Friday 10 July 2015

PERGESERAN NAJIB/MAHATHIR .... MENGAPA OMAK KAU TIDAK MENYOKONG TUN MAHATHIR




Mengkritik Mahathir ketika ini bukan memberi makna Omak Kau menyokong Najib. Seandainya Najib terbukti bersalah melakukan rasuah maka dia tidak mempunyai pilihan lain kecuali terpaksa meletakkan jawatan. Terbukti bersalah dalam perbicaraan Mahkamah bukannya dibicara melalui media.


Terus terang Omak Kau cakap betapa Omak Kau tidak akan sesekali mempercayai apa-apa jua makluumat dan berita sebagai sahih hanya  kerana Wall Street Journal memberitahu dan menerbitkannya. Kerana ini adalah Wall Street Journal (WSJ) yang sama  yang pernah menyindir bahawa Anwar Ibrahim sebagai menyokong perkahwinan sama jantina. Ia adalah WSJ sama yang memetik Anwar sebagai mempertahankan keselamatan dan hak Israel.


Cuba renung dan fikir sejenak dalam suasana tenang dengan berlapang dada dan berdingin kepala ...Adakah anda serius berfikir bahawa Mahathir sedang bercakap garang dan rancak ketika ini  kerana dia mengambil berat mengenai Malaysia dan rakyat Malaysia?

Sebenarnya mantan Perdana Menteri selama 22 tahun ini hanya bercakap dan bersuara lantang kerana ingin melindungi diri dan keluarganya. Beliau bimbang bahawa jika BN kalah di bawah kepimpinan Najib dan Pakatan mula mentadbir kuasa, maka ia akan menghabiskan sisa-sisa hidupnya reput dalam penjara.


Omak Kau agak terpesona juga dengan cadangan Nurul Izzah Anwar bahawa jika terdapat bukti yang sah untuk menunjukkan Najib menyeleweng wang dari 1MDB seperti yang didakwa oleh WSJ, bahawa dana yang digunakan untuk membiayai ke-13 pilihan raya umum lalu , maka mahkamah perlu menolak keseluruhan keputusan PRU ke-13 sebagai tidak sah dan batal. Maka suatu pilihan raya baru kemudian harus di adakan semula.


Tetapi masalah besarnya adakah Mahathir akan menyokong usaha ini? Jelas dan sudah pasti tidak akan sesekali, kerana jika PRU semula berlaku sekarang, dan ada kemungkinan besar Pakatan Rakyat akan menang dan membentuk kerajaan baharu maka sudah pasti Mahathir akan menghabiskan tempoh akhir hayatnya reput dalam penjara.


Mahathir kini telah menjadikan filem The Wolf Wall Street yang dihasilkan oleh anak tiri Najib sebagai sasaran serangannya dan melabelkan ia filem lucah hanya kerana filem berkenaan mengandungi beberapa adegan-adegan beruap dan panas. Tidakkah Mahathir menyedari bahawa filem yang dibuat dengan harga beratus-ratus juta itu juga telah memenangi pelbagai anugerah di seluruh Amerika dan Eropah? 


Mengapa Mahathir tidak berkata apa-apa dan membisu tentang Mirzan Mahathir memiliki saham dalam Syarikat Beer San Miguel? Adakah alkohol halal di dunia Islam Mahathir?


Mahathir dengan selamba pernah berkata, anak-anaknya tidak jutawan.Walau bagaimanapun, Forbes 2015 Ranking menunjukkan Mokhzani Mahathir berada di kedudukan 26 antara 50 individu terkaya di Malaysia. Beliau pernah berada di kedudukan 15 pada tahun 2014. Bagaimana ranking beliau jatuh? Menurut Forbes, ia berlaku kerana dia kehilangan $ 500,000,000 apabila harga minyak jatuh. Dan Mokhzani juga berada di kedudukan 1372 dalam senarai Jutawan Forbes 2014.


Oleh kerana Mahathir  kini telah menjadi peminat setia kewartawanan barat, kerana anggap apa jua yang disiar dan diterbitkan adalah sahih lagi benar maka demi berlaku adil, maka siasatan terhadap kekayaan yang dimilik anak-anak beliau harus juga disiasat dan dihebahkan demi kebenaran. Anaknya Mokzani terutamanya perlu mengisytiharkan aset yang dimilikinya.

