Wednesday, 1 July 2015

KOLEKSI GAMBAR PESAWAT TENTERA UDARA INDONESIA TERHEMPAS DIKAWASAN KEDIAMAN DI MEDAN SUMATERA UTARA YANG MENYEBABKAN 141 MAUT.



Sekurang-kurangnya 141 maut, selepas sebuah pesawat pengangkut Tentera Udara Indonesia terhempas di sebuah kawasan perumahan, di Medan, Sumatera Utara, pada Selasa.

Panglima Tentera Udara Indonesia, Agus Supriatna berkata, senarai penumpang dan kru yang menaiki pesawat Hercules C-130 berusia 51 tahun itu adalah 113 orang, iaitu 12 kru dan 101 penumpang.

“Tidak, tidak. Tiada yang terselamat, saya baru pulang dari lokasi kejadian,” katanya.

Anggota mencari dan menyelamat memaklumkan, mangsa korban termasuk tiga penduduk di kawasan perumahan yang baru diwujudkan itu.

Setakat ini, sebanyak 84 mayat yang dikeluarkan daripada bangkai pesawat itu dan runtuhan bangunan, telah dihantar ke sebuah hospital di Medan.

Seorang jurucakap di pangkalan udara Medan, tempat pesawat itu berlepas memberitahu, ramai daripada penumpang pesawat itu adalah ahli keluarga pegawai Tentera Udara Indonesia dan wanita.

Sekurang-kurangnya seorang kanak-kanak disahkan maut, setakat ini.

Selain kediaman dan kenderaan, sebuah rumah urut musnah dan sebuah hotel kecil turut rosak akibat tragedi itu.

Hercules C-130 itu berlepas pada jam 12.08 tengah hari Selasa, sebelum ia terhempas di kawasan penempatan itu dua minit kemudian, kira-kira lima kilometer dari pangkalan udara, lokasi ia berlepas.

Sejurus berlepas, juruterbang pesawat itu meminta untuk kembali ke pangkalan udara berkenaan, kerana pesawat itu mungkin mengalami masalah enjin.

Tambahnya, pesawat itu berada dalam “keadaan amat baik” dan telah membuat beberapa pendaratan, sebelum ia tiba di Medan.

Tragedi ini sekali lagi menimbulkan kebimbangan ramai terhadap rekod keselamatan penerbangan di Indonesia.

Sebuah pesawat penumpang AirAsia Indonesia penerbangan QZ8501 yang dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura, terhempas di Laut Jawa pada 28 Disember lalu, menyebabkan semua 162 penumpang dan kru terkorban.

2 comments:

  1. Innalillah wainna ilahirojiun.

    ReplyDelete
  2. pesawat ni mula digunakan pada tahun 1963, patut tak payah pakai lagi.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...