Monday 24 November 2014

BELANJAWAN SELANGOR 2015 ... SEMUA ADUN UMNO/BN DIBERI PERUNTUKAN RM200,000 SETIAP SEORANG, TETAPI TSKI SATU SEN PUN TAK DAPAT!!!



Azmin Ali semasa membentangkan Belanjawan 2015 bertemakan  PEMBANGUNAN BERKUALITI RAKYAT DIPEDULI mengumumkan peruntukkan RM200,000 setahun bagi semua 13 ADUN bukan PR, iaitu 12 wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dan seorang Bebas.

Bagaimanapun, Azmin berkata ADUN Pelabuhan Klang, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak akan menerima peruntukan berkenaan.

“Sebaliknya Penyelaras bagi kerusi DUN itu akan menerima peruntukan itu,” katanya tanpa mengulas lanjut.

Pergh!!! Baru tadi Omak Kau memuji melangit Dato' Menteri Besar YAB Azmin Ali sebagai pemimpin berjiwa besar datang ke kerusi TSKI hulurkan salam persahabatan dan ukhwah .. rupa-rupanya di ibaratkan tangan kanan hulur ranting zaitun tangan kiri rodok perut sampai terburai usus.

Apakah Azmin Ali mau mengamalkan politik dendam kesumat? .. Beritahu satu dunia Presiden Jokowi adalah inspirasi ikutan tetapi politik dendam kesumat bukan pun amalan beliau.

Kini jelas TSKI dilayan lebih buruk dan teruk dari ADUN UMNO/BN .. sebagai mantan MB Selangor beliau menerima layanan cukup hina dari kerajaan Selangor yang dipimpin Azmin Ali sehinggakan peruntukan kepada DUN Pelabuhan Klang diberikan kepada Penyelaras DUN.

Omak Kau dari dulu berkata dan bersuara dari lubuk hati yang jujur betapa jika Kak Wan atau DSAI yang menjadi MB Selangor, gejala buruk yang mencalar imej dan integriti parti ini tidak mungkin akan terjadi.

Pandangan Omak mudah ... Ikut hukum akal logik ... jika ini boleh diperlakukan keatas bekas Menteri Besar Selangor selama lebih 6 tahun, apa jaminan tidak dilakukan keatas anggota parti biasa maupun sekadar memegang jawatan Ketua Cabang tetapi tidak mencurahkan sokongan semasa pemilihan 2014 yang lalu.  As Simple As That.

Oleh itu jangan mudah terpesona, terpukau, tersilau, kagum dan kaget dengan adegan hulur tangan dalam dewan tadi.

Slogan yang bunyi hebat berdentum jika tidak disusuli dengan tindakan murni dan ikhlas tidak membawa apa makna.

Mohon respon dari pihak berkenaan demi pencerahan dan kebenaran.


KEBENARAN ITU PAHIT .. KEADILAN ITU PERIT ... PERJUANGAN ITU SAKIT... RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH .. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH SERTA AMALKAN POLITIK DENDAM KESUMAT AKAN DI TOLAK.

25 comments:

  1. Skrg apa ko bleh buat wahai Khalid? Menung la ko sorg2.
    Dari dulu lagi ..lawan sdr azmin buruk padahnya.

    Keadilan raya utk semua!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ale Uto la TSKI dan Omak Ko, buat muka sedih pulak.... RM200K tak dpt bising setaman tapi RM2.6 juta dikebas diam pulak. Memang betul la, MAJORITI JANDA mesti ketagih BATANG....Aci bet la...

      Delete
    2. Mak lu janda berahi ajak aku main jubo..sekali lagi ko tulis bahasa lucah terhadap omakkau. .aku pecahkan muka kau! !

      Delete
    3. Berani sgt esok jam 9 pagi kita berdebat depan Pusat Khidmat Dun Bukit Antarabangsa, ada berani? Hahaha tahu kecuttttttt......

      Delete
  2. 2.[34]
    Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: “Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam”. Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; ia enggan dan takbur, dan menjadilah ia dari golongan yang kafir.

    AL QURAN

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa hal ni bro..

      Delete
    2. Dia anon 20:16 nak cerita bahawa rumusan dari ayat AL Quraan tersebut, seseorang boleh termasuk dalam golongan kafir sekiranya enggan patuh serta dalam waktu yang sama mempertikaikan perintah Allah..atau dengan kata lain kafir bukan setakat tidak percaya pada rukun imam semata mata..tidak percaya kepada kewujudan iblis serta syaitan juga boleh menyebabkan kafir..kalau TSKI enggan serta mempertikaikan arahan tuan besar PKR maka ini digelar kufur politik aje bukan kufur akidah kerana tuh dia tak dapat peruntukan keh keh keh

      Delete
  3. kalau macam tu PKR dgn umno tak de beza. Politik balas dendam. Penyelaras dun bukan wakil rakyat. kutuk BN bagi wang ikhsan tak melalui kjaan negeri, kamu pun sama. kalau pkr kalah semua kerusi pru depan aku tak terkilan.
    ahli DAP penyokong Pas

    ReplyDelete
  4. Aku dah kata dah...Azmin ni keturunan dia macam puaka...memang berbaloi kebencian aku selama ni terhadap dia termasuk macai macai dia sekali...perangai sebiji macam gampang UMNO.keturunan Ali Klang Gate sanggup Buang anak Buang adik beradik!