Sehingga kehari ini, Mahathir tidak mengiktiraf dan menyokong idea Bangsa Malaysia. Dia terus bermain sentimen perkauman dan membuat orang Melayu percaya bahawa mereka hanya boleh hidup di bawah Barisan Nasional.


Adakah orang Melayu begitu lemah sehingga kita perlu dilindungi selama-lamanya? Bahawa selepas 58 tahun kita masih diberi perlindungan hanya memberi suatu makna bahawa kita adalah bangsa yang paling lemah di dunia. Mengapa kita menjadi bangsa yang hanya boleh hidup dengan bantuan? Ini kerana Mahathir telah ukir dan pasak dalam jiwa kita untuk menjadi seperti itu. Mahathir mahukan orang Melayu kekal 'orang bodoh' supaya dia boleh memerintah selama-lamanya atas kekurangan yakin diri kita.


Adakah kita telah lupa bagaimana Mahathir cuba untuk memusnah dan menghapuskan politik Khairy Jamaluddin semata-mata mau menonjolkan anaknya Mukhriz Mahathir ke hadapan?  Apabila misinya gagal menyebabkan dirinya mulai menyimpan dendam kesumat keatas Najib kerana tidak menyatakan sokongan terbuka kepada para perwakilan UMNO untuk mengundi dan memilih anaknya.  Dari sinilah bermulanya serangan demi serang dilancarkan oleh beliau terhadap Najib.

Adakah kita telah lupa apa yang Mahathir lakukan kepada Tunku Abdul Rahman, Allahyarham Tun Hussein Onn, Tun Abdullah Badawi dan paling dahsyat Dato' Seri Anwar Ibrahim? Adakah kita telah lupa bagaimana Mahathir lebur dan kuburkan prinsip asal UMNO Asal semata-mata mau melahirkan UMNO Baru?


Mahathir masih kelihatan tegap dan sihat pada usia 90 yahun hanya menunjukkan bahawa doa-doa Al-Marhum Uztaz Fadzil Noor telah dimakbulkan. Beliau berkata, "Saya berdoa agar Mahathir dipanjangkan umur untuk melihat kemusnahan yang telah dilakukannya sendiri".


Mungkin ada vakum dan lompang kepimpinan di negara ini hari ini, tetapi itu tidak bermakna kita perlu menyokong dan memuji Mahathir membuta tuli tanpa mempersoalkan apa tujuan beliau sebenarnya.

Jika dulu kita dakap semangat betapa seseorang itu tidak bersalah melainkan dibuktikan bersalah dan jangan kita adili dan menghukum seseorang melalui media .... mengapa untuk kes yang melanda Najib ketika ini kita harus mengubah kedudukan dan pegangan kita????

Pendirian perlu tegas .. prinsip perlu konsisten .. perjuangan perlu jelas.

25 comments:

  1. Macam mana Omak Kau terpesona dengan Nurl Izzah, sebab saya terkejut badak bila Nurul Izzah hadir di sesi touch d hanjing 2014 dahulu. Aku akan lebih takut jika beliau terpesona dengan insan tampan dan bergaya bernama Jesse Labu ini

    Hari Jumaat, kena cakap benda baik2. Jadi tazkirah saya, tahukah and semua yg anjing tu najis.

    Jesse Labu
    N9ers

    ReplyDelete
  2. Terbaik omak kau... renung2kan lah..

    ReplyDelete
  3. Aku tak hinggin pun nak baca lagi article dari OK. Aku buka blog OK pun bila ternampak tajuk OK bila buka web bloglist. Buka tapi tak baca pun cuma nak sampaikan comment. ADA AKU KISAH OK nak sokong sapa. Selama ni pun OK cuma sokong TKSI, Haji Hadi dan semua ustaz2 dlm PAS dan akhir2 ni mula xtulis apa2 kebajetan tentang Najib dan Rosmah lakukan wlau seburuk manapun kelaku 2 mahluk perosak Msia ni. Selain dari mereka2 terutama Azmin, PKR dan DAP, habis dihentam OK wlaupun perkara dilakukan utk kebaikkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bende betul kena lah terima bro..takkan nak yg kena dgn kita je...kalau nk kena dgn kita je,,baca lah green bocah jo

      Delete
  4. Sia2 Berjuang Bila Ketua Umum Sendiri Pertahan Nepotisme dan Kezaliman Dari Mati

    Tulang Badak (TB) rasa sia2 perjuangan Tulang Badak dalam PKR sejak umur 18 tahun apabila Ketua Umum sendiri berjuang untuk daulah keluarga Rasa mcm segala pengorbanan Tulang Badak selama ni mcm tiada makna dan tiada nilai.

