Sunday, 16 November 2014
CERITA MUHYIDDIN MAU GULINGKAN NAJIB DENGAN BANTUAN MAHATHIR DAN DAIM SUDAH BERBUNYI AMAT KUAT SEKARANG INI????
Misi mau menjatuhkan Dato' Seri Najib Razak yang di ketuai Tun Dr Mahathir dan Tun Daim Zainuddin dengan dibantu oleh beberapa orang lagi veteran UMNO yang berpengaruh kini sudah menjadi rahsia terbuka.
Menjadi bahan perbualan sama ada kalangan ahli UMNO biasa hinggalah yang memegang jawatan penting dan tinggi.
Gerakan ini dikatakan terbahagi kepada dua kumpulan. Diluar kerajaan dan UMNO yang tidak memegang apa jawatan penting, gerakan itu diketuai Tun Mahathir sendiri, Daim dan beberapa orang lagi veteran UMNO yang masih ada sedikit pengaruh dan telah pun dikenal pasti.
Dalam kerajaan dan UMNO ianya didalangi oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Matlamatnya tidak lain dan tidak bukan Mahathir dan pihaknya mahu menabalkan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri sekurang-kurang 2 tahun sebelum PRU ke- 14.
Sebab itu rakyat agak terkejut dengan pelbagai serangan yang lebih berbentuk peribadi oleh Tun Mahathir di halakan kepada Dato' Seri Najib Razak kebelakangan ini. Ada sahaja yang tidak kena pada mata dan hati Mahathir apa jua yang dilakukan oleh Najib. Kadang-kadang terfikir juga seolah-olah Najib ini bukan Presiden UMNO tetapi Ketua Umum KeADILan. Begitu sekali terkelirunya ahli-ahli UMNO diakar umbi dan rakyat kini melihat akan gelagat Mahathir.
Tidak boleh dinafikan lagi betapa hubungan Muhyiddin dengan Najib semakin dingin dan renggang amat ketara sekali.
Sewaktu Najib meninggalkan negara untuk menghadiri sidang APEC, Muhyiddin pula mengambil tindakan pergi bercuti bermain golf di Australia. Suatu langkah yang amat tidak bertanggungjawab oleh seorang pemimpin nombor dua negara. Bolehlah diibaratkan seorang ibu keluar berpoya-poa seronok sakan meninggalkan anak-anak tanpa jagaan dan seliaan sewaktu bapa keluar bekerja. Adakah ini suatu gelagat dan perangai yang patut?????
Ketidakhadiran Muhyiddin di konvesyen UMNO Johor pada hari Jumaat lepas adalah tindakan yang tidak wajar dan biadap.Beberapa pegawai Muhyiddin apabila ditanya perkara itu,berkata ia tidak patut dijadikan isu.Mereka berkata bosnya tidak memegang sebarang jawatan dalam UMNO Johor.Alasan yang cukup dangkal dan bodoh serta tidak masuk akal langsung.
Bukankah Muhyiddin orang Johor,Ketua UMNO Bahagian Pagoh dan karier politik pun bermula di Johor??? .. Beliau sepatutnya sebagai orang nombor dua kerajaan dan parti harus menunjukkan teladan yang baik lebih-lebih lagi kedudukkan UMNO sendiri di Johor sudah mulai goyah seperti mana diakui sendiri Menteri Besar Johor, Dato' Seri Khalid Noordin.
Ini amat berbeza dengan Hishamuddin dan Ahmad Maslan. Walau pun kedua mereka tidak memegang sebarang jawatan dalam badan perhubungan UMNO Negeri Johor melainkan jawatan di peringkat bahagian,namun mereka boleh meluangkan masa demi UMNO negeri asal mereka.Kedua mereka sedar betapa pentingnya sebagai pemimpin anak kelahiran Johor perlu menghadirkan diri di Konvensyen yang membincang hidup matinya UMNO Johor pada PRU 14 akan datang.
Sebaliknya Muhyiddin anggap ianya perkara remeh yang tidak perlu kehadirannya sebaliknya bermain golf di Australia lebih penting daripada partinya sendiri.
