KEBENARAN ITU PAHIT, KEADILAN ITU PERIT, PERJUANGAN ITU SAKIT, RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DITOLAK.

Pengikutku yg cool..muah33x

Wednesday, 8 July 2015

AKAUN YANG DIBEKU BUKAN KEPUNYAAN NAJIB KATA BOS SRC



Pengarah Urusan SRC International Nik Faisal Ariff Nik Othman Ariff Kamil dikatakan telah membersihkan nama Datuk Seri Najib Razak yang terpalit dakwaan dana 1MDB disalurkan ke akaunnya.

Perkara itu dinyatakan dalam laporan eksklusif laman pro-BN MYKMU hari ini, yang memetik sumber yang bercakap dengan Faisal.

Laporan itu menyebut Faizal menafikan akaun-akaun yang terdapat dalam suratnya kepada AmBank merupakan akaun peribadi Najib, seperti didakwa media antarabangsa The Wall Street Journal (WSJ).

“MYKMU turut mencabar WSJ menunjukkan sebarang bukti bahawa Nik Faisal bertindak bagi pihak Najib Razak.

“Ini kerana berdasarkan surat yang disiarkan ia langsung tidak menyebut nama Najib Razak,” laporan itu dipetik.

SRC International sebelum ini anak syarikat 1MDB. Menurut jawapan parlimen, ia diletakkan langsung bawah Kementerian Kewangan pada 2012.

Faisal kelihatan kecewa dan marah kerana perniagaan beliau, SRC International, dilibatkan dalam “pergaduhan politik” Najib dengan Tun Mahathir Mohamad, lapor MYKMU lagi.

“Ini semua akaun saya dan SRC International. Tiada kena mengena dengan Perdana Menteri mahu pun 1MDB,” beliau dipetik sebagai berkata.

Faisal juga dikatakan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang membocorkan suratnya kepada AmBank dan akaunnya kepada umum.

Faisal juga, kata sumber, berkata perniagaan mereka selepas keluar daripada 1MDB dibuat atas kepentingan perniagaan tersendiri.
 

15 comments:

  1. Kepada semua pengikut blog ni berilah sokongan kepada chegu bard semula. Walaupun dia baru kahwin baru tambah cwgn, beliau cekal berjuang. Marilah kita sama sama sign petisyen agar keahlian beliau dlm pkr dikembalikan semula.
    Hidup chegubard.hidup samm! Wadah perjuangan ummah Islam!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Patutnya kita sokong nik bedoh dengan sepenuh hati...
      Kita kena wala'on

      Delete
  2. Kena siasat dia ni..banyak duit masuk untuk apa. BNM tau ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah nafi bkn akaun najib, nak cari jugak kaitan...perangai haramjadah.

      Delete
    2. ramai nak tau apa kaitan akaun ni dgn 1mdb

      Delete
  3. Siapa Nik Faisal?
    Banyak Nya Duit Dia!!!! Anak Bekas PM juga ka?
    Hebat dia punya acc bnyk mcm tu..
    Hebat dia transaksi bnyk mcm tanpa disedari Bank Negara.
    Nampak ada salah guna kuasa oleh pihak2 atasan.
    Intitusi Bank Negara & Perbankan Malaysia hilang kredibialiti menghalalkn semua ni berlaku sekian lama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Duit company bodoh...bukan duit dia

      Delete
    2. Awak yg pandai.. Boleh bagi tau saya
      1.Prestasi & keuntungan pelaburan SRC Limited?
      2.Betul ka dapat pinjaman 4 Billion Dari KWAP?
      3.Mana Wang tu dilaburkan?
      4.Jaminan pinjaman Dari MOF kan?
      5.So klu tak dpt bayar pinjaman sapa yg kena bayar?.
      6.Laman Web SRC limited tutup apa kehey..?

      Tolong jwb..
      Owh ya Nik Faisal Ariff cucu bekas MB Kelantan Nik Ahmad Kamil & Cicit bekas MB Kelantan Nik Mahmud.
      Betul ka?????

      Delete
    3. dia mesti sokong tuang presdeng

      Delete
  4. Hahaha.....teruskan pembongkaran pasti ada rahsia yg akan terbongkar. Satu urusan dgn wang yg byk pasti ada yg bersubahat dgn siasatan yg telus mesti ada jawapannya hanya halangan akan cuba menutup segala kebenaran.

    ReplyDelete
  5. Haha.. politik.. aku tau sgt la.. nak bela Najib sangat apahal? Knp skrg bru bsuara? Dah brp hari bab ttg akaun ni dh kuar. Skrg baru nk cover Najib tuh? Melenting sakan nampak? Ada percent ke dpt nanti?

    ReplyDelete
  6. Ala tau dh.drama je beku itu ini pastu kata semua ok xda masalah

    ReplyDelete
  7. TERUSKAN MEMBONGKAR
    BANYAK SAMPAH YANG DISEMBUNYIKAN BAWAH CARPET MERAH

    ReplyDelete
  8. orang atau kakitangan kerajaan yang sedang disiasat perlu digantung tugas supaya tidak mempengaruhi hasil siasatan. Kakitangan yang tidur atau bershoping ketika sedang bertugas pun kena gantung tugas semasa siasatan sedang dijalankan. Semua kalitangan tidak harus dikecualikan atau diberi keutamaan semasa siasatan dibuat.

    ReplyDelete
  9. hahahaha kepala naga dah kena pukul,,mengelupur sampai ekornya...mcm mo kena checkmate dah BN ni....PUJALAH PEMIMPIN KORANG TU WAHAI MANUSIA MANUSIA BERKARAT BIRU....HEHEHE

    ReplyDelete