KEBENARAN ITU PAHIT, KEADILAN ITU PERIT, PERJUANGAN ITU SAKIT, RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DITOLAK.

Pengikutku yg cool..muah33x

Friday, 3 July 2015

SEPASANG SUAMI ISTERI MATI DISONDOL BABI HUTAN DALAM KEBUN GETAH DAN SEORANG PEGAWAI POLIS CEDERA..



Seorang lelaki Cina melapurkan telah menemui 2 mayat sekitar jam 11.35 pagi kelmarin dalam kebun getah di Kuala Paya, Buloh Kasap. Mangsa dipercayai maut akibat serangan babi hutan.

Butiran dari kad pengenalan didapati mangsa bernama Loo See Seng, 66 tahun, beralamat di No 13 Jalan Astakajaya 4, Taman Astaka Jaya, Jalan Buloh Kasap, 85010 Segamat. Seorang lagi mangsa adalah isteri beliau, yang bernama Liow Siew Lan.


Mangsa pertama cedera luka teruk di kedua-dua kaki, paha, tangan dan turut mengalami pendarahan
dalaman.

Mangsa kedua patah dan remuk di betis kanan, juga kesan koyakan akibat tisukan objek tumpul pada kedua-dua betis.

Seluar kedua-dua mangsa koyak rabak dan ada juga kesan seretan.


Pada jam 2 petang pegawai penyiasat melakukan siasatan di tempat kejadian bersama Unit Forensik IPD Muar, K9, anggota Detektif, Ketua Polis Balai dan beberapa anggota. Hasil siasatan awal berdasarkan kecederaan dan koyakan pakaian, mangsa disyaki telah diserang oleh babi hutan.


Sewaktu menyiasat, Sarjan Mejar Johar bin Khamis mengambil inisiatif mengesan lopak atau punca air bagi mengesahkan perkara ini.


Ketika meninjau kawasan tanaman sawit bersebelahan kebun getah, seekor babi hutan telah menyerangnya menyebabkan kecederaan pada betis dan seluar beliau telah terkoyak. Bagaimanapun, dalam keadaan kelam kabut itu beliau sempat menyelamatkan diri dengan memanjat pokok sawit.


Bagi menyelamatkan SM Johar, anggota lain termasuk unit K9 terpaksa melepaskan tembakan menggunakan pistol Walther P99 dan Sig Sauer bagi membunuh babi hutan tersebut.


Kedua-dua mayat telah dihantar ke Hospital Segamat dan akan menjalani Post Mortem pada bagi mengesahkan punca kematian. SM Johar pula sedang menjalani rawatan di Hospital Segamat


Hati-hatilah bila berhadapan babi hutan. Jangan pandang rendah kemampuan haiwan yang suka menyodol ini kerana akibatnya boleh membawa maut.


Omak Kau ucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan juga SM Johar.

9 comments:

  1. Kadang2 org kampung tembak babi guna peluru untuk tembak tupai(peluru halus).Babi yg ditembak tu tak mati dan mengamuk balas demdam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ostad guano end kata, babi utan daging manis tak macam babi bela biasa. Ini diperkuatkan lagi oleh Tuan Guru Lim kit sial yg membenarkan kata2 anaknya itu sambil berkata baru semalam kami buat sop anak babi utan...sungguh manis sedap sekali. Dipersilakan geng2 jebon bersama2 Ostad guano end dan Tuan guru kit sial untuk bersama2 berbuka ye...sop anak babi utan beb..terangkat beb...

      Delete
  2. Sembelih bbq dap

    ReplyDelete
  3. Pujian harus diberikan kepada IO tersebut.

    1. Kejayaan beliau menjejaki lokasi babi tersebut sehingga berjaya ditembak mati.

    2. Kehebatan beliau memanjat pokok sawit yang berduri.

    Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalo halid yg kena camtu,hilang julin iteknyer...hahahaaa...

      Delete
    2. kalo halid yg kena camtu,hilang julin iteknyer...hahahaaa...

      Delete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Zaman sekarang babi2 dah duduk dalam kampong

    ReplyDelete
  6. Itu baru babi hutan...belum lagi babi babi bandar...takut wooooo...

    ReplyDelete