Friday 3 July 2015

GANGGUAN BEKALAN AIR DI KUALA TERENGGANU DIBAWAH KERAJAAN UG UMNO/PAS KRITIKAL??????


Teruk betulah cara pentadbiran kerajaan UG UMNO/PAS di Terengganu ni .... sejak awal Mei lagi sudah mengalami gangguan bekalan air dan dipercayai semakin kritikal menjelang Aidil Fitri ini.

Ini semua salah Tuan Guru Dato' Seri Hj Abdul Hadi Awang ni .. kejadian ini berlaku sejak PAS berUG dengan UMNO tahun 2009 lagi.

Sepatutnya Syarikat Air Terengganu datang ke Selangor belajar dengan negeri Selangor bagaimana nak urus tadbir air terawat sehingga sifar gangguan.


Sebanyak 58,000 buah rumah sekitar Kuala Terengganu dan Marang yang mengalami gangguan bekalan air sejak awal Mei lepas, dijangka akan berdepan situasi kritikal menjelang Aidilfitri nanti.

Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU) Ir. Atemin Sulong berkata masalah berlaku disebabkan musim kemarau dan penggunaan air melebihi jumlah bekalan berikutan pertambahan kawasan perumahan baharu, hotel dan kompleks perniagaan.

Katanya, dua langkah telah dilaksanakan pihaknya bagi menyelesaikan masalah berkenaan, iaitu dengan mengurangkan tekanan pada waktu malam dan mengenakan catuan bekalan air dari 11 malam hingga 4 pagi.

“Ini menyebabkan sebahagian kawasan mengalami tekanan air yang rendah pada waktu puncak, tiada bekalan air antara 11 malam hingga 4 pagi dan kualiti air yang terjejas iaitu menjadi keruh dan kekuningan,” katanya dalam kenyataan.

Di Kuala Terengganu, sebanyak 50,000 rumah di 47 buah kampung terlibat dengan gangguan air berkenaan.

Bagi Marang, gangguan bekalan air melibatkan 8,000 buah rumah iaitu empat kawasan di Tetambak Baru, Jalan Tanggol, Tanah Lot SPKA di Wakaf Tapai dan sekitar Pengkalan Berangan.

Dia berkata bagi menyelesaikan masalah itu, kerajaan negeri bersetuju untuk membina beberapa loji kecil di lokasi yang kritikal dan dijangka boleh siap dalam jangka masa terdekat.

2 comments:

  1. Macam ni susah le pak pak lebai nak mandi junub......

    ReplyDelete
  2. Hahaha.....sy ingat hanya selangor je...yg masalah air!!! Tapi bila masalah air timbul terus salahkan azmin umno mcm2 kenapa tak salahkan cuaca yg keringkan air longkang omak kau hoi!!! Memang dasar pengkritik butarbelut ikut fahaman yahudi patut dtg dari thailut.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...