Wednesday 8 July 2015

PEGUAM NEGARA NAFI AKAUN MILIK NAJIB DIBEKUKAN



Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail menafikan laporan mengatakan 3 daripada 6 akaun bank yang dibekukan pasukan petugas khas semalam adalah milik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Gani berkata, perintah pembekuan yang dikeluarkan pada 6 Julai lalu tidak melibatkan mana-mana akaun yang dikatakan milik Najib.

"Satu lagi isu yang membimbangkan adalah dokumen itu dikatakan dibocorkan dari dalam siasatan itu sendiri.

"Peguam negara juga memperjelas perintah pembekuan yang dikeluarkan pada 6 Julai, 2015 tidak melibatkan mana-mana akaun yang dikatakan dipunyai perdana menteri," katanya.

Beliau mengulas laporan semalam yang menyatakan 3 daripada 6 akaun bank yang dibekukan oleh pasukan petugas khas pada Isnin dimiliki Najib.

Gani berkata, pihaknya bimbang terjadi kebocoran dokumen berkaitan dengan suatu siasatan jenayah yang masih berjalan dan meminta supaya siasatan penuh dibuat terhadap perkara itu.

Katanya, dokumen yang didedahkan Wall Street Journal (WSJ) melalui artikel “Malaysia Orders Freeze of Accounts Tied to Probe of Alleged Transfers to Prime Minister Najib” bertarikh 7 Julai, 2015 itu masih dalam siasatan.

Sehubungan itu, beliau menekankan kepentingan menjaga integriti siasatan itu agar tidak timbul kemusykilan di kalangan orang awam.

"Ini bukan persoalan 'whistle-blowing' kerana perkara yang berkenaan sudah dalam siasatan," katanya.

Beliau juga bimbang tentang sindiran dan kenyataan yang dibuat, mengaitkan peguam negara dengan agenda politik tertentu.

Katanya, tujuan pasukan petugas khas antara lain ialah agensi itu ditubuhkan bagi memastikan tidak timbul sebarang salah guna mekanisme siasatan.

Beliau tidak akan teragak-agak mendakwa mana-mana individu yang didapati membocorkan maklumat sulit yang berkaitan siasatan kerana ia satu kesalahan jenayah di bawah Seksyen 133 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan Seksyen 145 Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013.

Katanya, individu yang mempunyai akses kepada dokumen atau maklumat berhubung hal ehwal atau akaun pelanggan suatu institusi kewangan, termasuk institusi kewangan itu, atau orang itu pernah menjadi pengarah, pegawai atau ejen institusi kewangan itu, jika mendedahkan kepada orang lain apa-apa dokumen atau maklumat yang berhubungan dengan hal ehwal atau akaun mana-mana pelanggan institusi kewangan itu, boleh dikenakan dakwaan di bawah akta tersebut.

"Adalah menjadi suatu kesalahan jenayah mengikut Seksyen 203A Kanun Keseksaan bagi sesiapa yang menzahirkan sebarang maklumat atau perkara yang diperolehnya ketika melaksanakan tugasnya atau fungsinya di bawah mana-mana undang-undang bertulis.

“Bagi sesiapa yang mempunyai sebarang maklumat atau perkara yang diketahuinya, dizahirkan dengan melanggar undang-undang, untuk selanjutnya menzahirkan maklumat atau perkara itu kepada mana-mana orang lain," katanya.

Pasukan itu dalam kenyataannya semalam berkata, ia membekukan 6 akaun bank serta merampas dokumen berkaitan 17 akaun daripada 2 bank untuk siasatan lanjut.

Kenyataan itu turut menyebut rampasan dan pembekuan itu berkaitan dengan pelanggaran undang-undang oleh Bank Negara Malaysia.

33 comments:

  1. Apa kesudahan tongkat menongkat pasikutlutoot kepada umngok yg nak rebah tuh? Apakah lepas raya akan ada pasno.tonggang jangan x tonggang amanat tuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sifat gerombolan yg kalah....xabis2 lg marahnya pd pemilihan pas...kesian

      Delete
    2. 2235..masih tak paham bahasa ker?
      Tak paham maksud lepas hari raya ker?
      Apa hal bangang sangat nih?
      Tak kan wala'on tak paham maksud lepas raya?
      bukan la serban tu!
      Bagi otak fresh sikit......

      Delete
  2. Bukan akaun Najib yg dibekukan. Yahoo .... Selamat. TQ Gani.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alooooo.....Apa khabor pasukan petugas khas? Ini malam bertugas kat maner? Korang tak semayang trawih ker?

      Delete
    2. IKAN JERONG YG SAIZ BESAR MEMANG SUSAH MAU KASI TANGKAP PUNYA. KICIK2 PUNYA IKAN BILIS SAJA MANYAK SINANG MAU TANGKAP MAA.

      Delete
    3. Memang la bukan akaun najib. WSJ kan dah bgtahu akaun najib tu dah tutup sebelum PRU 13 lagi. Ngokngek

      Delete
  3. Sudah2 lah cerita pasal Najib ni.

    Dah naik loya mendengarnya.

    Kami dah tahu apa endingnya.

    Macam cetita Tamil.

    Walaupon penjahat ramai, bersenjata automatik, jet pejuang dan segala macam persenjataan terkini, akhirnya Hero tetap akan berkahwin dengan Heroinnya.

    Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Stupid comment from a bloody fool

      Delete
    2. Omak Kau kawin Azmin.???

      ending yang cantik...!!!!

