Sunday, 5 July 2015
NASIHAT MUFTI PERLIS ISU ROSMAH DIBERI LAYANAN ISTIMEWA DIPAKAIKAN KASUT.
Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menasihati rakyat Malaysia supaya bersangka baik dalam insiden membabitkan layanan istimewa diterima isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor dipakaikan kasut, seperti dirakamkan dalam klip video yang dikongsi di media sosial.
Asri berkata bukan perkara ganjil jika seorang "berusia lagi gempal" meminta orang lain menolong memakai kasut untuknya.
"Bagi saya, jika seorang yang berusia lagi gempal meminta orang lain tolong mengenakan kasutnya, itu tidaklah ganjil. Apatah lagi jika tempat berkenaan tiada kerusi membolehkan beliau duduk," katanya dalam laman Facebooknya hari ini.
Asri menyifatkan cemuhan berlebihan rakyat Malaysia yang tidak bersangka baik dengan insiden itu, sehingga melabelkan isteri perdana menteri dengan perkataan kurang enak, sebagai perbuatan tidak wajar dan biadab.
"Apa yang penting si pembantu sudi membantu. Hulurkan simpati. Janganlah kita kata 'terlebih manja', ataupun 'kalau tidak mampu pakai kasut, jangan pakai' atau seumpamanya. Itu tidak wajar dan tiada simpati. Mungkin juga biadab," katanya.
Tetapi Asri berkata reaksi sama diharapkan daripada kerajaan supaya bersimpati dengan rakyat yang semakin terbeban dengan kenaikan kos sara hidup.
Beliau menegur kerajaan supaya tidak mengeluarkan kenyataan yang mengundang kemarahan, sebaliknya melakukan sesuatu mengurangkan beban dan masalah ditanggung rakyat.
"Demikianlah juga keadaan rakyat. Jika rakyat tidak mampu dengan tekanan belanja seharian, kerajaan wajarlah hulur simpati. Kenaikan harga barang, GST, kehilangan itu dan ini menjadikan rakyat tertekan dan perlu diselamatkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
Sultan Brunei, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sult...
Nak simpati kat rakyat.......????????????????
ReplyDeleteBila masa pulak kera jaan BN nak simpati kat rakyat.
1 silap plg besar kerajaan selama ni sejak zaman mahathir....bukan gst, bukan hal lain...tapi menjadikan sekumpulan kecil manusia jadi kaya raya (billionaire) hasil monopoli & hubungan dgn kerajaan. Robert kuok, lim goh tong, ananda krishnan, syed mokhtar...dll. Mana mungkin diorang kaya raya tanpa 2 faktor tersebut. Saban tahun bertambah kaya..semua sektor utama mereka kuasai. Duit mereka utk kesenangan mereka..ekonomi malaysia teruk, ada mereka peduli? Takkan rakyat nak harapkan kerajaan 100%? Mahathirlah punca segala2nya..
ReplyDeleteYang pelik tu....dah tahu tak larat.....jangan pakai kasut tumit tinggi......awak dah pendek pakailah kasut pakai sorong.....tak lah menyusahkan orang lain....
ReplyDeleteSprm kena telus....hapuskan rasuah...
ReplyDeleteIn shaa Allah negara maju...
Kalau dah benci..duduk,bangun, tido, makan semuanya salah.
ReplyDeleteJangan cemuh rosmah kerana dipakaikan kasut. Orang berbadan besar dan berumur selalunya ada masalah lutut. Kerana marahkan umno/bn jgn isukan masalah kesihatan. Perkauman dan perangai mengaut wang negara oleh sekumpulan kecil geng bn dah mula dari zaman mahathir lagi, sekarang makin menjadi-jadi. Ya ALLAH selamatkan negara tercinta ini.
ReplyDelete