Tuesday, 7 July 2015
SEGALA PERTUDUHAN YANG DILEMPARKAN TERHADAP NAJIB MESTILAH BERASAS DAN KEMUKAKAN SAKSI YANG ADIL ... HADI AWANG
Sebarang tuduhan dan dakwaan salah laku yang dilemparkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu berasas dan dikemukakan saksi.
Menurut Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Najib bukannya malaikat tetapi manusia biasa dan tuduhan yang dilemparkan mestilah dikemukakan saksi yang mengesahkan dakwaan itu.
“Pendirian kita pendirian Islam. Kalau tuduhan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim kena ada empat saksi, sama juga dengan tuduhan ke atas Najib, kena ada saksi juga…saksi yang adil.
“Kita ikut asas Islam, sikap yang baik kita sokong, yang tidak baik kita tentang,” katanya ketika ditemui selepas menunaikan solat terawih di majlis ‘Madinah Ramadhan’ di sini malam tadi.
Abdul Hadi diminta mengulas mengenai kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din pada Ahad yang dilihat mempertahankan Perdana Menteri daripada skandal terkini susulan pendedahan Wall Street Journal (WSJ) mengenai aliran wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bernilai berbilion ringgit ke dalam akaun peribadi beliau.
Dr Haron telah menyifatkan dakwaan WSJ itu sebagai “tidak logik” dan menggesa siasatan dilakukan terlebih dahulu.
Katanya, jika seseorang individu hendak mengambil dana awam untuk tujuan tertentu, dia akan menggunakan akaun sulit dan bukannya menerusi akaun peribadi.
Jumaat lalu, WSJ memetik dokumen siasatan ke atas syarikat sarat hutang tersebut oleh pihak berkuasa Malaysia, yang menunjukkan berbilion ringgit dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib pada 2013.
Najib menafikan dakwaan itu dan kini berdepan gesaan supaya mengundur diri bagi membolehkan siasatan telus dilakukan.
Sebuah pasukan khas yang disertai Peguam Negara, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan WSJ.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
Sultan Brunei, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sult...
Woooow....memang sudah dijangka, paschai ug umngok semakin hampir.Bak kata arung jin kena pakai logik.Tapi melakukan benda mungkar mana ikut hukum lojik?
ReplyDeleteKita kena ikut hukum lojik walaupun melakukan sesuatu yang mungkar tak perlu lojik.Dalam hal ini kita rujuk balik amanat tuang presideng.kalau umngok zaman mahadir lain dan sekarang sudah berubah.
DeleteKapir ke apa dua ekor ni
DeleteJangan biadap menuduh orang kafir
DeletePenipu sungguh tok guru hj Najib... U turn saman wsj
DeleteAda lagi satu tok guru sesat... Yg samakan liwat dgn rasuah....
Ayoh Ping Marang mahu wsj kemuka 4 saksi kes rasuah pecah amanah mencuri terhadap tok guru Najib...
Tok guru ayoh Ping samakan rasuah dan liwat dlm siri ceramah ajaran sesatnya...
Apa nk jadi dgn semua tok haji tok haji di Malaysia ni...?
Taik pas nak kata UG x wujud,ayat lebai pil kuda dgn bomoh harun din sama je dok sokong jibby.jib masuk pas la nati leh masuk syurga..ngeh3
ReplyDeletenajib ....kamu sudah tewas dengan memalukan sekali.
ReplyDeleteAnwar dituduh liwat. Golongan mana paling ramai tidak percaya.
ReplyDeleteNajib dituduh seleweng, golongan mana pula yg tidak percaya.
Itulah sikap manusia yg serba kekurangan. Oleh itu jgn mengadili seseorang mengikut nafsu sendiri berasaskan siapa yg kita suka dan siapa yg kita tidak suka.
Jgn kita saja menuntut keadilan, sedang kita sendiri tidak berlaku adil.
Nampak gayanya rakyat marhaen yang akan dikudungkan tangan.Pemimpin semua lepaih, suka ati dia nak bentang atau nak ke jepung, monteng pon ikut suka dia la.
