Monday, 6 July 2015

TAHUN INI CUBA JANGAN BALIK KAMPONG ... SYED ABD AZIZ AL QUBRA SUDAH GABRA ENGGAN MENGAKU ADA MEMBUAT KENYATAAN TERSEBUT



Tampil dengan penjelasan sebenar, Pengarah Eksekutif CCT, Creative Trainers (M) Sdn Bhd, Syed Abdul Aziz Al Qubra berkata, kupasannya terhadap isu kewangan telah dieksploitasikan dan disalah erti oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.


“Kalau orang tonton rancangan tersebut dari awal, mereka akan faham apa yang saya cuba sampaikan sebenarnya. Bila mereka potong video program itu dan viralkan, itu yang menyebabkan orang-orang awam marah.

“Tajuk segmen yang diberikan kepada saya adalah ‘Celik Kewangan: Gaji Oh Gaji!’ Saya hanya mengupas tajuk yang diberikan berdasarkan statistik yang diajukan kepada saya. Sebenarnya begini, apa yang saya jelaskan menerusi program tersebut adalah beban yang terpaksa ditanggung oleh sesetengah individu hanya untuk pulang beraya ke kampung,” jelasnya ketika dihubungi Sinar Online, semalam.

Katanya lagi, mengikut statistik yang diajukan pengacara rancangan program, Tazneem Faizal, Syed Abdul Aziz berkata, 53 peratus wanita ingin mendapatkan barang kemas baharu sempena Aidilfitri, 23 peratus rakyat Malaysia ingin berkahwin lagi sempena menyambut Syawal, 18 peratus individu atau pasangan akan membelanjakan wang untuk membeli kelengkapan dan perabot baharu manakala lapan peratus lagi berkeinginan untuk membeli kereta baharu di musim perayaan ini.

“Saya hanya menjawab soalan yang diberikan oleh pengacara program.  Saya cuma mahu bantu rakyat dari segi perancangan ekonomi. Kalaulah balik kampung itu dirancang dari awal, tidaklah ada masalah buat mereka,” katanya lagi.

Ditanya mengenai kenyataan ‘jangan balik kampung jika mahu jimatkan minyak dan tol’ yang kini viral di media sosial, beliau berkata, ia merupakan salah faham besar oleh majoriti rakyat negara ini.

 “Mengikut statistik trend balik kampung sekarang, hampir 53 peratus wanita akan membeli barang kemas hanya kerana tidak mahu ditegur oleh ibu mertua atau saudara-mara kerana memakai barang kemas tahun lepas. Maka dibelanjakan wang itu untuk membeli barang kemas. Sedangkan kita semua perlu beringat, keadaan sekarang sudah cukup mencabar buat semua pihak khusus golongan berekonomi sederhana dan rendah.

“… Sekarang minyak naik, kadar tol pun dikatakan akan meningkat, saya sarankan kita semua supaya beringat, ia mungkin menyusahkan bagi sesetengah individu, Jika balik kampung terasa terbeban dengan terdesak dan rasa dibebankan untuk tunjuk barang kemas baharu atau kereta baharu, saya sarankan lebih baik jangan balik kampung, tol dan minyak pun dapat dijimatkan. Itulah penjelasan sebenar saya,” jelasnya lagi.

Terdahulu, video Syed Abdul Aziz yang dirakam menyarankan rakyat Malaysia supaya tidak pulang ke kampung untuk menjimatkan tol dan minyak menjadi viral di media sosial

Rakaman video yang dipetik menerusi sebuah rancangan bual bicara tersebut mendapat perhatian dan kritikan rata-rata pengguna laman sosial.

Syed Abdul Aziz dalam pada itu tidak menolak peratusan individu yang terpaksa membuat hutang hanya untuk pulang ke kampung.

“Kita semua tahu pulang ke kampung memerlukan belanja yang besar. Kalau balik masa tengah tidak ada duit atau gaji belum masuk, itu lebih susah.

