Monday 17 November 2014

ADAKAH SEMENJAK MAHKAMAH RAYUAN MEMUTUSKAN TIDAK MENJADI KESALAHAN LELAKI BERPAKAIAN WANITA MAKA AZWAN ALI SUDAH MULAI BERHIJAB?????


Amboi .. amboi .. amboi .. dah berhijab rupanya kau ya?????? ... Sejukkkkk mata memandang ... kalaulah abang kandungnya tau, mesti dia berasa bangga sakan ni????? .. Siap pakai lipstick lagi youuuu... Kau ada?????

PUTRAJAYA, 7 Nov (Bernama) -- Mahkamah Rayuan, dalam satu keputusan penting, hari ini mengisytiharkan sebagai tidak sah ketetapan Undang-Undang Syariah Negeri Sembilan bahawa lelaki Islam berpakaian seperti wanita adalah perbuatan jenayah.

Panel tiga hakim dipengerusikan Hakim Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus, memutuskan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 adalah tidak sah di sisi perlembagaan kerana ia mendiskriminasi lelaki Islam yang menghidapi keadaan dikenali masalah identiti gender (GID) dari segi perubatan.

Beliau berkata keinginan untuk berpakaian seperti wanita dan diiktiraf sebagai seorang wanita dikenal pasti sebagai sebahagian masalah dari segi perubatan dan tiada rawatan farmakologi atau terapi psikologi yang telah dibuktikan secara saintifik bagi mengatasi masalah seperti itu.

Hakim Hishamudin berkata penghidap GID akan terus hidup dalam keadaan tidak pasti, sengsara dan rasa malu sekiranya Seksyen 66 masih dikuatkuasakan, dan menurutnya ketetapan itu telah mewujudkan keadaan tidak selamat dan terdedah kepada penghinaan dalam kehidupan lelaki Islam yang menghidap GID.

"Undang-undang sedia ada menghukum golongan transeksual yang mempamerkan gender mereka, mencemarkan maruah dan nilai individu yang menghidap GID dalam masyarakat kita. Seksyen 66 secara langusng menjejaskan hak mereka untuk hidup secara bermaruah seperti dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan sekiranya nilai mereka sebagai anggota masyarakat diketepikan," katanya.

Hakim Hishamudin berkata Seksyen 66 Enakmen Negeri Sembilan, yang menghukum lelaki Islam berpakaian atau berkelakuan seperti wanita di tempat awam, tidak memberi pengecualian kepada penghidap GID tetapi meminggirkan mereka (penghidap GID) dan secara tidak adil membolehkan mereka diambil tindakan undang-undang.

Situasi adalah berbeza bagi lelaki Islam yang menghidap GID berbanding dengan lelaki Islam normal, katanya dan menurutnya berikutan perbezaan itu, mereka tidak wajar dilayani sama seperti lelaki Islam normal.

Panel itu yang turut dianggotai Hakim Datuk Aziah Ali dan Hakim Datuk Lim Yee Lan, sebulat suara membenarkan rayuan dikemukakan tiga jurumekap pengantin, Muhamad Juzaili Mohamad Khamis, 26, Syukor Jani, 28, dan Wan Fairol Wan Ismail, 30, untuk mengisytiharkan Seksyen 66 adalah tidak sah di sisi perlembagaan dan undang-undang tidak sah.

Mahkamah membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonan semakan kehakiman difailkan ketiga-tiga lelaki Islam itu bagi diisytiharkan Seksyen 66 adalah tidak sah di sisi perlembagaan.

Mereka mendakwa Seksyen 66 tidak terpakai terhadap mereka yang merupakan penghidap GID dan mereka telah menyerahkan laporan perubatan daripada Hospital Kuala Lumpur yang mengesahkan mereka menghidap masalah itu iaitu mereka mempunyai kecenderungan untuk berpakaian seperti wanita kerana mereka berpendapat naluri dan identiti mereka sebenarnya adalah wanita.

Hakim Hishamudin berkata Seksyen 66 menafikan hak penghidap GID terhadap kebebasan bergerak kerana mereka tidak boleh keluar daripada rumah mereka dan bergerak bebas di Negeri Sembilan tanpa terdedah kepada risiko ditahan dan dihukum mengikut seksyen itu.

