilion.

Laporan itu turut menyiarkan jurucakap kerajaan yanng menafikan laporan itu.

6 comments:

  1. Bijan pura2 tak tahu ye....kau bahagia atas peluh dan keringat rakyat malaysia kan? Semoga keadilan akan berlaku dan kau Bijan Turun Tahta. Sudah2lah Membawa Kerisauan Dan Kesusahan Kepada Rakyat. Kepada Penyokong Bijan Ni Saya Minta Maaf Kerana Terlalu Teruk Yang Dia Dah Buat...Bijan Perlu Letak Jawatan!! Elok Untuk Negara Dan Parti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inilah manusia yg terlalu dengar cerita dan tidak dapat membezakan kebenaran. Semoga bulan Ramadhan memberi fikiran yang waras.

      Delete
  2. Setakat petik sumber tak bersama, bolehlah duduk sekali dengan LGE LKS.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hang tunggu laporan rasmi ka..patut la. Hang nak tunggu depa kata ya...ya kami telah merembat semua dan hukumlah seadanya. Hang punya bersangka baik memang patut di puji. Tapi tak semua baguih macam hang. Ramai rakyat malaysia ni biasa biasa saja, taklah sebaguih hang untuk memahami berita. Jadi aku rasa hang kenalah buat penerangan supaya semua boleh jelas. Dah buat kerja, pandai pandai lah pi cari tokey suruh bayaq elaun. Bab sumber ni, orang pun boleh kata yang hang asyik dok dengaq sumber yang satu saja..patut la.
      Salam Ramadhan. Maaf dan maju bersama Islam.

      Delete
    2. Tun mahathir senyum ajee
      Tun mahathir pun geleng2 kepala dibuatnya.
      Patutlah hilangggg

      Delete
  3. Hayaaaaaaaaa
    Mana mau lariiii

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...