KEBENARAN ITU PAHIT, KEADILAN ITU PERIT, PERJUANGAN ITU SAKIT, RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DITOLAK.

Pengikutku yg cool..muah33x

Saturday, 4 July 2015

BERITA GEMBIRA UNTUK PENGGUNA BAS EKSPRES SEMPENA AIDIL FITRI INI ... TAMBANG NAIK 10%.



Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) semalam meluluskan kadar khas sebanyak 10%, lebih daripada kadar biasa, bagi perjalanan bas ekspres bermula 10 Julai hingga 27 Julai ini.

SPAD dalam kenyataan berkata langkah itu bagi memastikan perkhidmatan bas ekspres tidak tergendala selain memenuhi permintaan perkhidmatan yang meningkat berikutan bas-bas tambahan perlu dibekalkan pada musim perayaan yang bakal menjelang tiba.

"Selain itu, kelulusan ini mengambil kira pelbagai faktor seperti menambah baik tahap pengendalian bas-bas tambahan, memperkemaskan sistem pengawasan bas ekspres dan mengekalkan mutu perkhidmatan bas ekspres bagi tujuan menjamin keselesaan dan keselamatan penumpang pada musim perayaan," menurut kenyataan itu.

SPAD turut mengumumkan kesemua bas ekspres tambahan pada musim perayaan ini yang bertolak dan tiba di Kuala Lumpur akan menggunakan Terminal Bersepadu Selatan (TBS).

Suruhanjaya itu turut menasihati pengguna supaya membeli tiket bas di kaunter tiket yang sah sahaja, bagi mengelak penipuan dan kegiatan ulat tiket selain menyimpan keratan tiket perjalanan sebagai bukti.

"Tiket yang sah adalah yang dicetak komputer, serta mempunyai nama syarikat dan nombor bas yang akan dinaiki penumpang. Pengguna diminta untuk memeriksa maklumat yang tertera pada tiket dan mengesahkannya semasa di kaunter pembelian.

"Bagi penumpang yang akan menaiki bas tambahan pula, mereka boleh memeriksa nombor pendaftaran bas berkenaan sepertimana yang didaftarkan dengan SPAD melalui lampiran yang dipamerkan di kaunter penjualan tiket," kata kenyataan itu.

Kenyataan itu menyebut bahawa pihaknya akan terus meningkatkan lagi pemantauan dan operasi penguatkuasaan sepanjang musim perayaan ini bagi memastikan jumlah bas mencukupi dan penumpang dapat menikmati perjalanan yang selamat dan selesa.

Pengguna perkhidmatan bas ekspres juga boleh membuat aduan ke talian SPAD 1-800-88SPAD (7723) sekiranya terdapat sebarang perkara yang menjejaskan perkhidmatan, keselamatan dan keselesaan perjalanan mereka pada musim perayaan ini.

9 comments:

  1. Selamat pulang berhari raya bagi pengguna Bas Express pada tahun ini.

    Sabar je la ye.

    PRU14 nanti jangan undi BN lagi selamanya.

    Sebelum pulang tunaikan zakat di mana tempat anda bekerja.

    Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg tak naik adalah berat badan anuar beraheem. Anuar beraheem eksyen, makanan orang susah sebiji macam menu dlm jail. Anuar dia bsing saja, bukan perihatin pun..

      Semua dibuat untuk nepotism keluaga aegambut.

      Tulang Badak
      Murtabak Waves
      NGO Pertubuhan ahli keadilan anti nepotism (PASNE)

      Delete
  2. makna nya kalau tak naik 10%, keselamatan tak terjamin hahaha ..

    ReplyDelete
  3. Itulah silapnya rakyat Selangor...andaikan TSKI kekal sbg MB Selangor, tentu perkara naik harga TIDAK akn berlaku.. Faekah dan Omakkau tentu setuju sgr...idup TSKI!

    ReplyDelete
  4. yeahh ttp naik walaupun harga diesel tak naik....gaji rm 900/sbln masih paras pndptn tinggi kah3....

    ReplyDelete
  5. Jutaan terima kasih pada TUANG GURU HAJI HADI dan MAKKAU.

    ReplyDelete
  6. Hahaha.....semua naik takkan tambang tak naik malah gerai tepi jln juga naik. Gaji pa pun akan naik minyak naik semua naik malah bas dilengkapi asas yg kukuh selesa selamat dll, ini juga memerlukan kos yg tinggi jadi tiada apa nak dipertikalkan harga naik 10% . Byk ramai akan guna walaupun saudara kata mahal, guna basikal balik kampung raya jimat!!"

    ReplyDelete
  7. Yahoooo, mahsyukkkk lagi, kena tak naik je 47%

    ReplyDelete
  8. Jangan bising bising lah komen macam macam. Terima sajalah apa kera jaan BN umnuu nak buat. Lagipun sapa boleh sekat. Rakyat??? Bodoh hampir kesemuanyer. Dah 13 kali PRU BN jugak dipangkahnya. Tak ker bodo tu? Tapi dia orang tanya balik kalau tak pangkah BN nak pangkah sapa? Pembangkang pun bukan boleh harap sangatpun baru pegang 3 negeri, kecoh mcm bela babi sekandang. Rakyat malausial kena trima sajalah nasib korang sbb x lama lagi semuanya melungkop.

    ReplyDelete