Omak tidak mau masuk campur urusan rumah tangga UMNO sebab itu masalah mereka yang langsung tidak ada kena mengena dengan pegangan dan kepercayaan politik Omak ... tetapi Omak rasa pelik apabila orang yang mau di angkat menjadi pemimpin lebih mementingkan golf dari parti.
Walaupun tidak dinafikan Mahathir dan Daim sebanyak sedikit masih ada pengaruh dalam UMNO tetapi kelompok pengaruhnya lebih berkisar dikalangan ahli-ahli veteran dan amat kurang segat dan impaknya dikalangan generasi muda.
Satu sahaja peringatan Omak Kau kepada Mahathir ... terimalah kenyataan ... ketika ini dalam UMNO tidak ada sesiapa pun dalam kepimpinan UMNO sedia ada hatta Muhyiddin sendiri, yang mampu menggugat kedudukan Najib .. ini bukan sahaja pandangan peribadi Omak tetapi dikongsi bersama oleh semua para pengalanisis politik tanah air. Perkara ini sudah pasti disedari oleh Mahathir dan Daim.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
Sultan Brunei, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sult...
Mahather ada seni bermain politaik, ada ruang ada peluang koho koho tebas lorong untuk masa depan keluarga.
ReplyDeleteHangpa tau apa.
Projek berjalan ada kala laju ada kala perlahan, jalan tetap berjalan kedepan
Lagu ni orang kata tabor unpan, nasib baik Muhyidin makan
Ada harapan anak jadi timbalan
Cara orang lama main politaik
Hangpa tau apa
Ni ambik sekupang dua pi main jauh jauh
Cara politik Pakatan Rakyat pula menjadikan PAS sebagai pecacai dan hamba sahaya kepada DAP dan PKR, sekarang ni PAS diserang bertalu-talu, malahan kepimpinan ulamak PAS dah jadi punching bag untuk DAP dan PKR menaikkan populariti masing-masing dalam politik. Sedarlah diri bahawa yang main politaik itu adalah puak-puak Pakatan Rakyat itu sendiri.
DeleteMisi menjatuhkan Hadi Awang apa cerita? Malahan konspirasi menjatuhkan Khalid Ibrahim dari jawatan Menteri Besar Selangor apa cerita? Puak mereka sendiri yang bermasalah sebenarnya.
DeletePssst... Omakau.. Jgn terpalit dgn menjaja fitnah...kalau tak betul cerita nih...menjawab la kau nnti di sana
ReplyDeleteUmno memang dh nk lingkup tu je .....
ReplyDeleteApa dah jadi dengan PAS, dijadikah barua sahaya dan pecacai abdi kepada PKR dan DAP sahajalah selama ini, apa yang PAS buat semuanya kena ikut arahan dari PKR atau / dan DAP. Malahan dalam PAS sekarang ini, yang berkuasa adalah PKR dan DAP sebenarnya, Majlis Syura PAS sekarang dah jadi melukut di tepi gantang, keputusan dari Majlis Syura sudah tak dipakai lagi, yang dipakai adalah keputusan Jawatankuasa PAS Pusat yang dikuasai oleh pecacai-pecacai dan pekakas-pekakas DAP dan PKR yang membuat keputusan bagi pihak DAP dan PKR. Keputusan yang dah dicaturkan oleh DAP dan PKR itu hanya dibacakan oleh Mursyidul Am dan Presiden PAS yang sekarang dah jadi tunggul dan boneka yang hanya diperalatkan oleh PKR dan DAP untuk baca skrip keputusan yang dibuat oleh PKR dan DAP itu. Sedarlah bahawa Mursyidul Am PAS dan Presiden PAS sudah tak ada kuasa, malahan PAS sekarang hanyalah boneka kepada PKR dan DAP sahajalah. Sedarlah semua.
DeleteSebelum padam hasrat nombor wahid adalah meletakkan anaknya dlm kepimpinan utama. Kemudian setelah ia tercapai, proses pembodohan melayu amat mudah diteruskan. Semua tahu perkara ini dlm kalangan PR begitu juga Umno/BN.