    Rasa sia2 segala pengorbanan yang telah dilakukan oleh arwah bapa Tulang Badak yang bertungkus lumus membantu membina Keadilan Negeri Sembilan setelah Anwar ditendang dari UMNO dulu.. Kami berhimpun dan berkempen sampai2 kadang2 kami terlanjur sampai ke Padang Besar, Perlis. Sekali tu punya semangat kami berkonvoi dari Sermban ke Rembau, terbabas sampai ke Pasir Mas Kelantan. Punya Komited tak tau dah nak sampai sempadan Siam.

    Penat jerih nak bunuh Kronsima, Nepotisme dan Korupsi tiba2 Ketua Umum sendiri pegi buat kerja tolong benda keji. Ketua Umum PKR sendiri bertungkus lumus memastikan kelangsungan dan jangkahayat Nepotism lebih panjang.

    TULANG BADAK (TB)
    MURTABAK WAVES
    SEKRETARIAT PASNE (PENYOKONG PKR ANTI SEMANGAT NEPOTISM)

    ReplyDelete
  5. Bravo! Bravo Omak Kau...Salute! Macam inilah gaya seorang blogger professional menulis. Walaupun ada beberapa point saya tidak bersetuju dengan pandangan Puan, saya respect hujah yang diutarakan mengikut perspektif puan sendiri. Hentikan isu-isu picisan Azmin masuk longkah pungut sampah, TSKI mengiring Tuanku Sultan melawat kubur Di Raja......

    Biar tak banyak postings tapi solid...baru sedap kita bahaskan.

    ReplyDelete
  6. Dendam kesumat punya pasal pada azmi omakkau join puak UG..ngeh3

    ReplyDelete
  7. Tdk bersalah melainkan dbuktikan bersalah tidak sgt boleh dguna pakai dlm negara yg tahap rasuah tinggi ok.apa lg ia mwlibatkan org berkuasa negara yg org nak menyiasatnyapun rasa segan atas sbb yg tertentu.lalu apa yg dpertontonkan hanya sediwara utk org yg bodoh.apakah ok yg pas yakin dgn undang undang buatan manusia padahal katanya perjuangkan hukum Tuhan.jika bkn kerana pemimpin yg bejat ini kenapa langit bagai tdk lg bersetuju dgn kita.siapa yg buat gst n undang undang menekan rakyat yg lain.rakyat sedang d aniaya n kita masih lg menyokong pemimpin ini.jika ia mmg fitnah kenapa masih berbasa basi kenapa nak tunggu 14 hari.kenapa tak terus saman.apakah kita yakin dgn kes pempunuhan alantuya atau kita ingin percaya dgn kata sirul yg pembunuh sebenar masih bebas.

    ReplyDelete
  8. Kepada saya, sesiapa sahaja yang menjadi Perdana Menteri Malaysia selepas Tun Hussein Onn memang terlibat dengan salahguna kuasa serta salah tadbir dan unsur-unsur penyelewengan. TDM yang memerintah selama 22 tahun memang terlibat dalam salahurus dana negara seperti menggunakan duit PETRONAS untuk "bail out" MISC yang dimiliki oleh anaknya TANPA MENDAPAT KELULUSAN KABINET atau Parlimen terlebih dahulu. Perbuatan bailing out tersebut mungkin betul dengan suasana ketika itu, namun procedure tidak dipatuhi. Begitu juga dengan perbuatan menggunakan reserves BNM untuk berdagang matawang asing semata-mata kerana sakit hati terhadap yahudi Goerge Soros sehingga negara kehilangan berbilion-bilion.

    Kemudian tiba "Mr Clean" in the form of nice gentleman Pak Lah. Bersihkah dia apabila tiba-tiba SCOMI yang diterajui anaknya kamaluddin mendapat anugerah kontrek PETRONAS berbilion-bilion. Abangnya Brahim diberikan kontrek jangka panjang menyediakan perkhidmatan catering kepada Malaysian Airlines dengan harga yang tidak masuk akal demi kerakusan meraih untung yang besar. Bersihkah apabila beliau kelihatan berpoya-poya dalam kapal layar mewah bersama-sama Patrick ***, seorang kroni yang mempunyai kepentingan perniagaan dengan anak menantu.