DeleteSiasat mesti di lakukan terhadap pendakwa dan di dakwa bukan melaung tidak buat tidak bersalah sebab tiada bukti siapa berbohong. Kita tidak boleh tuduh tetapi boleh bicarakan utk membukti siapa berbohong bukan pertahankan sesuatu yg kita tak pasti .kalau anwar di katakan liwat dan telah di adili bersalah adakah dgn empat saksi??? Keadilan di dunia hanyalah ciptaan manusia tidak mungkin mencapai 100% bukti yg sahih melainkan malakat!! Najib harus buktikan! Bukan hanya menafikan beliau tidak buat kerana yg buat jahat tidak akan kata diri buat hanya dgn pengakuan diri tidak cukup membuktikan beliau tidak melakukan. Adakah org pengang senjata di katakan membunuh?? Sedangkan bunuhan itu tiada kena mengena dgn org itu pengang senjata hanya org lain melihat secara rambang lepas tu berfikir org itu yg membunuh.
ReplyDeleteElok lah Haji Hadi dan Haji Najib berbaik-baik lebih2 lagi di bulan Ramadan ni.
ReplyDeleteKalau dulu Ameno tu macam2, sekarang ni dah tak macam2 lagi dah.
Satu parti pejuang Islam dan satu lagi parti pejuang Bani Melayu.
Harap2 lepas ni ekonomi orang Melayu akan mencecah 80% keatas.
Gudang2 dan gedung2 perniagaan akan dikuasai oleh orang Melayu.
Kilang2, rumah2 kedai, rumah2 sewa, stable kuda yang dalam negeri dan diluar negeri juga dipunyai oleh orang Melayu.
Sekian, terima kasih.
Bezanya islam yg dibawa oleg pas brbanding islam yg cuba ditonjol dap...berbeza
DeleteHj. .....jangan jadi bodoh......kalau didakwa masuk mahkamah barulah keluar saksi....ini baru di tuduh luar mahkamah......Najib buatlah repot dan bawa ke mahkamah.......ini asyik kata fitnah.....sebenarnya dia yang penipu.....
ReplyDeleteBeza islam ygdibawa pas dan islam dibawa dap...
DeleteDasat doktrin pakatan rakyat, ulama pun dihina!
ReplyDeleteUlama su'u(ulama jahat) pada umumnya adalah ulama yg bukan mendekati Allah ta'ala namum mendekati para penguasa.diriwayatkan dari ibnu abbas r.a,dari nabi swt bersabda"barangsesiapa mendatangi pintu penguasa maka ia akan terfitnah.(HR Abdul dawud,.,2859)..ngeh3
ReplyDeleteBelajar hadis pakai baca dan x berguru ginika jadinya...abis org lain jahat...nuar dan lks je bkn ulamak suk
Deletemulut puaka
ReplyDeleteramai lagi hok macam kera kena belacang,mulut puaka.ug.ug.ug.macam org gila..itu lah omakkau nak tahu bertapa ramai nya dlm ni penyakit otak ..hanya manusia yg hampir kapir yg menuduh sesaorang tanpa bukti dan saksi.yg sibuk nak tuduh org tu hang bersih ke..kenapa tak boleh tunggu bukti..tak kita siapa yg hang benci.fitnah bukan cara islam,melainkan kan hang semua lebih teruk pada yahudi..sbb kaum yahudi suka fitnah.
ReplyDeleteUlama su'u(ulama jahat) pada umumnya adalah ulama yg bukan mendekati Allah ta'ala namum mendekati para penguasa.diriwayatkan dari ibnu abbas r.a,dari nabi swt bersabda"barangsesiapa mendatangi pintu penguasa maka ia akan terfitnah.(HR Abdul dawud,.,2859)..ngeh3
ReplyDeleteZulkipli Awang.
ReplyDeleteYangl tuduh Ustaz Ahmad Awang calon DAP tu sapa nye..
Sapanya yg tuduh mcm tu, mcm biasa nampok je
Itu bkn fitnah ke....???
