Wednesday 19 November 2014

CHEGU BARD TUDUH PERLANTIKKAN DR XAVIER SEBAGAI NAIB PRESIDEN KEADILAN ADALAH UPAH KERANA MENARIK BALIK SOKONGAN KEPADA KAK WAN SEBAGAI MB SELANGOR!!!!



KUALA LUMPUR: Ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang digantung tidak bertali, Badrul Hisham Shahrin atau lebih dikenali sebagai Chegubard mendesak supaya ADUN Sri Andalas, Dr Xavier Jayakumar menjelaskan mengenai surat menarik sokongan kepada ADUN Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar.

Katanya, walaupun Xavier telah menafikan perkara tersebut dengan menyatakan bahawa aduan polis telah dilakukan. Namun hingga kini masih tidak ada bukti yang kukuh.

“Setelah kita cari maklumat berkenaan laporan polis tersebut menggunakan nombor kad pengenalan Xavier, kita tidak jumpa laporan polis yang dibuat olehnya. Jadi persoalannya, dia (Xavier) buat laporan polis di mana?” soalnya.

Chegubard turut memberitahu bahawa beliau akan menyerahkan baki 4 akuan ADUN asal yang beliau perolehi, berserta dengan cop pesuruhjaya sumpah kepada parti.

“Saya nak tengok adakah PKR mengamalkan ‘rule of law’ atau dua undang-undang berbeza. Bagi orang biasa macam saya, digantung. Tetapi bagi kelompok tertentu, kamu pelihara walaupun telah melakukan kesalahan,” katanya dalam satu sidang media di ibu kota.

Di dalam surat yang didedahkan oleh Chegubard itu turut menyatakan Xavier menarik semula sokongan kepada Azizah kerana ia merupakan satu sokongan yang bersifat paksaan.

“Jika surat ini benar, Xavier boleh dipecat daripada parti dan 4 orang lagi ADUN juga boleh dipecat,” katanya.

Beliau turut menggesa supaya PKR, menyatakan pendirian sama ada surat ini adalah benar atau tidak.

“Jika kamu (PKR) diam, bermakna lantikan Xavier sebagai naib presiden adalah sebagai bayaran setelah Xavier “kawtim” dalam isu ini. Perkara ini cukup serius,” ujarnya.

Surat sokongan kepada Azizah itu ditandatangani dalam usaha untuk menyakinkan istana bahawa hanya ada satu nama sahaja sebagai calon Menteri Besar.

Ekoran itu, semua ADUN telah menandatangani surat akuan bersumpah khususnya daripada DAP dan PKR menyokong penuh Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar.


INI ADALAH SUATU PERTUDUHAN YANG CUKUP SERIUS ... PERTUDUHAN YANG BOLEH MENCALAR HABIS IMEJ, NAMA BAIK DAN INTEGRITI PARTI.

PERTUDUHAN BERLAKUNYA PENGKHIANATAN, RASUAH DAN MENGAMALKAN DOUBLE STANDARD.

MAKA WAJAR SUATU JAWAPAN DAN RESPON DEMI PENCERAHAN DAN KEBENARAN DI BUAT OLEH PARTI.

11 comments:

  1. nak komen lari pd tajuk ye omak.omak Nampak lebih cantik dan menawan bila memakai tudung berwarna hitam tanpa awning..lepas ini harap omak tukar gaya pakai tudung lilit pulak ye.hentikan pakai tudung awning.tak cantik langsung.


    - opahkau -

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko ni lagi lari tajuk..buat apa komen tudung omak pakai pulak da..suka hati dia la..dia pakai tudung saji pun tetap jelita la

      Delete
    2. Pala hotak hangpa la

      Delete
  2. Aku cadangkan omak pakai hijab style adik Menteri Besar Selangor tu.cantiklah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti omakkau bengang adik Dato Menteri Besar lebih jelita dari omak bila berhijab...kui3

      Delete
  3. Cerita YAB Azmin takde ke hari ni wahai Omak Kau...

    Yang tu je besh, yang lain dari tu tak besh.

    ReplyDelete
  4. Chegu Bard sudah tak de bende nak buat lagi ke , sibuk bebende kechik ini.

    Elok jugak buka Tadika banyak banyak tolong anak anak Melayu ber fikiran waras dan banyak membaca hal hal ekonomi negara sebelum bankrap. Hutang 1MDB banyak tak ambil kisah pulak.

    ReplyDelete
  5. Hambek kau PKR.. menjawab le korang!!!!

    ReplyDelete
  6. Betullah PKR ni. Asyik bergigit sesama sendiri. Maka tak heranlah kalau dgn puak satu lagi dia bantai habis. Punah Kerana Rakus. Bye bye PKR.

    ReplyDelete
  7. Alaahh xavier kalau sokong pun , sultan reject jugak kak wan , so what is the issue here?? Leceh lah lu chegu bard

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...