Thursday, 2 July 2015
GELAGAT GUAN ENG BUAT AZMIN ALI SEMAKIN TERTEKAN.
Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali semakin tertekan dengan pengumuman Lim Guan Eng bahawa Pulau Pinang bukan lagi negeri Pakatan Rakyat, dakwa Faekah Husin.
Pegawai Khas kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim itu berkata, Azmin masih gagal menyelesaikan kemelut politik antara Pas dan DAP yang menjejaskan pentadbiran Negeri Selangor.
Katanya, dengan perkembangan terbaru di Pulau Pinang itu sudah pasti membuatkan Azmin ‘pening kepala’ untuk menyelamatkan kerajaan Selangor.
Menurut Faekah, hubungan tergantung antara Pas dan DAP menimbulkan sikap saling mencurigai sesama EXCO yang sudah semestinya tidak sihat untuk pembangunan negeri dan rakyat.
“Sekarang kerajaan negeri sibuk dengan usaha memperbaiki kerosakan yang mereka cipta sendiri hasil Langkah Kajang yang gagal,” katanya.
Katanya, dengan perkembangan terbaru itu, Azmin perlu membuktikan beliau mendapat sokongan majoriti, sama seperti desakan yang dikenakan terhadap Khalid apabila beliau dipecat PKR.
Jelasnya, Azmin perlu menerangkan kepada rakyat apakah bentuk kerja sama dalam kerajaan negeri Selangor yang ada ketika ini selepas PKR dan DAP mengumumkan Pakatan Rakyat sudah tidak wujud.
“Walaupun krisis DAP dan Pas tiada kesudahannya, Azmin sudah pasti sedang mencari jalan untuk menyelamatkan kedudukannya.
“Sebagai seorang yang berpengalaman sebagai ‘perunding’ sudah pasti Azmin memiliki banyak idea dan bertungkus lumus membuat tawaran kepada
semua pihak. Tidak mustahil Azmin meminta tolong UMNO,” katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
Sultan Brunei, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sult...
Program JEJAK FAKIR oleh kerajaan negeri Selangor OK tak nak highlight ke...
ReplyDeleteTak kan nak cerita yang buruk je tentang Azmin.
Sekian, terima kasih.
Biasalah POLITIK, aku tak terkejut pung. Yang terkejut cuma Ayahanda Haji Marang ajer, sebab dia nak musnah P. Pinang & Selangor tak tercapai. Juga yg terkejut adalah BEROK-BEROK TODI, pakai jubah TAPI telanjang dan BLOGER-BLOGER SASAU, tulis cerita pakai lutut tak guna akal!
ReplyDeleteGaya ckp cam.hamba dap.je...auk...auk...auwwwww
DeleteJejak Mohd Fakir ade le...xpayah le nak tutup isu bangkai gajah dgn program ciput tu..hehehe
ReplyDeleteBiasalah konflik politik. Tetapi insyaallah kali ini konflik di selangor akan lebih tenang tanpa pengkhianat utama, Haji Hadi.
ReplyDeleteHj Hadi hanya mulia di mata penyokong PAS. Di mata masyarakat awam dan non-muslim dia lah manusia berperangai buruk. Kalah orang jahil. Dah perangai buruk, lepas tu orang benci, nak kaitkan dengan Allah.
Sayamg betul kt non muslim smpi non muslim nkbtelnajng pun x terlarang nk oesta beer pun xleh larang nak lacur nama allah punxleh larang tolak hudud pun xleh larang...yg melarang ke suk atau yg xleh larang tu suk
DeleteBetul la kata nabi...dh dkt akhir zaman yg batil kata benar...yg nak bwk kebenaran plak dikata batil....allahu robbi
DeleteMemang sudah menjadi fitrah perjuangan Islam dimana tidak pernah disukai oleh manusia terutama orang kaya dan Islam pada ketika susah hanya orang miskin dan kampung saja yang bersama Islam. Musuh Islam tidak pernah setuju dengan apa saja cadangan untuk meningkatkan perjuangan Islam. Teringat kita dengan kata kata almarhum tok guru Nik Abdul Aziz bahawa serigala tidak pernah bersetuju dengan cadangan gembala kambing bagaimana cara mengelakkan kambingnya daripada dimakan serigala. Memang dimata orang yang teguh dengan perjuangan Islam itu mulia tapi dimata orang yang tidak sehaluan tidak baik lah. Siapa nak Islam yang tunduk pada nafsu manusia sila. Jangan duduk dalam jamaah PAS kemudian menghina pemimpin jamaah sendiri. Kalau tak suka keluar saja dari PAS. Apa nak tunggu lepas raya baru nak tubuh parti baru. Senang biar orang yang betul-betul istiqamah dengan PAS saja berjuang dalam PAS.
ReplyDeletebetul tu.mkn pil kuda byk2 aaass
Deletesudahla tu omakkau.carila rezki yg halal utk anak2.
ReplyDeletesiapa fekah nk bsuara...pelahap duit pun xnk pulangkn lagi mau bsuara.pui
ReplyDeleteSiapa pun boleh bersuara asal jgn memaki hamun org sudah...macam diva pondan gila adik azmin ali tu...heee pui
ReplyDeleteBlog omak kau dah jadi blog pemuja azmin dan lim guan eng.kalau x puji azmin omak kau puja pula lge.fatwa fatwi ularmak umngok kata solat tapi merompak menyamun mencuri duit rakyat boleh massyuuk syurga tak nak ulas ker?
ReplyDeleteAzmin kena tukar jadi mb ....ambil azwan ali sebagai mb sgor....sekali makian haramjadah pada lim guan eng.....pasti guan eng kecut perut...settel masalah....choyyyyy....!
ReplyDeletemenyampah pulak aku tengok muka Fekah nih...
ReplyDeleteEh aku suka tgk fekah ni....trbayang2 dlm mimpi. .....hehehe. .....ko klu nyampah ko pegi la tgk nenek kipas tu....sejak menang prk permatang pauh sampai la ni syp.....ssebok jaga cucu ler tuuur....kehkehkeh. ...
ReplyDeleteYg benar
din jinjang. ...