Friday 14 November 2014

RAJA BOMOH 1M'SIA DIKATAKAN BELASAH PEMBANTU RUMAHNYA WARGA INDONESIA SAMPAI CEDERA PARAH .. KES INI MENDAPAT LIPUTAN MELUAS DI INDONESIA.


Difahamkan, Menik terpaksa menerima jahitan sepanjang 30 sentimeter, selain daya ingatannya turut terjejas dan semakin merosot.

Seorang pembantu rumah warga Indonesia bertindak melarikan diri daripada majikannya dan pulang ke kampung halaman di Kota Bondowoso, Jawa Timur, Indonesia pada 4 November lalu, selepas dipercayai tidak tahan didera sejak lebih setahun lalu.

Memetik laporan portal rri.co.id, anak perempuan mangsa, Alfa Nurismayanti mendakwa ibunya, Menik Fitriyanti, 47 tahun, sering dipukul majikannya, Datuk Ibrahim Mat Zin atau lebih dikenali sebagai ‘Raja Bomoh’, sehingga menyebabkan dia mengalami kecederaan teruk di kepala.

Menurutnya, akibat kecederaan itu, ibunya terpaksa menerima jahitan sepanjang 30 sentimeter, selain daya ingatannya turut terjejas dan semakin merosot.

Jelas Alfa, kali terakhir dia menghubungi ibunya kira-kira setahun lalu, Menik memberitahu, dia tidak mahu bekerja di Malaysia lagi dan ingin pulang ke kampung halaman, tetapi dihalang majikannya.

“Pada jam tiga petang hari berkenaan, tanpa disedari, ibu pulang secara tiba-tiba dan berada di tanah perkuburan ayah, di belakang rumah kami.

“Namun begitu, ibu tidak mahu bercakap dan sehingga hari ini, kami sekeluarga tidak mengetahui bagaimana dia boleh pulang ke rumah,” katanya.

Tambah Alfa lagi, selain bekas jahitan di kepala ibunya, terdapat juga kesan luka di leher, perut serta kaki mangsa.

Jelasnya, ibunya juga masih dalam keadaan trauma.

Disebabkan ibunya bekerja di Malaysia secara tidak sah, maka pihak keluarganya tidak mengharapkan bantuan daripada pihak berkuasa.

“Apa yang penting ketika ini adalah untuk memberi tumpuan bagi merawat dan menyembuhkan kecederaan yang dialami ibu,” katanya.

Sementara itu, sebuah stesen televisyen Indonesia juga melaporkan, pihak berkuasa Indonesia akan tetap memberi perhatian terhadap isu penderaan ini.

Pautan: https://www.facebook.com/video.php?v=797143577010591&set=vb.530013357056949&type=2&theater

16 comments:

  1. Binatang punya bomoh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jgn hina binatang encek-binatang tak buat keje mcmni-binatang tak sama mcm raja bomoh encek-binatang lagi bgus dari raja bomoh-binatang lagi mulia encek-raja bomoh tensen buah kelapa muda habis stok-tu yg mengamuk

      Delete
    2. Berkawan dengan iblis....perangai kau macam iblis la.Hanya Melayu yang pemalas dan bodoh yang masih percaya dengan janji Iblis dan sekutu2nya.
      Tidak yang berkuasa melainkan Allah...tidak bergerak sebutir pasir di lautan yang dalam kecuali dengan izin Allah

      Delete
  2. Mampuh mu raja bomoh...bomoh iblis.bomoh santau

    ReplyDelete
  3. Bomoh tu agaknye dh dirasuk oleh semangat mike Tyson tu .....kihkihkih

    ReplyDelete
  4. Kuasa dia disokong olih penaja slogan 1 Malaysia. Jadi buatlh 1 malaysia malu.

    ReplyDelete
  5. dok tampar buaya kt org yg lemah buat apa, khairy dok relax je, tk ghaib pun.

    kerajaan malaysia patut hantar bomoh ni ke palestin atau syria, dia sana byk kerja menyerang musuh islam diperlukan.

    sumpah takkan berani punya, jenis bomoh dunia hidup atas kebomohan, sapa bg duit lebih dialah boss.

    jgn smapai indon balas dendam nnti, aku tknak tolong

    ReplyDelete
  6. Nanti dulu, biarlah pihak berwajib siasat dulu... Walau sebenci mana pun kamu kpd Tok Bomoh tu, janganlah menghukum dulu tanpa usul periksa.. Sabar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju, berite x sohih ni, sabar dulu biar polis siasat...

      Delete
  7. Nak tomoi dengan perempuan , Tomoilah sama babi jantan ,tengok siapa tomoi siapa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mne boleh kaki babi pendek mana boleh tendang .... hihihi

      Delete
  8. Biarlah pihak indon pulak balas santau bagi jadi buaya..

    ReplyDelete
  9. Kes ni dpt liputan meluas di indon, di msia x dengar ape2 pun ... ni yg sangsi ni ...

    ReplyDelete
  10. Biasala orang ameno!!!!

    ReplyDelete
  11. Hahaha....
    Siapa bagi pangkat raja bomoh pada manusia ini????
    Dalam islam digalakkan ke bomoh yg syirik ini????
    Maka sebab itulah nak kata diri islam tetapi berkawan syaitan dan iblis, masih nak agongkan diri dgn iislam bukan ke bodoh sesiapa yg mempercayai syaitan berwajahkan manusia.

    ReplyDelete
  12. Bomoh temberang tu .... kihkihkih

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...