Sunday 12 July 2015

SEPASANG SUAMI ISTERI TIDAK MENGAKU BERSALAH DERA YAYA.



Pasir Mas: Pasangan suami isteri yang dituduh mendera kanak-kanak berusia lima tahun, sejak Januari 2015 mengaku tidak bersalah melakukan perbuatan berkenaan di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini.

Pengakuan itu dibuat tertuduh pertama berusia 24 tahun dan suami berusia 39 tahun, di hadapan Hakim Dazuki Ali, selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Tertuduh pertama menghadapi dua pertuduhan iaitu didakwa menganiaya dengan menyebabkan kanak-kanak berusia lima tahun mengalami kecederaan fizikal dan emosi antara Januari 2015 hingga Mei 2015 di Kampung Bagus, Rantau Panjang.

Untuk itu, dia didakwa mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak 2001 yang boleh dihukum denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa sengaja menyebabkan kecederaan parah ke atas mangsa yang boleh dibicara mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, tertuduh kedua yang juga bapa kandung mangsa didakwa mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak 2001 kerana mengabaikan dan menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal dan emosi pada tempoh dan tempat yang sama.

Pendakwaan dikendalikan Ketua Unit Pendakwaan Kelantan Julia Ibrahim yang menawarkan jaminan RM30,000 bagi setiap pertuduhan.

Mahkamah kemudian memutuskan kedua-dua tertuduh masing-masing diikat jamin RM20,000 untuk setiap pertuduhan dan perlu melapor diri di Balai Polis Rantau Panjang pada setiap 1 hingga 5hb, setiap bulan hingga kes selesai.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 16 Ogos 2015.

12 comments:

  1. Aku nak join Pasma dan G18 aebab roket aku besar.


    Ron Jeremy
    Keadilan Batu Road

    ReplyDelete
  2. PAS BARU untuk memperjuangkan Islam. PAS LAMA memperjuangan kepentingan ULAMA dan MSU SAHAJA. PAS BARU bersikap menghormati org lain dan berakhlak mulia. PAS LAMA seperti kumpulan samseng 360 atau kumpulan 08 yang tahu kutip "toci" dan sergah orang. Anda PILIHLAH SATU....satu sahaja, ingat ANDA ADALAH AHLUL SUNNAH WAL JAMAAH bukannya SYIAH KAFIR !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pas baru untuk ikut telunjuk dap dan tolak hudud.
      Pas lama untuk perjuangam islam serta taqwa dan percaya kepada aqidah islam.
      Sesiapa saja tolak hudud atau beri alasan tolak hukum Quran, orang itu kafir.

      Delete
    2. Oi suka hati hang kata syiah tu kapiaq...Kalau ilmu hanya ikut ikutan usahlah kau mendabik dada berpencak ikut paluan yahudi. Sedangkan Masjidil Haram lagi benarkan kaum syiah beribadah...inikan kamu yang hanya baru kenal sebatang alif. Wahai anonymous 1517, cuba pegi ambil wuduk dan solat. Selepas dari hari ini, cuba kau beriltizam untuk menuntut ilmu agama dengan sungguh sungguh. Maksudnya pasang cita cita kalau boleh sampai kau kenal kesemua mazhab dalam dunia ini. Untuk kau aku nak tanya satu soalan...jika kau berfahaman ahlul sunnah wal jamaah bermazhab Imam Syafie dari segi fekah, siapa rujukanmu dalam ilmu kalam. Jangan sampai kau mencampuri antara Asy´ari atau Maturudi atau juga Thawawi kerana sebagai pendokong Mazhab Imam Syafie, kau patut tahu mana kitab harus dirujuk. Dan janganlah Agama kamu itu hanyalah ikut ikutan. Tanpa tahu mana ekor mana kepala. Berlapanglah dada, usah cepat menerobos ke ruang yang kita tak tahu akan letak duduknya. Salam Ramadhan...semoga anda dilimpahi rahmat dan diberikan keridhaan oleh Allah SWT sepanjang Ramadhan yang mulia ini.

      Delete
  3. Aku fikir orang-orang Kelantan baik-baik belaka sebab dipimpin oleh ramai ulamak.

    Ke ulamak sekarang sibuk berpolitik dan suka menTololkan orang sampai kes ni terlepas pandang.

    Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
  4. terima kasih atas informasinya. Semua beritanya terlihat menarik untuk di simak, silahkan anda kunjungi juga website kami. sekali lagi, terimakasih..

    ReplyDelete
  5. Ularmak pil kuda sekarang gila jawatan tgk kt kota damansara dah ler,menantu punya pasal sanggup tikam kawan dari belakang..

    ReplyDelete
  6. Ularmak pil kuda sekarang gila jawatan tgk kt kota damansara dah ler,menantu punya pasal sanggup tikam kawan dari belakang..ngeh3

    ReplyDelete
  7. Hahaha......dahlah dera ckp bohong lagi tak nak mengaku ! Ini ke....ajaran yg di ajar islam di kelantan. Tulah jgn berkali2 malukan islam kalau hanya di gunakan sebagai lambang buat melayu, namun tidak bererti melayu itu benar islamnya.

