Sunday, 16 November 2014
GAMBAR PENYAMUN WARGA MYANMAR PUTUS TANGAN KENA LIBAS DENGAN PARANG OLEH MANGSA SENEGARANYA KINI TERSEBAR DI ALAM MAYA.
Seorang lelaki warga Myanmar yang menyamun rakan senegaranya putus tangan kanan akibat dilibas mangsa menggunakan parang yang dibawanya untuk menyamun, semalam.
Dalam kejadian jam 3.30 pagi, penjenayah itu bersama tiga lagi rakannya yang menutup muka dengan baju dan kain dikatakan memecah masuk rumah sepasang suami isteri yang juga warga Myanmar di Taman Sikamat Utama, di sini.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun berkata, lelaki berusia 30-an dan isterinya terkejut apabila mendengar dentuman kuat sebaik pintu bilik mereka ditendang penjenayah berkenaan yang meluru masuk lalu menumbuk mukanya.
“Lelaki yang bekerja sebagai nelayan itu melawan keempat-empat suspek menyebabkan berlaku pergelutan. Mangsa merampas parang daripada seorang suspek itu lalu melibas ke arah suspek.
“Tindakan itu menyebabkan suspek terkena libasan dan pergelangan tangan kanannya putus. Bimbang keadaan lebih buruk, keempat-empat suspek melarikan diri,” katanya.
Menurutnya, mangsa menghubungi polis memaklumkan kejadian itu.
Katanya, usaha menjejak suspek membuahkan hasil apabila suspek yang cedera terbaring kesakitan dalam semak 50 meter dari rumah mangsa sebelum dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), di sini.
“Hasil siasatan, tiga lagi suspek sempat melarikan barang kemas dan wang tunai berjumlah RM50 milik mangsa dengan menaiki van putih,” katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
Sultan Brunei, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sult...
Teman Sikamat Seremban tu terletak di negeri Kelantan. Ia bersempadan dgn Thailand, maka amat sukar untuk mengawal gejala jenayah.
ReplyDeleteHasan Abodoh.
Teruk betul masalah jenayah di seremban yg terletak di Kelantan tu. Teruk betul la pas kat seremban. Kelantan turrr
ReplyDeleteBarang kali itulah alat yang benar-benar sesuai untuk digunakan untuk memotong tangan bagi melaksanakan undang-undang hudud di Kelantan. Mana Nik Amar... ni ada alat yang lebih sesuai dan murah. Tak payah guna alat pemotong kepala perancis tu untuk potong tangan.
ReplyDeleteKisah van putih yg colek bidak tu btul kot..pdrm kena siasat n siat siat kulit penjenayah tu.
ReplyDeleteBru mengaku btil or tdk
Pihak bekuasa kena siasat dan igat orang yang mengambil keputusan sendiri yang BERCANGGAH dengan perlembagaan persekutuan
ReplyDeleteMana ada buleh kerat tangan orang penyangak, ini bercanggah dengan kalam Lord Reid, apabila bercanggah maka ianya terbatal dengan sendirinya setakat mana yang bercanggah itu.
Macamana tuan rumah boleh dengan senang senang potong tangan si penyangak itu. BERCANGGAH...BERCANGGAH...BERCANGGAH...
Pihak berkuasa kena siasat dan igat tuan rumah itu
biarlah pendatang entah berbagai jenis macam binatang dibawa masuk kat mesia ni..
ReplyDeleteitu baru gaduh potong tangan sama dia..nanti bila dah semakin ramai puak pendatang jahat ni kat sini kepala rakyat kita pula dipotong..
tolonglah pak menteri halau keluar penyangak2 ni semua.. kalau tak mahu halau mesti ada sebab....
aku amat xsetuju sgt halau keluar penyangak2 ni semua...
Deletesebaik2nya elok la kita semua ni dgn penuh rasa sopan santun pakat2 bungkus kain bundut.. berhijrah ke Myanmar,.. Bangladesh atau ke Indonesia.. xpun jauh skit terus ke Nigeria.. pakat2 nikah kawin kat sana.. beranak pinak.. bercucu-cicit !!
org melayu ni memang sempit akal....
ReplyDeletehudud memang banyak kelemahannye tu pun kite nak pertahankan lagi
Buleh jadi anon 1517 bukan orang islam
Deletesaya percaya seorang islam tidak akan memperlekeh firman tuhan
soal kita tak bersedia nak menjalankan hudud, itu cerita lain, tapi bercakap secara ingkar akan kebaikan hudud menggambarkan kejahilan 1517
Siapalah kita memperlekah perentah tuhan ???????
Anon 15:17 kafir yg bangang otaknya.mungkin dia ni kaki penyamun,perogol.itu pasal takut dgn hudud.yg otak dia tau hukum hudud tu ptg tgn je.bangang pnye kafir.
Deletetak kena kat hang boleh la cakap bercanggah itu ini..Puiiii
ReplyDelete