Thursday 2 July 2015

PARTI BARU PASMA/G18 SEBENARNYA ADALAH PARTI EKSKLUSIF BUKAN INKLUSIF?????



Parti baharu berkulit dan bernamakan Islam yang dikatakan bakal dilahirkan selepas Aidil Fitri yang terbuka kepada semua warga malaysia tidak mengira kaum dan anutan Agama dicanangkan kononnya bersifat dan bersikap inklusif.

Setelah diperhalusi amat jelas parti anjuran PasMa/G18 yang disokong dan dokong padu oleh DAP sebagai galang ganti kepada PAS untuk diserapkan dalam satu gabungan baharu Pakatan 2.0 jelas adalah sebuah parti mempunyai darah dan jiwa eksklusif dan bukannya inklusif.


Parti baharu yang bakal ditubuhkan kelak rata-rata terdiri daripada:-


1. Ahli IKRAM
2. Sebahagian kecil ahli ABIM
3. Ahli PasMa
4. Beberapa pemimpin PAS yang hilang jawatan kerana tumpas dalam pemilihan Muktamar PAS ke 61 lalu
4. Sebilangan kecil penyokong dan pengikut PAS yang g kecewa kerana pemimpin mereka tidak terpilih dalam Muktamar PAS ke 61
5. Bekas IRC-JIM yang tidak anggotai IKRAM atau ISMA


Parti baharu ini bukan bergerak dan bertolak dari motivasi atau inspirasi "bottom up" dalam kalangan akar umbi yang ramai sepertimana penubuhan PAS, UMNO, dan PKR. Tetapi ia bertolak dari rasa kecewa dan tidak puas hati sekumpulan orang yang hilang jawatan dalam parti kerana tidak dipilih semula dalam Muktamar PAS ke 61 yang lalu.

Maka dengan sendirinya atau secara automatik parti baharu ini akan jadi parti eksklusif seperti nyamuk yang kuat menyengat tapi sakitnya sebentar sahaja. Nyawa nyamuk biasanya tidak panjang iaitu 14 hari pada suhu 20 darjah centigrade dan 10 hari pada suhu 25 darjah centigrade. Seperti parti HAMIM, BERJASA, dan KITA, mereka hanya mampu hidup sebentar sahaja.


Parti baru yang eksklusif ini belum ditubuh dan disahkan oleh RoS sudah pun melalui dua fasa ketidaktentuan dan kecelaruan.


Fasa pertama ialah fasa perbalahan antara PasMa dan G18 siapa patut jadi ahli jawatankuasa tertinggi parti baru. Hanipa Maidin mengatakan kumpulan PasMa tidak layak kerana memiliki barisan pemimpin yang tidak dikenali dan berkemampuan menarik penyokong.

Kumpulan PasMa pula mendakwa PasMa lebih layak memimpin PasMa memandangkan ilham untuk bentuk parti baharu ini datang dari daya usaha mereka.


Fasa kedua ialah ketidakyakinan penyokong PasMa dan G18 yang memilih terlebih awal menyertai DAP dan tidak mahu tunggu untuk sertai parti baru.  Sasterawan Negara Datuk A.Samad Said atau Pak Samad yang diketahui umum dikira amat intim dan rapat dengan beberapa individu G18 telah memilih DAP untuk wadah perjuangan politiknya dan malahan sanggup menjadi hamba parti berkenaan.

Syeikh Omar Ali anak didik IRC IKRAM juga lebih yakin pada DAP dari parti baru ala Islam kononnya. Yang terbaru Penasihat Undang Undang PasMa sendiri  Zulhazmi Shariff sudah isytihar sertai DAP dan tidak mahu bersama parti baru yang akan ditubuhkan oleh PasMa dan G18.


Umpama luka dibubuh asam garam apabila Datuk Paduka Husam Musa kelihatan sehingga kini menyepikan diri dari G18 dan Datuk Mahfuz Omar pula telah membuat pengisytiharan akan tetap kekal dengan PAS dan tidak terliur dan kebelur nak menyertai parti PasMa/G18.