Beliau berkata seksyen itu juga menjejaskan hak penghidap GID terhadap kebebasan bersuara kerana mereka dilarang memakai pakaian dan jenis pakaian pilihan mereka.

Hakim Hishamudin berkata penghakiman Mahkamah Tinggi bahawa golongan transeksual yang memakai pakaian wanita terdorong untuk manjalin hubungan homoseksual, yang menjadi punca HIV, adalah tidak disokong dan dibuktikan dan hanya berdasarkan pandangan peribadi dan prejudis.

Beliau berkata alasan hakim Mahkamah Tinggi itu adalah amat tidak adil kepada perayu dan lelaki Islam lain yang menghidap GID, dan menurutnya kes itu tidak ada kaitan langsung dengan homoseksual dan kes itu semata-mata tentang lelaki Islam yang menghidap GID.

Katanya mahkamah juga tidak bersetuju dengan hujahan Penasihat Undang-Undang Negeri Sembilan Iskandar Ali Dewa yang berkata ketiga-tiga perayu menghidap masalah mental.

"Ini tidak masuk akal dan satu penghinaan untuk mencadangkan bahawa perayu-perayu dan transgender yang lain adalah individu yang menghidap masalah mental," katanya.

Hakim Hishamudin berkata hujahan Aston Paiva, peguam yang mewakili ketiga-tiga perayu adalah tepat apabila menyatakan kewujudan Perlembagaan Persekutuan membolehkan golongan minoriti mendapat pembelaan dan tidak menjadi mangsa diktator golongan majoriti.

-- BERNAMA

26 comments:

  1. Apa yang tak kena dengan blog ni? Dulu aku memang penyokong tegar blog ni. Tapi, sekarang bukan setakat batang tubuh Azmin Ali kau hentam, tapi dengan keluarga sekali kau heret sama? Apa ni? Takkan nak jadi duri dalam daging? Gunting dalam lipatan? Mungkin aku tak tahu atau tak nampak apa yang berlaku disebalik krisis dalaman PKR sampaikan TSKI disingkirkan. Jadi, sebagai orang yang boleh nampak/rasa, OmakKau patut tunjukkan pada yang lain. Hebahkan mana yang tersirat dan tersurat. Bila kau buat perkara macam ni, mentaliti kau menyerang Azman Ali nampak seolah-olah ada dendam tersendiri. Tolonglah, jadi balik blog yang sampaikan maklumat yg berguna. Blog yang membuatkan semangat anak muda membara-bara. Tapi, ini blog kau. Kau yang corakkan. Mungkin ada yang bakal kata, tak suka tak perlu tengok. Tapi, salah ke kalau aku nak nasihatkan kita yang dari kem yang sama, punyai tujuan yang sama untuk menjatuhkan rejim Be End yang zalim dan tiris? Tepuk dada tanya iman. Salam Perjuangan! Salam Reformasi!

    #IniKalilah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam reformasi??? Haa perjuangan bodoh la mangkuk oii!;

      Delete
    2. Kau nak bodohkan orang, kau bijak sangat? Ahmad Maslan yang CGPA 3.8 pon tahap Menteri Bodoh. Eh!

      Delete
    3. Betul..aku sokong ko anon 23.23..omak kau ni over sgt lah..ntah pape je omak kau skang ni..makin lama makin pelik..

      -mat mongol-

      Delete
    4. anon 2.08 adalah terlebih mangkok taik

      Delete
    5. Sekarang dalam PKR ada Omak kau yang dah jadi ejen UMNO dan dalam Pas ada Manjung Mari.mereka ni suka mencipta fitnah.tunggulah akan terkena batang hidung sendiri baru tersedar.Oarang nasihat tak mahu dengar,jangan terlalu berdendam dengan Azmin kerana taksub pada Khalid Ibrahim.

      Delete
    6. Perkara utama tajuk artikel dan keterangan tidak di bahas. Terus hentam omakkau yang membicarakan tindakan azwan dari segi pandangan Islam, perlakuan di sengajakan dan impak nya secara menyeluruh kepada jenis nya dan kepada masyarakat.