ReplyDeleteMacam mana pula dengan Anwar? Sanggup suruh ADUN parti sendiri letak jawatan kerana dirinya nak bertanding di DUN Kajang, sebab kemaruk nak jadi Menteri Besar selepas berkali-kali cuba nak jadi Perdana Menteri gagal. Malahan lepas tak dapat bertanding di DUN Kajang, lantik bini pula bertanding, lepas tu paksa pula Menteri Besar Selangor sebelum ini, Tan Sri Khalid Ibrahim untuk letak jawatan, keengganan Tan Sri Khalid menjadi pekakas Anwar menyebabkan Anwar marah, dia pecat Tan Sri Khalid dari PKR dan paksa pihak Istana Selangor untuk lantik bini Anwar jadi Menteri Besar, apa kejadahnya semua ini? Ini kemaruk tahap moyang gabanlah kalau macam ni, desperate.
DeleteSalam....dah nama pun manusia...sama sahaja lagaknya....yang di sini dan di sana juga di sinun....semuanya kentut berbau busuk tiada seorangpun kentut berbau lavender hatta jika diangkat menjadi pemimpin maksum sekalipun! jadi, kena beringat selalu....selagi namanya manusia, jangan nak highlight sangat kurap, panau dan sopak di badan orang lain, sedangkan di badan sendiri penuh nanah, kudis dan kayap! aku tujukan sindiran ini khas buat semua pemimpin politik, baik UMNO PAS PKR DAP PSM dan semua pemimpin yang berlagak bagus! Ptuih!!! WOi...aku rakyat, aku BOSS lah! Korang tu aku pangkah sekor-sekor untuk jadi kuli batak aku! -rakyatbiasa
ReplyDeleteAnon 00:36, Mahathir bukan batak tapi mamak pedukang kerala mari.
ReplyDeleteYang dituduh sebagai mamak pedukang kerala mari itulah yang berusaha gigih untuk memajukan negara, sedangkan Anugerah Tuhan yang disanjung dan didewa-dewakan oleh pecacai Pakatan Rakyat iaitu Anwar Ibrahim itu hanya tau memporak perandakan negara, memperalatkan rakyat untuk kepentingan peribadi, macam Fahmi Zainol, itu, sekarang lihatlah apa dah jadi dengan Fahmi Zainol, tertekan sebab menghadapi tindakan disiplin oleh pihak universiti akibat tindakan rakus beliau yang nak membela Anwar, tetapi lihatlah balasan yang diberikan oleh Anwar kepadanya, bukan itu sahaja, kuncu-kuncu Fahmi Zainol yang lain juga menerima nasib yang sama. Itulah sikap barua 'Anugerah Tuhan' Pakatan Rakyat yang macam taik ini. Sedarlah semua.
DeleteHaha anon 0036...boss kunun..puihhh. kerajaan duk suka2 tekan rkyat dgn mcm2 kos..hang wat apa...syukur mlysia masih aman.
ReplyDeletepsttttttttt...tangan muyidin kt ner tuh..ape rr ko ni omak kau...buh rr gambar senonoh sikit...
ReplyDelete-pengikut ketum setia-
Dia betulkn alignment daa ....
DeleteSah dia betulkan alignment selepas ternampak puteri yg mengiurkan.
DeleteKah kah kah kah kah kah kah... ape lh kau ni ...kah kah kah kah kah kah ....
DeletePatutnya tunjuk juga apa yang Anwar buat terhadap Chinadoll di hotel itu sama. Malahan mana dia jam omega Anwar, sebab Azizah kata ada dalam simpanan, tapi sampai sekarang masih tak tunjukkan, dasar hipokrit.
Delete13:02 sori lh bro wa bukan follower anwar, dia nk buat ape dgn chinadoll ke, cendol ke tu dia punya pasal lh, wa x angkat tau, tp gambar mayudin kasi betul alignment ni wa cukup geli hati....kah kah kah
DeleteAnon 17 november 03:10 dan 18 november 14:34, maaflah, saya pun bukannya tujukan komen saya itu kepada kamu, saya tujukan kepada admin Omakkau ini, maaflah jika kamu silap faham.
Deleteumno pas pkr sama saja.. semua kena main dengan cina... tengok dap.. masa pas ikut buntut dia, dia puji, bila pas dah celik mata tak ikut dia, dia kata pas buat madalah dlm pr..