Meme betol pong
DeleteMaka si macai walaun terus meroyan terpekik terlolong menyebarkan api kebencian dan fitnah sana sini akibat kecewa kerana gagal merebut kuasa yg berselindung disebalik perjuangan hak rakyat yg disaluti dgn noda serta dosa fitnah, tohmahan dan maki hamun juga agenda liberal, cauvinisme, lgbt dsbnya .....
ReplyDeleteSEGALA LABEL YANG DILEMPARKAN TERHADAP ORANG LAIN MESTILAH BERASAS DAN KEMUKAKAN SAKSI YANG ADIL ... nasihat kena batang idung ayoh ping.Sesuai sangat untuk menasihati diri sendiri.
ReplyDeleteSendiri kluk klek kluk klek kluk klek dan dengan sendirinya menasihati diri sendiri.Hebatlah siku lutoot dalam serban, sendiri buat amanat sendiri juga menghalalkan apa yang diharamkan.Bila bercakap janganlah takbur lupa dunia dan akhirat dengan kuasa veto, pemimpin itu umpama berdiri atas pentas.Bukan semua penonton dibawah tu tidur, asyik bercerita sesama sendiri, ada juga yang menumpukan sepenuh perhatian kepada pemimpin diatas pentas.Tidak tahulah kalau penonton monteng ke jepung sampai tak nampak aksi kona baring uturn pemimpin atas pentas.
DeleteBetul 100% Betul anon 15:14
DeleteBaca tak Faham sebab Allah S.W.T telah tutup pintu hati kasihan. Apabila Allah S.W.T patrikan hati2 mereka yang menentang Islam maka tunggu lah Azab Allah S.W.T. LGE LKS ahli neraka jahanam yang kau orang sembah sujud pasti tidak mampu menolong. Mereka sendiri ahli neraka jahanam.
ReplyDeleteIslam menyatakan hendak tubuhkan kena ada bukti dan saksi yang Adil.
Jika tiada maka tuduhan akan ditolak, bukan lepas cuma di dunia akhirat pasti kena.
Itu bukan ug tetapi arahan Allah S.W.T, yang kau Hina bukan THGG tetapi Allah S.W.T. Hebat iblis pun tidak mengaku Tuhan, hanya kerana LGE LKS kau orang berani menghina Allah S.W.T.
Bila sudah Online , pintu kasihan buka atau tutup derang saja tahu....kejayaan pasikulutot keluaran amanat ayoh ping.
DeleteAku doa dapat seat depan masa kau orang kena azab dengan Allah S.W.T menghina Allah S.W.T demi mengampu LKS dan LGE. Kena betul ayah what manusia dimana sembahan kamu. Yang kamu didunia lebihkan mereka daripada Allah S.W.T. Mai sini bawak sini sekarang lihat apa sembahan kamu boleh buat. Aku yakin benar sembahan kamu LGE LKS ahli neraka jahanam tak mampu buat apa-apa di dunia inikan Pulak di akhirat. Syurga tak nak, neraka juga yang kau orang idamkan.
ReplyDeleteIni komen ker fatwa fatwi....dasat pasikulutot.amanat ayoh ping tu bukan persenda tuhankah? Maksom berdegar'degarkah dia bila lepas tangan bentang hudud, ada masa ke jepung.
Deletebetullah Rakyat Hakim Negara. bersalah selagi tidak dibuktikan tidak bersalah.
ReplyDeleteKena komen baik-baik sebab ada peluang jadi TPM dalam UG.
ReplyDeleteLepas ini kalau nak melabel-label kena ada saksi 4 orang, kalau takda saksi jauhilah amalan pernyataan yang berunsur fitnah.Nak cakap pasai broker barua jebon pil kuda kena ada 4 saksi bukan pakai otak siku lutuut.kena batang idung ayoh ping sendiri.
ReplyDeletebanyak tu berbiliyooonnn. najib banyak duit kasi tangguh tangguh tangguh perbicaraan mahkamah, agak2 rakyat hakim negara boleh tunggu ke.