“Sekarang ini, setiap hari kira-kira 56 individu di negara ini diisytiharkan muflis. Saya tidak mahu anda salah seorang daripada individu yang diisytiharkan muflis,” ujarnya.

JOM KITA DENGAR RAKAMAN PENUH RANCANGAN TERSEBUT.




12 comments:

  1. Biasalah melayu...suka ambik sekerat sekerat...pah tu ulas. JENG..JENG..(bunyi mcm dlm cerita P.Ramlee)..................

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha....siapa tak tahu melayu suka berboros berhias dll bila musim raya!! Asal bergaya habis wang hutang sekeliling pun mrk tidak kisah!! Apa lg di suruh berjimat jgn balik kampung mcmmana tak marah! Jgn bijak pandai ajar mrk apa itu ekonomi kerana mrk tak faham ekonomi hanya tahu ada wang belanja ada masa rehat bersuka ria sebab tu mrk byk yg masih ketinggalan dari segi ekonomi tetapi segi bergaya itu mrk berjaya sampai berlebih2 over and over gayanya.

      Delete
  2. ayat bela diri bro. .tak cakappun balik nak beli emas. yang dicakap sebab tol naik, gst naik dan etc. biasalah melayu suka menipu tapi takpe la ni tipu itu tak jadi dosa. hadi ajar macam tu. ulama bole tipu maka moral of the story org awam juga bole menipu. ulamak kan pewaris nabi

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak payah balik kampung. Pakat melawat anuat kat penjara.

      Anuar kan lagi penting dari mak, bapak dgn opah korang.

      Yg Benerrrrrrrr

      Jeff Ulu Bernam

      Delete
    2. anuat beraherm ada lagi atau Dah padam. kalau ada lagi kita DOA yg terbaik bagi beliau. kalau Dah padam. kita sedekah al fatihah dan buat tahlil ringkas

      Lebai Jeff
      Ulu Bernam
      Reformist yg Originel

      Delete
  3. X lama lagi najib dan madey pun boleh masuk sungai buluh.ngeh3

    ReplyDelete
  4. Budak Bahalol

    ReplyDelete
  5. Cba jgn balik kg?.cerdiknya..statement.hbis org tua kt kg tu siapa.saudara mara siapa.
    Cerdasnya pandangan..xada lgi ker org yg cerdik kluat tv.

    ReplyDelete
  6. Aku Tgk dari awal Mmg cadangan tak balik kg tu tak masuk akal wlaupun di potong dari tengah maksudnya tetap sama tak yah balik kg. Sampaikan mak bapak cakap tak ada duit tak apa abah bagi jangan dengar nasihat tak balik kg. Sekarang ni cari jalan macam mana nak mudah kan jumpa keluarga bukan bagi idea tak masuk akal. Awak tak ada mak yah ke atau mak ayah tak suka awak

    ReplyDelete
  7. nak balik kg apanya org tua dah meninggal..
    saudara mara dah pindah cari makan tempat lain..
    kesian kat aku...

    ReplyDelete
  8. Tu smua nk cover blik kenyataan bang...ang je.dh jd tradisi rakyat stiap kali ayat pulangk ke kampung raikan bersama keluarga beramai...bnyk je lg cara nk jimatkn duit...drpd bgi kenyataan yg bang...ang tu.knpe x trunkan je harga tol?trunkn harga minyak?bubarkn gst? smpai sekarang masih x paham knpe harga topup RM 10.60 lps gst..sedangkan sblm gst topup dh de sst harga topup RM10.00..sampai skrg still xblh nk setelkn isu sekecil topup ni. dlm otak nk kaut duit jeee

    ReplyDelete
  9. Hoi lebai Jeff ulu Bernam. Kamu ni penjilat najib rosmah umngok. Tk lama lg najid akan pegi Mongoliar. Muhyidin akan ganti. Harap bersabar ye. Umngok akan padam. Hahahah

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...