Saturday 4 July 2015

NAJIB AKAN SAMAN FITNAH THE WALL STREET JOURNAL DAN SARAWAK REPORT



SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengambil tindakan undang-undang terhadap The Wall Street Journal (WSJ) berikutan laporan mengatakan terdapat syarikat yang mempunyai kaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menyalurkan dana sebanyak AS$700 juta (RM2.6 bilion) ke akaun peribadi beliau.

Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Muhammad Khairun Aseh berkata, laporan tersebut disifatkan sebagai satu fitnah jenayah.
“Laporan itu sungguh berniat jahat dan tidak berasas dengan sumber yang lemah dan meragukan.

“Kita akan ambil tindakan mengikut undang-undang,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Akhbar kewangan antarabangsa, WSJ dalam laporannya mendedahkan apa yang dikatakan sebagai penemuan oleh penyiasat Malaysia kononnya telah mengesan hampir AS$700 juta didepositkan ke dalam apa yang mereka percaya sebagai akaun bank peribadi Najib.

Laporan itu berdasarkan dokumen-dokumen dari satu siasatan kerajaan, yang telah diperolehi oleh akhbar itu dan laman web Sarawak Report.

3 comments:

  1. Pr00ooo000000oooooTTTTTtttt!! Arghh!! Leganya

    ReplyDelete
  2. Kita "akan" ke bang. Buktikan laporan saman fitnah jgn ckp je. Ada brani ke?

    ReplyDelete
  3. Kahkahkah lu ingat ini surat khabar utusan ke.? Ini kredible punya surat khabar. Dah tau nak tunjuk betul/benar masukkan saman...heboh satu malaysia. Semua media, macai dan pokcik kg buat statement. Bila tiba masa perbicaraan "tarik balik saman" . Settle luar mahkamah. Taktik ni rakyat dah baca....gebeng lebih umngok/bn ni.....puiiiii

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...