ReplyDeletemain punggong pun lebih 5 tahun tangguhnya, ni berbiliyooon mau sempat pecah ketumbuhan buah pinggang tu.
yg ni lawak...aku bg 4 bintang
DeleteHebat kau nurul basar. Hari2 kau makan tahi hidung cina dan air tangan cina, sedap2 pula kau maki cina. Walaupun kau sumpah seranah dan wajibkan mereka masuk neraka, cina LGE dan LKS tu belum lagi berkesempatan merembat berbillion2 duit rakyat. Mereka belum sempat perintah dan gubal apa2 undang2 di parlimen. Yang ternyata engkar itu bukan cina. Tapi melayu yang hilangkan berjuta2 ekar tanah milik melayu. Melayu keturunan kau tu nurul tak hingin pun pada hukum islam. Melayu bangsa kau lah yang beri peluang cina jadi kaya. Sama2 bina kekayaan tak kira halal haram.
ReplyDeleteDari genting sampai selat melaka, orang melayu ysng bagi lesen judi. Kemudian kutip hasil cukai judi tu jadi duit yang kau makan benda2 buatan orang2 cina pula.
Walau apa pun, kita berlaku adillah. Berilah peluang cina2 tu perintah negara dulu. Barulah komen yang cina tu jahat dan ahli neraka. Apa nurul ingat cina2 dap itu boleh perintah ke? Jangan haraplah kalau mereka setakat ada 50 kerusi pilihanraya. Dap kena bergabung dengan orang2 islam yang baik2 wahai cek nurul. Pemimpin2 islam yang baik2 inilah sedang dikumpul. Mereka tak akan buang asas perlembagaan negara beraja. Mereka akan jadi khadam rakyat. Bukan khadam cina seperti sandiwara umno sekarang.
Kasihan nurul. Letih dan penatlah kau nak buang cina2 yang berjuta2 tu ye. Agaknya mesti kau kata, bodoh betul tuhan jadikan mereka beranak pinak kat sini. Sampai kau teramat2 benci kaum cina ni dan berbalik memaki tuhan pula.
Jangan kau anggap cina tu tak berguna. Tak layak berkongsi kuasa dengan melayu. Cina sangat istemewa kalau kau boleh berdampingan dengan mereka. Sambil menunjukkan akhlak yang baik, kau ajak mereka masuk islam. Kalau kau dakwah mereka, kau dah dapat pahala. Orang cina suka kita dakwah dia. Cubalah...
Jadi kau kena berdakwah kepada cina kapir. Takut kau dituntut oleh orang2 cina di mahsyar nanti. Mereka mengadu menjadi kapir kerana tak pernah didakwah oleh orang islam seperti kamu. Ingat. Bumi mahsyar milik Allah. Apa2 keputusan hari itu hak mutlak Allah SWT. Kalau Allah bengang pada kau atas pengaduan cina kapir tadi, kau rasa selamat ke?
Silap haribulan Mahathir akan masuk perangkap Najib.
ReplyDeleteLepas pesawat MAS hilang dan sebuah lagi ditembak, satu persatu bala menimpa seperti ekonomi Malaysia hancur, Gunung Kinabalu bergegar dan kini politik Malaysia kucar kacir maka bersedialah penjajahan Tatanan Dunia Baru akan mengambil tempat. Situasi ini sebenarnya sudah dirancang. Kita semua akan menjadi hamba kpd kuasa yg lebih besar. Meraka sedang meneliti perkembangan ini. Tindakan yang selayaknya akan diambil apabila tiba masanya. Hati hatilah.
ReplyDeleteRamon...hang nampak benda jauh...baguih baguih...Dan aku percaya ramai juga kat luar tu nampak apa yang hang nampak...cuma kita belum berkesempatan untuk dikumpulkan menjadi satu unit...apa pun selamatkan tanah tumpah darahku ini...tak ada melayu cina india iban kadazan atau mana mana bangsa suka diboddo boddokan..cuma gambaran tak jelas jadi sokongan gagal berkumpul. Kalau kau ada keperluan..suarakan kalau kalau aku boleh membantu. Aman Damai Malaysiaku.
Delete