      Akal itu dua jenis. Baik atau jahat. Semua nya dari nafsu yang mesti di bendung dengan akidah dan keimanan. Pilihan anda semua jua...

      Delete
  2. Opahkau, x baik simpan dendam kesumat keatas Azmin hingga melarat ke keluarga pula. Dendam boleh menyebabkan sembelit dan hilang tumpuan. Lagi pulak dendam akan buat muka pendendam kusam dan nampak lebih tua dari usia.

    ReplyDelete
  3. Memang Azwan Ali ini salah kerana pakai macam perempuan, dan dilaknat oleh Allah berterusan jika tidak berubah, tapi bila Omakkau gunakan isu Azwan Ali ini untuk menyerang Azmin atau bencikan Azmin, aku tak setuju.

    ReplyDelete
  4. Udah2 la tu OmakKau...

    ReplyDelete
  5. Ngape la dendam bebenor, teman pun x faham yob

    ReplyDelete
  6. Anti sayur Cameroon highland Dan law at cemeroon highland makanlah kangkong Dan pucuk ubi selamatkan umat

    ReplyDelete
  7. Org siam..perut hijau....kata org kedah...tak boleh pakai..buat kwn jgn harap...lps keling..geng2 siam ni la yg tak blh harap..AA siasat kes 2.6 juta..

    ReplyDelete
  8. Heyyy...Omakkau, 1Malaysia dah tau yg Azwan Ali tu 2 alam tak payah nak ditonjol2kan lagi. Niat kau tu tak lain nak mengaibkan Azmin aja.

    ReplyDelete
  9. Omako ni mmg sial..

    ReplyDelete
  10. omakkau marah sbb kahldi tak masukkan pampasan dia dlm rm2.6juta tu. dia yg marah sangat kat azming....

    ReplyDelete
  11. Cuba Oamk kau baca semua komen pembaca blog kau.memang ini blog kau.kau bolih tulis apa juga tapi bagi pembaca ada untuk membaca dan menasihati kau dan memperthankan hinaan yang kau selalu tulis pada Azmin.sedarlah diri tu.jangan terlajak nanti makan diri.INGAT doa orang yang menyampah pada kau akan terjadi

    ReplyDelete
  12. Tahniah omak kau...mulai ari ni ako serahkan pada omak kau utk tugasan selanjutnya...kerja ako dah mudah...omak ko teruskan belasah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ha ha jangan disentuh pkr,pkr semuanya baik dan bagus,bila disentuh sja mengamoklh puak2 gila pkr nih yg mesti dihentam pas dan hj hadi je,yg lain dlm pkr bersih belaka termasok ketua yg nk lantik bini jd mb otak apa lh biol sangat niih

      Delete
  13. Ayunya Adik Menteri Besar Selangor Berhijab.

    ReplyDelete
  14. Deuteronomy 22:5 - A woman must not wear men's clothing, nor a man wear women's clothing, for the Lord of God detest anyone who does this" (New International Version Bible page 296).

    Ayat ini telah diterjemahkan seperti berikut:

    Ulangan 22:5 - Orang perempuan tak boleh berpakaian seperti laki-laki dan orang laki-laki tidak boleh berpakaian seperti perempuan, sebab orang yang berbuat begitu dibenci Tuhan..." (Al-kitab mukasurat 267).

    ReplyDelete
  15. UMNO KINI SELAMANYA18 November 2014 at 12:04

    Untuk mencegah daripada berlaku banyak fitnah baik ci azwan tu berlaki cepat kalau mengandung pun orang dah tak kisah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mengandung taik.

      Delete
    2. mengandong ??????????
      Azwan nak termengandong ????????
      macamana ni ???????
      Azwan ada jabik ke
      Azwan kan orang Batang Berjuntai

      Delete
  16. orang gaji rosmah18 November 2014 at 15:04

    Aku pn dh lma x in blog ni.penulis blog ni mcm kena rasuk iblis.merapu ntah ape2.

    ReplyDelete
  17. yang kena rasuk iblis kau bukan penulis blog ni...yang memalukan Azmin adik dia sendiri bukan penulis blog ni...

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...