Friday 14 November 2014

MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR (MAIS) DAN JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR (JAIS) PULANGKAN SEMULA BIBLE VERSI MELAYU KEPADA PERSATUAN BIBLE MALAYSIA (PBM)



Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) hari ini memulangkan semula Bible versi bahasa Melayu kepada Persatuan Bible Malaysia (PBM).

Serahan itu turut disaksikan DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, Mufti Selangor , Datuk Mohd Tamyez Abdul Wahid dan Pengarah JAIS, Pengarah Jais, Ahmad Zaharin Mohd Saad.

Sebelum ini, Mohamed Azmin memaklumkan akan merujuk kepada Sultan Selangor, bagi memohon perkenan usaha untuk menyelesaikan isu pengambilan Bible dalam Bahasa Melayu dan Iban yang mengandungi kalimah Allah.

Malah katanya, beliau turut mengadakan perbincangan bagi mendapatkan pandangan daripada Jais dan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) supaya ia dapat ditangani secara harmoni dan baik.

Terdahulu, mantan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim turut menggunakan pendekatan sama dalam menyelesaikan isu ini tetapi belum mencapai sebarang kata putus.

Pada Januari lalu, JAIS mengambil lebih 300 kitab Injil berbahasa Melayu dan Iban dari pejabat Pertubuhan Bible Malaysia (PBM) di Damansara.

JAIS berkata, tindakan itu dibuat mengikut Enakmen Agama Bukan Islam 1988 (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) dengan menghalang orang bukan Islam di Selangor menggunakan perkataan kalimah Allah.


ULASAN OMAK KAU:-
Tahniah kepada Azmin "Jokowi" Ali kerana mengaplikasi pendekatan yang diguna pakai oleh TSKI...  suatu langkah dan tindakan yang bijak diambil oleh Azmin .. Salut dan tabik spring melantun.

Bolehlah dikatakan ditanam dan disemai oleh TSKI maka Azmin sekadar menuai hasilnya sahaja.

Pemimpin akan kelihatan bijak jika mengguna pakai tindakan pemimpin yang lebih bijak.

4 comments:

  1. La..kata azmin nak selesaikan sendiri dgn cara tersendiri?

    ReplyDelete
  2. Kalau bawa terjemahan Al-Quran versi bahasa inggeris ke negara kristian lalu dirampas oleh pihak berkuasa di sana kerana didakwa ia boleh menggugat anutan agama kristian, apa dapat anda rasakan, oren???

    ReplyDelete
  3. Bugimak lu Ajemin

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...