Wednesday 19 November 2014

INILAH WAJAH-WAJAH PEGUAM UMNO YANG MAU MEWUJUDKAN UNIT PERUNDANGAN UMNO ATAU RAKAN SEBENAR UMNO UNTUK SAINGI MAJLIS PEGUAM MALAYSIA.



Unit Perundangan Umno atau 'Rakan Sebenar Umno' bakal menjadi platform alternatif kepada majoriti senyap pengamal undang-undang di dalam negara ini untuk mengeluarkan pendapat mereka.
  
Koordinatornya, Datuk Razali Ibrahim berkata kumpulan itu yang ditubuhkan dua minggu lepas di bawah Biro Perundangan dan Perlembagaan Umno bertujuan mengimbangi pendirian yang dibuat oleh Majlis Peguam.

Razali yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno berkata hakikatnya hanya 3,000 daripada 15,000 anggota Majlis Peguam hadir pada hampir setiap pemilihan majlis itu yang menggambarkan jumlah sokongan yang diterimanya.

"Saya fikir untuk dihormati oleh orang lain kami perlu menunjukkan pertamanya kami memiliki amalan yang terbaik tetapi malangnya gambaran pada hari ini mereka seolah-olah mempunyai sokongan majoriti anggota.  Mereka menggambarkan bahawa mereka adalah sempurna tetapi selalu memandang rendah kepada sistem di dalam negara.
  
"Ini mengakibatkan orang awam keliru.  Jadi, apa yang saya cuba lakukan di sini ialah memperbetulkan satu daripada pandangan yang silap itu, " katanya kepada media selepas menghadiri perhimpunan kumpulan itu di ibunegara malam tadi.
 
Timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata kumpulan berkenaan yang terbuka keanggotaannya kepada semua pengamal dan pelajar undang-undang menyasarkan keanggotaan sebanyak 5,000 orang dalam masa terdekat.

Razali berkata kumpulan itu akan menganjurkan program umpama karnival pada tahun hadapan termasuk pameran, dialog akademik dan ceramah.


ULASAN OMAK KAU:-

Suatu lagi projek syok sendiri .. projek ampu bodek dan enggan terima realiti ... projek yang mau diri di puji melangit setiap hari.

Langsung tidak nampak apakah faedah dan kesan dari menarik sokongan rakyat yang bergelar peguam ini.

Mereka adalah golongan profesional dan terpelajar, tapi cara UMNO kendalikan kelompok ini macam warga Felda yang tidak terdedah kepada maklumat serta tidak mempunyai ilmu untuk berfikir dan membuat penilaian.

Kalau sudah dikatakan mampu menarik dan memikat para peguam Melayu berjumlah 5,000 orang kenapa tidak kerahkan mereka gulingkan para pemegang jawatan dalam Majlis Peguam Malaysia semasa pemilihan nanti yang dikatakan ditentukan sekadar 3,000 peguam sahaja???

Kalau setakat berkokok dan menyalak tanpa memberi impak dan kesan serta tidak membawa keuntungan kepada UMNO dari segi sokongan politik maka tidak syak lagi projek bercita-cita ala-ala Mat Jenin ini akan masuk kedalam raga membuang masa menghabiskan bogheh.

12 comments:

  1. Inilah demokrasi. Seperti yang dimaukan dap.
    Sesiapa pun bebas memilih atau mengampu atau ikut suka akulah.
    Ada aku kesah?

    ReplyDelete
  2. Kalau setakad lawyer Dari Uitm Uia Ukm Uum tak hairanla.kualiti cap Ayam!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku pernah melantik seorang peguam ( yg diperkenalkan ) bagi mengendalikan kes civil di mahkamah. Pada mesyuarat ke2
      dengan peguam ni, dia memberi aku salinan dokumen2 yg akan
      dikemukakan kemahkamah. Cara dia bercakap aku sudah rasa tak sedap hati tapi yg lebih mengecewakan aku apabila aku terpaksa perbetulkan hampir setiap baris nahu bahasa inggerisnya yang sangat janggal bagi seorang bertaraf peguam. Dalam perbualan selingan kami aku dapat menangkap kecenderungan arah politiknya. Aku x tahu macam mana
      dia lulus peperiksaannya. Akhirnya
      aku terpaksa tukar peguam sebab dia lebih bijak berbicara pasal partinya dari kerjaya perundangan. Loyar cap ayam.

      Delete
  3. Bagus juga seperti selama ini di sarankan. Terutama nya golongan professional muda yang boleh menggerakkan kesatuan dan minda sebagai badan pendesak berwibawa.

    Selama gabungan bukan melayu majlis peguam tidak sealiran kerajaan malah begitu tegar dalam acuan pembangkang yang akhir nya memberi impak negatif kepada negara.

    Semoga mereka semua menjadi contoh terbaik atau skurang-kurang nya bersikap realistik dalam keadaan serba mencabar sekarang. Jadi, omakkau usah perlekehkan dulu kehadhiran mereka. Umno mesti berubah bukan di ubah oleh Rafizi yang selalu syok sendiri juga...he..he..

    ReplyDelete
  4. Saya harap peguam2 ini akan menjadi mersa bumiputra.

    ReplyDelete
  5. rocky the great brown unused dick says: tak salah wa dulu-dulu pon ada satu unit yang ditubuhkan zaman Tun Dr M oley Tuan Lawyer Ibrahem Ali QC (masa dilantik ke cabinet kali kedua) mane pegi sume manusia2 tuh? Patot si Razali ni kene mintak Brahem Ali jadi Pengerusi.. kui kui kui

    ReplyDelete
  6. agenda bahalol tak akan ke mana.... tengok saja lah.

    hot hot chicken shit.

    teringat pulak TukarTiub Hajji Isham TT

    ReplyDelete
  7. Tak termasuk anaks aku!!

    ReplyDelete
  8. Omak kau tolong jgn hina kami warga felda.

    ReplyDelete
  9. peguam pantat...

    ReplyDelete
  10. Aku harap peguam2 MCA pula tubuh Biro Perundangan dan Perlembagaan MCA bagi mengimbangi pendirian yg dibuat oleh Majlis Peguam dan Unit Perundangan Umno. Pastu peguam2 MIC seharusnya mengambil langkah yg sama bagi mengimbangi pendirian yg di buat Majlis Peguam, Unit Perundangan Umno dan Unit Perundangan MCA. Pastu PAS pula....pastu Gerakan..

    ReplyDelete
  11. Ingat para lawyer yang banyak menipu umno, dulu mereka pandai cakap, masuk politik, terus jadi MP dan angkat jadi menteri tapi malang mereka ini lah pelingkup harta negara.Lijhat sekarang jenis ini banyak, jadi macammana rasuah nak habis.. Modal nya senang cuma cakap hidup Melayu tapi di belakang sapu semua tanah , saham dan hak kita. Dah tahu undang undang kita memang hancai bocai di sebabkan campor tangan pemerintah atasan yang memang di akui kaki rasuah jadi tak heran buat apa lah lawyer bersatu.Ingat hanya undang undang ALLAH yang bertul betul adil tak usah ikut penjajah

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...