    Di era najib pulak, berbagai-bagai kelemahan, rasuah, penyelewengan jika disenaraikan mungkin tak cukup ruang. Omak Kau TIDAK PERLU MENDENGAR ATAU MEMPERCAYAI LAPORAN SURAT KABAR WSJ untuk mengetahui penyelewengan Najib, lainlah jika OK memang mahu menutup mata dan berada di dalam situasi "denial syndrome" dari melihat kepincangan PM kita sekarang ini. Itu belum masuk bab bini dia. Mahu menunggu Mahkamah Kanggaroo Malaysia memutuskan samada PM bersalah baru mahu mempercayai? Omak kau pernah dengan cerita BABI BOLEH TERBANG tak? Tunggulah sehingga kejadian tersebut berlaku barulah kita akan dapat melihat suatu sistem kehakiman yang telus di mana PM negara ini dibicarakan secara telus.....Dalam kes Altantuya, PM terlibat secara tidak langsung di mana 2 UTK yang dituduh adalah berkhidmat dengan beliau. Walau cubaan sapina dibuat supaya PM hadir sebagai saksi (sesuatu yang wajar di negara yang mementingkan keadilan)...namun apakah proses yang sepatutnya berlaku dipatuhi di negara Bolehland ini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. terbaik dari asrul sani...bravo

      Delete
    2. auta lah kau asrul...org bongok pun boleh kasi pendapat mcm ko..

      Delete
    3. mcm kontol la omak kau

      Delete
  9. Kalit lg terbaik jd pm kan omaw.kahkahkah

    ReplyDelete
  10. Hahaha......tiada org pun kata tun m betul atau salah ! Juga tiada org sokong najib betul atau salah hanya yg berkepentingan antara mrk. Omak kau pun tak tentu betul atau salah sebab ada org suka ada org benci ada org keliru dgn arah tujuan omak kau yg tidak menunjukkan keseimbangan lebih pada berat sebelah! Tiada menteri tak samun wang sampai pa juga akan samun wang malah pihak berkuasa juga samun wang sebab manusia itu tamak hanya pentingkan diri. Tetapi rakyat tidak kisah semua itu asal hidup mrk senang aman selesa mampu hidup dgn baik di negara. Namun bila hak rakyat di kianati dirampas malah nak rakyat tanggung beban yg silap kerajaan sdr uruskan ekonomi negara ini sememangnya tidak adil dan sepatutnya kerajaan sdr tanggung iaitu menteri2 dlm pemerintah. Apa sebab mrk senang kaya rakyat susah miskin perlu tanggung mrk peluk tubuh!!
    Kerajaan umno telah gagal urus takbir ekonomi negara walaupun dulu di urus dgn baik tetapi tidak skrg. Bukan kegagalan najib sepenuhnya tetapi tunggakkan masalah yg tidak diselesai dari dulu hingga skrg maka memang agak sukar najib nak selesaikan. Jadi perombakan perlu iaitu buang lama mula yg baru. Jln terbaik selesaikan dgn sampah yg tidak mampu dibersihkan hanya akan membawa penyakit pada rakyat malaysia.

    ReplyDelete
  11. Elok dah tindakan TDM turunkan kangkung.Baru TDM nak tebas kangkung tetiba muncul mak badak entah dari mana (mungkin terlepas dari kandang Sarawak report fitlot) la nie kok semoh tabong dari kecik sampai la berjumlah 2 jota.tang tu omak kau tak nak ulas ker.

    ReplyDelete
  12. Tun Siti Hasmah pesan, janganlah bersaing dengan bini.kang bini dapat 700 suami dapat 2 jota aje.Saya sokong pendapat TSH.omak kau tu pompuan cam TSH, jgn nak jadi jantan, kang x bertelo cam pok jib.lama2 gambo altantuya kuar, telo nak simpan mana? Australia kot...

    ReplyDelete
  13. Doa isteri buat Mahathir di usia 90 tahun
    WAWANCARA 59 tahun berkongsi hidup, Hasmah harap Mahathir lihat perjuangannya selesai-> inilah kebaikan isteri mendoakan suami berbeza bagai beg birkin dengan beg hadimaru buatan jepung, apalagi dengan suami yang kemaruk bersaing dengan suami.

    ReplyDelete
  14. Salah tu...macai mst kata Anwar jgk yg salah.kahkahkah

    ReplyDelete
  15. Perbualan telefon Tun & Mukhriz masa umum letak jawatan. Tiada satupun keluarga tahu tentang keputusannya. Tiada satupun mampu mempengaruhinya.