    ReplyDelete
  5. 20:09 .Keadilan raya bapak kau.Keadilan Raya ke Hantu Raya...Harapan cerah untuk Azmin Jadi MB paling singkat! yeeessss!!

    ReplyDelete
  6. Anwar dah dapat baca perangai Azmin dari awal...itu sebab dia tak nak hantar nama calon mb.Darah Dehaka mengalir kencang dalam tubuh Azmin adik beradik...InsyaAllah PRU 14 MB pintu belakang ini akan dapat pengajaran.

    ReplyDelete
  7. dah abis baca bajet selangor 2015?. Dah dengar statement pasal peruntukan utk wakil rakyat?....belum?. gi dengar dulu.

    ReplyDelete
  8. "Setiap ADUN BN akan dapat RM200,000 setahun iaitu bersamaan RM2.4 juta untuk BN," kata Azmin

    Ketika ditanya adakah peruntukkan itu turut diberi kepada ADUN Pelabuhan Klang Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (atas), Azmin hanya menjawab:

    "Dia penyelaras DUN. Kita bagi. Sekarang kita pun ada penyelaras parlimen, kita juga bagi," katanya lagi.

    Omakkau.. hati kena bersih baru boleh dengar, baca, tengok betul.. apa kau cakap, lebih kentut dari taik... cam kau jer..

    ReplyDelete
  9. Inilah susahnya .. yang dimaksudkan oleh Azmin Ali diberikan kepada Penyelaras DUN Pelabuhan Klang ialah Penyelaras DUN yang diiktiraf Pakatan Rakyat bukannya penyelaras DUN yang dilantik TSKI .. beerti kesemua peruntukan itu disalurkan kepada penyelaras DUN lantikan PR ceritanya pendokong kaudu Azmin bekas orang kuat AMK Selangor yang kini Ahli Majlis Perbandaran Klang... Kalau tidak tahu fakta jangan buka mulut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alangkan Hadi yang menjadi presiden parti PAS boleh keluarkan kenyataan... Ikut suka dia apa yang dia nak buat..... Apatah lagi wakil rakyat bebas adalah wakil rakyat yang bertuankan diri sendiri.... Sendiri mahu ingat lah.

      Dulu orang nasihatkan jangan lawan parti sendiri.... Degil, kurang ajar.... Sekarang terimalah akibatnya.

      Padan muka...

      Delete
  10. Tahniah azmin .... macam tu la jadi mb....musuh abis dibinasakan....baru anok jantan...binasakan sekali semua prncacai TSKI dan semua yg sempati...sekiranya anwar pun perlu dikorbankan demi keadilan raya maka perlu dilaksanakan jua...tidak terkecuali nurul ...rafizi..dan pudin muka bulan....

    ReplyDelete
  11. Kalau begitulah perangai dia, dia memang tak layak jadi MB. Saperti publisiti murahan dia, dia hanya layak mencuci parit dan longkang saja.

    ReplyDelete
  12. buktikan bahawa azmin salah...asyik nak tuduh azmin. Kena ingat siapa yg dilantik. dia bukan Nya dendam..

    ReplyDelete
  13. Hamcurkan penghalang keadilan raya...anwar dan istana segambut perlu kekang....next pemilihan party azmin bakal president pkr....bard...isyam rais pondan tua juga dlm senarai utk dihancurkan

    ReplyDelete
  14. Begitulah kisahnya .....pemimpin munafik berdarah penderhaka...satu keluarga bermulut longkang berjiwa pendendam siapa tak kenal Umi Hafilda Ali Azwan Ali dan Azmin Ali...bermacaikan samseng taik kucing memang elok sangat perangai orang Singapura ni bila berkuasa di Negeri Selangor...hahaha ...ko memang tak layak jadi MB wahai anak pak ali ko hanya layak cuci longkang...tunjukkanlah perangai buruk mu lagi dan lagi ...maka peluang kamu jadi MB paljng singkat semakin cerah...

    ReplyDelete
  15. patut pun TKSI kluar dewan sebelum tamat waktunya.....
    semoga Allah bukakan hati dan mata setiap warga selangor kepada kebenaran

    ReplyDelete
  16. Azmin MB Celaka!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. TSKI tak celaka sgt sampai ruyup RM2.6 Juta... cinabeng betul...

      Delete
  17. Lihat je apa yang di buat dulu. Jangan lihat lagi apa yang dia cakap.

    Lu,lu.gua,gua....ta da lagi lo.

    Lu dapat, gua dapat woo.

    Apa gua dapat? Lu dapat ke? RM 2.6 juta wooo.

    ReplyDelete
  18. Tipikal politik malaysia....pesaing dalam parti yang sama di anggap musuh yang lebih teruk dari seteru politik dari parti lawan keh keh keh

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...