Tuesday, 4 November 2014

BERITA BAIK UNTUK PENDUDUK SELANGOR ... KALAU NAMPAK SAMPAH TIDAK DI KUTIP SILA TEKS KEPADA AZMIN "JOKOWI" ALI 012-2052020.




Nampak sampah belum kutip, ‘teks’ saya, kata MB S'gor

Menteri Besar Selangor Azmin Ali memberi masa tiga bulan kepada pihak berkuasa tempatan untuk membersihkan semua sampah-sarap di Selangor, khususnya di kawasan Petaling Jaya.

Malah, katanya, orang ramai boleh menghantar teks kepada nombor telefonnya jika mereka mendapati ada sampah yang belum dikutip.

Kepada seluruh rakyat Selangor, gunakanlah kesempatan dan peluang terbaik ini .. dia berjanji semasa jamuan makan malam kutip dana untuk DAP  di Petaling Jaya malam tadi.

Seperti biasa sempat lagi kutuk pentadbiran lama TSKI lagi.


Menteri Besar Selangor Azmin Ali memberi masa tiga bulan kepada semua pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk membersihkan semua sampah-sarap dalam kawasan di negeri itu.

Beliau juga memberi nombor telefonnya kepada residen dan meminta mereka menghantar mesej kepadanya jikalau menampak sampah belum dikutip.

"Saya telah arahkan semua PBT termasuklah MBPJ dan MBSJ, saya beri mereka tiga bulan, sehingga Disember 2014. Saya mahu semua sampah ini dikutip dan diselesaikan.

"Saya mahu PJ menjadi daerah yang paling bersih di negeri Selangor,” katanya semasa menghadiri majlis kutipan dana DAP di Petaling Jaya semalam.

Azmin berkata beliau sangat serius dengan masalah itu dan tidak mahu melihat longgokan sampah di mana-mana tempat termasuk di tepi jalan.

"Kalau kamu nampak ada sampah belum kutip, kamu ‘text’ saya. Ini nombor saya 012-2052020. Nombor ini tidak ada kaitan dengan wawasan 2020, nombor ini senang diingat.

"Kamu ‘text’ saya, saya serius tentang ini, saya tidak akan toleransi. Saya mahu semua PBT bersihkan setiap jalan, setiap tanah di kawasan kita,” tegasnya.

Walaupun lebih sebulan menjawat menteri besar, Azmin dikenali sebagai 'Jokowi' Malaysia apabila menumpukan program turun padang bertemu rakyat Selangor termasuk memeriksa longkang, lori sampah, turun ke padang sawah padi di Sekinchan dan melawat ke Pulau Ketam baru-baru ini.

Dalam ucapannya juga, Azmin yang juga MP Gombak menyifatkan dirinya sebagai "seorang yang mudah" dan akan menghabiskan 80 peratus masanya untuk turun padang.

"Saya ini mudah, saya turun ke bawah, saya hanya akan menggunakan 20 peratus masa saya di pejabat. (Dan) 80 peratus masa (lagi) saya akan turun padang berjumpa dengan mereka yang menderita,” katanya.

Isu rampasan Bible

Mengulas mengenai rampasan Bible berbahasa Melayu dan Iban, Azmin berkata beliau mengambil inisiatif untuk berbincang dengan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

"Saya akan merujuk perkara ini kepada sultan bagaimana (nak menyelesaikannya). Kitab ini bukan milik orang Islam, ia milik masyarakat Kristian yang harus kita hormat.

"Jadi kita sedang merangka satu formula dan saya cukup yakin kalau mereka faham Islam yang sebenar, Bible mesti dipulang kepada komuniti Kristian,” katanya.

Pentadbiran pro-perniagaan

Sementara itu, Azmin juga berkata pentadbiran baru di Selangor bersifat pentadbiran pro-perniagaan tetapi mesti bersandarkan prinsip ketelusan.

"Untuk memastikan pertumbuhan negeri, kita kena kerja dengan masyarakat perniagaan. Kita kena sediakan keadaan kondusif untuk komuniti perniagaan.