Malang sungguh parti baharu ini sudah dipertikai kredibiliti kepimpinannya dari awal.


Maka yang tinggal dalam PasMa dan G18 hanyalah kumpulan atau grup orang kecewa. Mereka bukan orang hadir dan lahir dari kelompok akar umbi tetapi orang pertengahan dan orang atas dalam parti. Maka sekaligus menyebabkan parti baharu ini akan jadi parti eksklusif.


Istilah "inklusif" yang PasMa dan G18 maksudkan ialah ahli-ahli yang merangkumi lima kelompok di atas. Yang kuat sangat membuat bising terutamanya dimedia sosial dan blog rata-ratanya bukan pun pendokong dan ahli PAS tetapi majoritinya adalah budak-budak PKR yang menaruh dendam kesumat panas hati apabila kemahuan dan kehendak Anwar Ibrahim mau menobatkan isterinya Datuk Seri Wan Azizah Ismail sebagai MB Selangor tidak mendapat sokongan padu dari PAS dan Tuan Guru Dato' Seri Hj Abdul Hadi Awang.

Sesudah ada tiga ceramah perdana anjuran G18 diadakan iaitu di Kota Bharu, Bakri, Muar dan Temerloh, Pahang ternyata sambutan cukup hambar dan dingin.

Parti yang eksklusif bertopengkan insklusif hakikatnya tidak akan mendapat sambutan dan sokongan .. Ia kekal didokong dan disokong kelompok-kelompok tertentu dalam masyarakat.


Parti anjuran PasMa/G18 nanti jika jadi adalah parti eksklusif dalam erti kata yang sebenar.

12 comments:

  1. Whatever la.

    Janji ABU.

    Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allah Berkati Umno..abu..

      Delete
    2. Whateverla...ckp.jer berdrgar2...auk...auk...auwwww

      Delete
  2. Hehehe..parti geng kuciwa rajuk mcm pondan tua..
    sikit2 rajuk tubuh parti baru...hehehe appeda

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tunggu lepas raya
      Tuang presdeng misti kecut telo

      Delete
  3. Islam akan lebih selamat di bawah kuasa DAP, PasMA, G18, & PKR-Pro DS Anwar.

    Islam kelihatannnya sudah kehilangan seri di bawah mainan PAS, UMNO & PKR-Anti Anwar

    Reformasi!!!...Reformasi!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup...mmg sah selamat...selamat jln...kafkr nk telanjang xleh larang...kafir nk pakai nama allah xleh larang kafir nk buat oesta beer besar2 xleh larang kafir x izin hudud pun xleh larang...x selamat gitu...mmg cukup hormatbkafirnkt islam skrg smpi jakim pun kene mintak izin kafir

      Delete
    2. Kapir sajakah yg sebabkan Islam makin kurang dihormati?
      Ularmak mcm mna pulak?
      Adakah ularmak2 beserban itu suci belaka dr fitnah pil2 kuda dan barua?

      Delete
    3. Asal bukan UG, umbgook dan pas pus

      Delete
  4. errrr...... yg korang sibuk knapa...... kalu btul x dak sambutan apa nk risau...... korang ni tkut bayang bayang kerrr

    ReplyDelete
  5. Tak kisahlah parti baru ni inklusif ke atau ekshlusif. Yang nyatanya PAS dah jadi eksklusif. Khas untuk ustad-ustad, tok guru-tok guru dan ulamak-ulamak. Kalau ada Muslim yang berbakat tapi takde pelajaran syariah peringkat pondok atau universiti jangan mimpi untuk pemimpin. Yang akan datang hanya dalam ilmu Allah s.w.t. Majunya parti baru atau tidak apa PAS ambil peduli. Mengapa nak sibuk. Jagalah jubah sendiri.

    ReplyDelete
  6. Aku setuju sangat2 dengan anon 9.10. Apa hak hang kata tepat dan mujarab.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...