Monday 6 July 2015

INI APA KES!!!! ... PENYOKONG SETIA THE RED GIANTS MAUKAN PERUBAHAN DALAM PASUKAN BOLA SEPAK SELANGOR (FAS) YANG DITERAJUI AZMIN ALI SEBAGAI PRESIDEN DAN AMIRUDIN SHARI SEBAGAI PENGURUS PASUKAN.


Setelah dibelasah teruk 3-1 oleh pasukan Pahang kelmarin nampaknya kesabaran penyokong-penyokong setia tegar The Red Giants terus hilang ... mereka telah memasang kain rentang desak Persatun Bola Sepak Selangor (FAS) yang diterajui ooleh Azmin Ali sebagai Presiden dan ADUN Batu Caves merangkap Exco Pembangunan Generasi Muda dan Sukan Negeri Selangor melakukan perubahan drastik demi memastikan masa depan pasukan The Red Giants.

Malangnya desakan dan suara akar umbi The Red Giants langung tidak mau diambil peduli oleh Amirudin Shari walaupun slogan pemerintahan negeri Selangor pimpinan Azmin Ali ialah Pembangunan Berkualiti Rakyat DiPeduli atas alasan tiada keperluan Selangor untuk akur desakan disuarakan berkenaan.

“Itu pandangan dan persepsi setengah pihak. Sehingga kini pasukan ini bergerak dengan padu dan mantap.

“Mungkin persepsi negatif ini dibuat kerana mereka tidak mengetahui secara terperinci berkenaan apa yang berlaku dalam pasukan,” katanya.

Menurut Amirudin, beliau beranggapan bahawa perspektif negatif itu adalah usaha sesetengah pihak untuk merobek Selangor.

“Itu merupakan satu perang psikologi...mungkin daripada pihak lawan yang mengetahui kekuatan Selangor adalah melalui ikatan kekeluargaan.

“Kami tidak boleh singkirkan mana-mana sebab kerana ada desakan atau perspektif negatif,” katanya.

Dah kena belasah 3-1 masih enggan terima kenyataan betapa perlunya melakukan perubahan sebaliknya terus mendabik dada kata pasukan The Red Giants padu dan mantap.

Dimana laungan SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT????????

8 comments:

  1. Sepatutnya Azmin jadi penjaga gol malam tu.

    Atau minta bantuan bomoh supaya Selangor sentiasa menang dan jangan kalah walau sekali pon.

    Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Adat permainan ada menang kalah. Tak perlulah emosional.

    ReplyDelete
  3. Tak payah lah beremosi pasal bola ni.... pasukan yang menang tu pun bukan bagus sangat main...standard bola kampung saja. Ini kan peringkat negeri saja...sedangkan peringkat nasional pun sakit nak seri dengan Timor Leste.....teruk kena belasah dengan pasukan tiada bernegara dan dilanda perang berpanjangan Palestine....

    ReplyDelete
  4. Nak menang terus panggil je bomoh harun din,bomoh cakap x lojik pm perompak..ngeh3

    ReplyDelete
  5. Sejak anwar sarung jesi selangor itu dan pkr memerintah selangor bola sepak selangor jatuh mendadak ,malah jatuh tangga tercurut. Ini semua di sebab nepostima anwar itu,

    ReplyDelete
  6. Sejak anwar sarung jesi selangor itu dan pkr memerintah selangor bola sepak selangor jatuh mendadak ,malah jatuh tangga tercurut. Ini semua di sebab nepostima anwar itu,

    ReplyDelete
  7. Bagi Azwan Ali plk menterajui pasukan selangor mesti takan kalah lg.. sebab pasukan lain takut nak menang... kalau menang nanti kena maki kow kow kalau tak caya cubalah...

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...