      Delete
    3. Ada kaitan tak dgn brim?

      Delete
    4. 20;41 bastard n bloody fool sbb tu malaysia makin jahanam. jenis mkn taik.

      Delete
  4. Heronya botak. Heroinnya besar sikit. Laku ke filem tamil nih? Penonton nya mesti menteri umno yg sudah dibodohkan.

    ReplyDelete
  5. Tongkat jangan tak toongkat langit....ada amanat ditonggang jangan x tonggang koda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesian...penyokong gerombilan yg kalah x ouas2 lg hati....kesian...cepatlah buat parti baru...dh naik loya dah

      Delete
    2. Sabor sikit bole tak?
      Aku tunggu lepas raya nak daftar parti baru.
      Tak kan ko tak paham makna "lepas raya"
      Lepas raya ko jangan demam pulak yer....

      Delete
    3. Yg pelik puak serban pujuk puak profesional yg di fitnahnya agar ingat rakan seperjuangan dlm pas kah kah kah..baca harakah. Sudah keji hina fitnah bila sudah goyang mula bermulut manis pujuk

      Delete
  6. Jaguh spinner sekarang ialah PKR dan DAP mengalahkan umno ........... macai pkr dan balaci Dap spt greenboc, malaysia waves, gendang perang, libang libu , yong suka kuning, mso, cipan tapir tenuk dsbnya telah mengatasi utusan melayu , berita harian , tv3 serta rtm ! syabas !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jagoh menongkat langit sapa plak?Bila jagoh menoongkkat lagi hebat spinnyer.

      Delete
    2. jagoh pil kuda jatuh kepada.....

      Delete
    3. Kalu tuang presdeng jadi PM, tentu perkara2 burok mcm ni tak akan berlaku di zimvabwe dan aprika selatan.

      Delete
    4. Bola berada di kaki abu. Abu tolak kepada chong. Chong balik kepada abdul. Abdul tolak leret kepada abu. Abu mengelecek kepada saleh. Salih tolak balik pada ali. Balik semula pada chong. Chong mencari abdul. Abdul tendang kepada chong balik. Chong tarik ke belakang pada abu..........

      Delete
    5. Kesian tgk eprangai juak2 yh kalah pemilihan ni...tk abis2 lg bau mulutblongkang...dahla...buatla parti cepat2...dh beebulan ckp...tin kosong jer kbh...abis2 pun hina org yg menang...buat malu je

      Delete
    6. 2235..masih tak paham bahasa ker? Tak paham maksud lepas hari raya ker? Apa hal bangang sangat nih? Tak kan wala'on tak paham maksud lepas raya? bukan la serban tu! Bagi otak fresh sikit......

      Delete
    7. Pas telah beli pemain baru...
      pemain lama yg banyak buat gol dijual lelong ha ha... walaupun ada yg berkualiti tapi dijual longgok.
      kita tengok pemain baru kaki kidal yg suka sumbat gol sendiri.. tambah2 penjaga gol pakai cermin mata tebal 3 inci... pas akan jadi juara bersama pemain baru final kalah 8- 0 ....ha ha.
      Lawan Kelab Pasma.. Pas menang 1-0 dapat gol penalti sebab Fakahrodi pemain striker tangkap bola dah nak masuk dlm kotak penalti.. ha. ha padan muka hangpa.

      Delete
  7. Dah agak dah.. hahahaha.. skrg isu dialihkan kepada pembocor maklumat pulak.. bijak bijak.. awesome!!

    ReplyDelete
  8. Kalau akaun Najib tidak dibekukan, apa gunanya siasatan dilakukan. Takkan nak beku akaun Anwar Ibrahim kot. Yang dituduh ialah Najib. Maka dari sini kita sudah pun tahu keputusan siasatan-Najib tidak bersalah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita kena tahu la apa tujuan siasatan ini....

      Delete
  9. Mempersoalkn kredibialiti Najib dalam urusdana negara umpama anak menegur salah bapa.. Akhirnya anak yg makan pelempang.. Bapa juga yang menang.
    Relakan lah. Nk ubah tunggu pilihanraya.
    Nak harap set2 Muhyidin & Tun memang takkan jalan. Silap2 hilang jawatan. Klu bertindak sendiri umpama menabur pasir ke periuk sendiri.
    Takde sapa berani lawan. Nanti tak boleh cari makan.
    So siapa yg mampu persoalkn?..
    Siapa yg berani buat pertuduhan nyata?..
    Siapa yg berani utk bertandang ke balai polis utk buat report?...
    Betul atau tidak tuduhan itu tunggu siasatan.
    * tiada angin masakan pokok bergoyang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betol tu....
      Relakan aje la duit 2.4 bilion tu
      Yang dah hilang tu biar aje la
      Kita carik yang baru
      Kita carik lagi banyaaaaakkk punya

      Delete
    2. ya la siapa buat report dialah yg salah dan akan didakwa kerana menganggu urusan negara..
      ini semua siasatan macam filem Mr.Bean ...hanya untuk hiburan.

      Delete
  10. Akaun peguam UG ni pun kena check dah gadai pulau batu putih xkan xde duit billion2 kat dalam akaun dia..ngeh3

    ReplyDelete
  11. dari awal lagi gua tak caya dgn Peguam negara, KPN sprm...tugas mereka cuma nak cover najib....gua tak caya pada sistem ini..tapi apa boleh buat Agong lemah....

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...