Friday 3 July 2015

PENDUDUK GEBENG BERANG KERANA HIDUP MENDERITA SEDUT DEBU BAUKSIT SETIAP HARI



Penduduk di Gebeng, Pahang merayu pihak berkuasa mengambil tindakan segera bagi menyelesaikan pencemaran alam sekitar yang disebabkan lori pengangkut bauksit.

Sikap pemandu lori yang berlumba-lumba mengejar trip tanpa menutup bahan muatan menyebabkan penduduk sengsara apabila jalan raya utama dicemari debu-debu berwarna merah.

Selain Gebeng, pencemaran itu turut merebak ke Balok, Bukit Goh dan beberapa kawasan lain di Kuantan.

Sikap pemandu lori yang memandu laju dan cuai menyebabkan banyak berlaku kemalangan sehingga melibatkan kematian.

Penduduk yang marah berpakat menaikkan kain rentang yang menuntut pihak yang terlibat mematuhi syarat seperti menggunakan kontena tertutup, bersihkan lori sebelum menggunakan jalan raya, hanya menggunakan laluan yang dibenarkan dan jangan meletak lori di kawasan kampung atau perumahan.

“Kami tidak bantah industri bauksit, kami geram dengan pencemaran,” tulis kain rentang itu.

Beberapa keping gambar yang dikongsikan di laman sosial menunjunkkan sebuah kereta yang diselaputi debu sehingga tidak nampak warna asal kereta itu manakala jalan raya utama pula bertukar menjadi merah kerana debu-debu bauksit yang dibawa oleh lori pengangkut.

Sekeping gambar pula menunjukkan penduduk meluahkan kemarahan dengan memaki lori pengangkut bauksit ‘celaka lori bauksit’ di atas jalan raya.

Penduduk juga menggunakan laman sosial Facebook untuk meluahkan kemarahan itu dan menyalahkan pihak berkuasa kerana gagal mengambil tindakan bagi menjaga kepentingan awam.

“Tuhan saja yang tahu perasaan kami di sini. Hari-hari tiap masa mengadap debu kotor bauksit ni. Lori-lori berlagak gila, duk conquer jalan,” luah pemilik akaun Ena Azlina Bridal.

“Hari-hari kami menderita lalu jalan ni,” luah Ikram Sg Ulo.

“Bagaikan anjing menyalak bukit, tiada apa-apa tindakan. Pihak tertentu tetap memejamkan mata dan memekakkan telinga. Inilah budaya kerajaan yang ada sekarang,” tulis Zain Abidin.

“Kalau masalah ini berlaku di Selangor atau Kelantan, TV3 suku tiap-tiap hari akan main isu ini .    tulis Azamia Deris.

Berdasarkan komen-komen pengguna laman sosial, syarikat yang terlibat industri bauksit ada kaitan secara langsung dengan pihak atasan sehinggakan kerajaan negeri dan pemimpin tidak berdaya untuk bertindak.

6 comments:

  1. al maklum lah negeri PM.dgn raja yg baik pada rakyat..Pkuasa pun batu jadi sejuk..kita dari luar pahang pun bosan,dah kenderaan berkilat sampai je situ .jadi macam kereta bengala..di mana akta pengangkutan jalan''?..Kalau pakai selipar ,mereka,tak pakai baju,kamain saman.

    ReplyDelete
  2. Tak berani komen yang ni, paham2 sudahlah.

    Apa pon TAHNIAH OK diatas entri ini.

    Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
  3. Ini semua Azmin punya pasal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oi Anon 15:53 anak haram lu minum todikah atau air kencing ??

      kalu ko tak tau komen jangan komen haramjadah

      Cal saya skarang 012-9062672 saya mau maki ko dan nenek moyang ko

      Delete
  4. Hahaha.....wang segalanya.....rasuah tahu buat tak tahu apa guna komplain kalau kerajaan sdr dah berat sebelah utamakan wang dari masalah rakyatnya.

    ReplyDelete
  5. penguatkuasa semua dah mati....

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...