"Saya tak mahu banyak birokrasi, kita ada garis panduan jelas. Kalau kamu memenuhinya, saya pastikan kamu akan diluluskan serta-merta,” katanya.

Azmin turut berjanji, bajet Selangor yang akan dibentangkan pada 24 November akan mengurangkan perbelanjaan operasi dan meningkatkan perbelanjaan pembangunan.

Katanya, ia termasuklah mengurangkan gaji menteri besar, exco, speaker dan timbalan speaker dewan undangan negeri.

8 comments:

  1. Terima kasih Omakkau..... kerana bersusah payah mewar-warkan berita ini. Semuga rakyat Selangor akan lebih bersih dari segala kekotoran.

    ReplyDelete
  2. Dooo. Baca yassin tengok dlm hplah skrg ni. Apalah prasangka kuat. Dlm masjid pun org buka hp waktu jumaat.

    ReplyDelete
  3. Isu sampah kalau semasa Pakatan Rakyat perintah Kedah memang teruk sebab mewarisi masalah tersebut dari kerajaan sebelumnya. Ditambahkan lagi kerja-kerja sabotaj* oleh pihak berkuasa tempatan menyebabkan kerajaan Pakatan Rakyat Kedah ketika itu kelihatan tidak bermaya dalam isu sampah.

    Namun yang peliknya selepas Pakatan Rakyat tumbang, masalah sampah terutama di Sungai Petani bagai lenyap terus. Aturan kerja pengutipan dan pembersihan dapat diurus dengan baik dengan penyerahan tong sampah beroda ke setiap rumah, Seolah-olah ada sesuatu yang tak kena yang dibuat oleh pihak majlis perbandaran dan kontraktor pengutipan sampah sehingga keadaan ini lumpuh ketika Pakatan Rakyat memerintah. Nak kata pentadbiran Mukriz cekap... mimpilah....Jadi adakah ini tandanya wujud pihak-pihak yang mensabotaj aktiviti yang sewajarnya dilakukan semasa Pakatan Rakyat memerintah? Dan adakah keadaan yang berlaku di Selangor adalah perancangan oleh pihak yang sama untuk memperlihatkan ketidakupayaan kerajaan Pakatan Rakyat menangani perkara ini.

    Jadi saya harap pihak kerajaan Selangor dapat merujuk perkara ini kepada YB Dato Johari Abdul dan YB Simon Ooi (ADUN Bakar Arang). Mungkin mereka boleh memberikan jawapan kepada perkara ini.

    ReplyDelete
  4. Elok jugak.boleh kita panggil dia mb sampah lepas ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mentaliti kelas ketiga..... bangang... PM makan komisyen kapal selam scorpene RM500juta.... kenapa tak panggil PM komisyen ?

      Delete
  5. Syabas MB Azmin. Jangan jadi "Penyapu Baru" dahlah.

    ReplyDelete
  6. Maklum lah hati dah hitam, apa perbutan baik pun ada ja nak komen.. Syabas Alhamdulillah MB Azmin.Kaum umno memang busuk hati, kerana mereka tak dapat banyak rasuah(komisen) dan takluki nya.Dulu MB ex umno hadiah penyapu kpd PBT Kuala Kubu dan makan rasuah lani MB bersama rakyat menyapu menmbersihkan kawasan bersama. mana yanag lebih baik.Panggil gelaran apapun namun amalan bersih dan baik harus turuskan.

    ReplyDelete
  7. Aku kerja d salah sbuah pbt terbaik selangor. Aku x brapa stuju dgn pndekatan DatoMenteri Besar Azmin Ali ni. Sepatutnya beliau menguatkuasakan peraturan/ undang2 bkaitan sampah dgn lbh serious. Bkn stakat menghentam pbt tp jugak pnduduk yg rajin bust dan buang sampah. Byk longgokan sampah kebun/pukal/haram yg bl d angkat pagi ni, ptg nt ada baik. Mentaliti penduduk perlu d setting dlu..

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...