    ReplyDelete
  8. Mmg manusia sekarang ni pantang diuji sikit dgn kesusahan dan kesukaran terus merintih, memberontak dan meroyan ........ tengok puak2 macai dan balaci DAP depa dok kutuk ulamak dan marahkan ulamak bila dikatakan cari redha ilahi sbb depa utamakan redha undi dan cina Dap ........... depa nak tongkat langit tak ingat mati , nanti kat akhirat kita tengok apakah puak2 Dap akan membela depa dpd api neraka ?
    Bodoh piang puak2 macai PKR dan balaci DAP ni ......... la ni NASA sendiri pun akui tentang kebenaran Islam spt kehebatan lailatul qadar dan batu hajarul aswad hingga ada pegawai NASA yg telah memeluk Islam tapi kat malaysia ni ada melayu islam bahlol nak cemari Islam dgn agenda sekular, kristianisasi, cauvinisme , lgbt dan sebagainya .............. ulamak terus difitnah dan dicaci ....... LGE dan LKS dipuji dan restu dicari hanya kerana mengejar cita2 politik depa
    Jaguh spinner macai pkr dan balaci Dap spt greenboc, malaysia waves, gendang perang, libang libu , yong suka kuning, mso, cipan tapir tenuk, addin, sisi bukit, alhussyen, bloglistb dsbnya telah mengatasi utusan melayu , berita harian , tv3 serta rtm ! Depa tuduh TGHH suka kata barua dan tolol ………….. sebagai seorang ketua sesebuah organisasi adakalanya perlu ditegur agak keras anak buah yang buat kesalahan yg tidak wajar secara semberono walaupun berkali2 diingatkan bagi menimbulkan kesedaran lagi pun pun alquran pun ada sebut perkataan bodoh dsbnya kepada manusia yg degil seperti ini agar mereka sedar. Depa kata TGHH suka ponteng sidang parlimen sedangkan TGHH mungkin ada komitmen lain …………. Tapi hairan bila depa boleh pejam mata bila Anwar dan LGE ponteng sidang parlimen utk bercuti di New Zealand dsbnya. Depa kata Pas nak UG dgn umno ………….. tapi sampai sekarang tak da UG …………….. yg ketaranya PKR dan DAP yg bersungguh2 nak UG dgn umno tapi depa spin jadi CG (CaretakerGovernment) …………. nampaknya kembar siam umno yg terbit dari lubang taik yg sama lebih advanced dpd umno dari segi fitnah, tohmahan dan maki hamun ! .......... kalau kat hang pa semuanya boleh , u-turn boleh, UG boleh ,ponteng boleh, tolak hudud boleh, pesta beer boleh, jubo menjubo pun boleh.........apa2 pun boleh asalkan direstui oleh tuan guru khalifah almaksumi LGE dan LKS......... kapla bananana kau !!!!!!!!

    ReplyDelete
  9. Bila lah geng pas parti suci ni nak lepas jawatan di penang. Tak malukah makan gaji dgn kapir DAP?

    ReplyDelete
  10. Hebat ke pas hadi ni?

    Setelah hilang kedah, terengganu dan jatuhnya perak dan hampir tumbang selangor, hang kata hadi pemimpin hebat?

    Kerajaan islam yang Allah reda tidak semudah itu tumbang kalau bukan sebab pemimpinnya. Dalam sejarah, tertulis betapa ada kerajaan islam gah sampai seribu tahun lamanya barulah lenyap.

    Ini baru 3 tahun perintah dah berebut jawatan. Masuk tahun ke 4 dah mula bercakaran. Sampai tahun ke lima semua yang bergaduh saling berkhianat hingga tiba pru, Allah pun runtuhkan kerajaan islam, kononnya.

    Salah satu sebab runtuhnya kerajaan islam ini kerana pemimpin2 kurang akal. Mereka tidak mampu melaksanakan pengisian untuk mengendalikan sosio politik zaman morden berbilang kaum.

    Langsung tak boleh tengok kawan2 berbaik dengan orang kapir. Padahal setiap hari kita makan air tangan orang kapir. Beras dari orang siam, sayur dan ayam dari orang cina, bawang dan rempah orang india, pakai kereta buatan jepun, bahkan madjid kita pun dibuat orang kapir.

    Di mana benda2 yang jadi darah daging dari hasil keluaran islam? Memang tak ada kan..kicap? Ha, ha, ha, dengar kata sudah diprancais pada orang cina juga.

    Begitu besar peranan orang kapir di tanah melayu ni, langsung tidak dihargai pemimpin2 islam. Siang dan malam mengutuk dap, dap dan dap sahaja.

    Politik apa macam ni? Sepatutnya jadikan kapir2 ni inspirasi dan belajar macam mana nak maju sampai mampu proses sendiri produk2 halal. Macam mana nak maju kalau proses2 nak majukan orsng islam gagal dilaksanakan. Lebih banyak masa terbuang membunuh kawan2 sendiri dari menghidupkan bakat2 mereka. Orang2 pandai difitnah dan di boo lalu dihalau. Kita manusia waras ni tak tergamak nak boo kepada anjing sekali pun..

    Orang kapir tu aset orang islam masuk syurga. Allah suruh kita tunjuk akhlak yang baik kepada mereka. Seterusnya kita disuruh dakwah agama Allah sehingga mereka faham islam. Samada mereka hendak beriman atau tidak, itu kerja Allah SWT.

    Sebab itu kita sangat takut nanti di hari pembalasan, orang kafir mengadu kepada Allah. Mereka kekal kafir kerana orang islam tidak mendakwah kepada mereka. Padahal setiap hari orang islam datang ambil makanan dan barang2 yang diperlukan untuk menyokong penghidupan mereka.

    Dan kalau Allah terima aduan mereka dan menjadi bengang dengan kita, nak jawab apa?

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...