    Mukhriz : “Apa bapak umum tadi?”

    Tun M : “Bapak letak jawatan”

    Mukhriz : “Letak jawatan daripada apa?”

    Tun M : “Semua lah, Perdana Menteri, presiden parti”

    Mukhriz : “Pasai apa?”

    Tun M : “Dah lama sangat dah, 22 tahun cukup kot”

    Mukhriz : “Pak, sebenaqnya orang Melayu masih perlukan bapak, bagi tunjuk ajar, nasihat , tunjuk pada depa mcm mana nak berjaya”

    *************************************

    Tun M : dengan spontan menjawab “Tak, depa dah tak dengaq dah cakap bapak, bapak dah merayu, dah berdoa,dah menangis atas pentas pun, tak jadi jugak, jadi bapak ingat dah cukup kot”

    ***************************************

    Mukhriz : “Tak pe bapak relaks dulu. Fikir masak-masak”...




    ReplyDelete
  16. semua pemimpin melayu jadi haramjadah....
    masa belum menang berjanji bulan bintang.. aku petik bintang jadi keronsang bajumu.. ku ambil bulan jadi lampu hiasan kamarmu..
    bila menang habok pun tarak..kebas duit rakyat lagi ada.. rasuah sana sini.. songlap sana aini..tipu sana sini.. habis duit beli lembu..habis duit tabung haji, kwsp, bank rakyat dan apa2 duit lagi..
    tak cukup lagi bawa masuk bangla ramai nak melingkup taraf kerakyatan negara.. jenis pemimpin apa ini..
    keluar melawat.kawadan berlagak tunjuk kereta mewah..suruh org hormat cium tangan kotor dng rasuah.. berlakon macam baik alim kalah ulamak..
    akhirnya negara tergadai dan cina sepet dap ambil alih...lepas itu nak salahkan org melayu sikatakan bodoh..padahal pemimpin haramjadah inilah yg membodohkan dan melingkupkan bangsa sendiri..
    ingat.. sekali melayu jatuh akan susah utk naik selagi ada pemimpin berdarah penyamun...

    ReplyDelete
  17. Umur 90 tahun pun tak puas2 lagi. Sudah2 lah tu. Banyakkan beribadat. Duit tak bawa ke mati. Tinggalkanlah benda2 syirik. Tak puas2 lagi nak serang orang lain.

    ReplyDelete
  18. Paloi semua lay kamu nie.....tunggu sajalah siasatan...bising betul.melalak macam anjing saja LA...haiya

    ReplyDelete
  19. aku setuju dgn omak. Tun dah buat kajian mengenai perangai Melayu yg panas2 taik ayam je.. sbb tu dia kata Melayu mudah lupa...
    biar bukti menjelma kes dato najib..Melayu cepat menghukum dan cepat mengelabah seperti kera kena belacang..

    ReplyDelete
  20. aku setuju dgn omak. Tun dah buat kajian mengenai perangai Melayu yg panas2 taik ayam je.. sbb tu dia kata Melayu mudah lupa...
    biar bukti menjelma kes dato najib..Melayu cepat menghukum dan cepat mengelabah seperti kera kena belacang..

    ReplyDelete
  21. Tun berjuang tempuh pahit getir bersama2 datuk & ayah kita semua untuk menentang Malayan Union dan Memerdeka kan Negara Kita.
    Dia sedar lebih mudah menentang penjajah (melayu waktu itu semua bersatu hati tak kiralah yang berkupiah/surban/songkok hitam) dari merangka sebuah Negara Baru dan merdeka. Disini sudah nampak bibit perpecahan orang Melayu.
    Adakah kita penah merasa masa zaman itu? Saya yakin jika kita dapat merasa susah getir perjuangan mereka.
    Kita pasti bersyukur teramat sangat apa yang ada pada kita sekarang.
    Tun bersuara kerana teramat sayangkan Bangsa & Negara.
    Mengapa Tun masih mahu bersusah payah, dicemuh, dihina hingga kini untuk suarakan pandangan & tegurannya?
    Tun sudah ada segala-galanya. Tak perlu bersusah payah.
    Secara logiknya Tun boleh lepas tangan.
    Saya yakin apa yg Tun lakukan skrg Ikhlas utk kebaikan kita semua.
    Pasti ramai yang menangis jika Ayahanda Tun sudah tiada lagi..

    Wassalam

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...