ReplyDeleteumno pula kena beli dng cina mca gerakan.. tak caya.. tengok tanah di Johor baru dan lain tempat dah banyak dapat kat cina.. pkr pula dok syok sendiri.. bnyak bertolak ansur dng Guan Eng...
akhurnya tengok Gereja besar dah naik di bukit jalil.. patung hindu sama tinggi bukit batu cave...
seronoklah melayu semua dok bergaduh dan tanah air dijual kepada bangsa lain..
Anak kecil bermain.... lagu ini nak tuju kepada siapa ha.. menyanyi punya semangat melayu.. tapi hampeh...
Boleh ke melayu bersatu selagi ade nepotisme dn kronisme dn banyak lg isme2nye? .....
DeleteKalau ulamak pun jadi pemecah belah masyarakat, macam mana nak bersatu? Ulamak macam ni patut bertaubat dan insaf. Macam Nik Aziz, sampai sanggup nak ludah muka orang yang satukan UMNO dan PAS untuk pertahankan kekuatan bumiputera / Islam. Alasan Nik Aziz adalah UMNO tolak Islam, tetapi tak ada bukti pun UMNO tolak Islam, malahan UMNO memajukan Islam banyaklah buktinya. Nik Aziz duduk dalam gua sebab itu pemikiran dia bengong sikit, merapu yang bukan-bukan.
DeleteSedangkan dalam Islam pun, kalau ada dua pihak dalam kalangan umat Islam sedang bertelagah, kena ada pihak ketiga lain dari kalangan umat Islam yang datang mendamaikan pertelagahan itu, bukannya meludah muka orang yang nak mendamaikan pertelagahan itu pula. Itu ajaran Rasulullah S.A.W.
Tetapi siapakah Nik Aziz yang nak mengajarkan perbuatan buruk yang menyalahi ajaran Islam ini pula? Dia lebih hebat dari Nabi dan Rasulkah? Apakah Nik Aziz ini terlalu mulia dari Nabi dan Rasulkah?
Inilah ajaran PAS, betul sangatlah Tengku Adnan kata PAS ni mengamalkan ajaran sesat, tok guru mereka pun menyesatkan masyarakat dengan perangai asobiyah jahiliyah. Sedarlah semua.
Mungkin mahathir mahu gulingkan najib sebab najib telah beri kebenaran untuk laksana hudud di kelantan kot.....mahathir ni anti hudud..... Kalau pasal hudud macam2 alasan yg kita akan dgr dari mulut mahathir kutty ni
ReplyDeleteTak ada maknanya Tun Mahathir menentang hudud, kerana hudud ala-PAS itu bermasalah, tak macam hudud Islam. Lihatlah baru-baru ini, nak gunakan gilotin untuk potong tangan kesalahan mencuri, Islam ajar bersikap kasar macam itukah? Sedangkan di Arab Saudi, ada petugas khas yang memotong tangan pencuri itu dengan berhati-hati untuk mengelakkan kecederaan serius kepada pesalah itu. Kalau potong pakai gilotin, kalau berlaku pendarahan yang serius kerana di tangan manusia ini ada urat nadi, kalau mati pesalah itu, nak hukum pancung Nik Aziz dan kuncu-kuncunya pulakah? Sedarlah diri.
DeleteHoi anon 14:42 kau ni memang bangang abadi
ReplyDeleteMahathir x nak hudud dilaksanakan di malaysia sebab die sayangkan negara ni....dia x nak negara kita yg tercinta ni jadi macam pakistan,afghanistan ape sume yg asyik huru hara.... Mahathir nak negara kesayangan dia iaitu malaysia jadi aman dan selamat.... Pada pendapat aku pun hudud memang x boleh dilaksanakan di negara kite yg tercinta ni....orang bodoh macam lembu jerrrr yg mahukan hudud di negara ni......memang terang lagi bersuluh undang2 hudud ni banyak kelemahan jadi memang x bolehla dilaksanakan..... cnthnye kalau org islam memcuri kne potong tangan pastu org islam yg mencuri kne jail 5 bulan jerrr.....dari situ kite nampak hudud ni memang x adil...mahathir tu pemimpin yg bijak..... media di barat pun kata mahathir tu pemimpin cerdik.....jadi pandangan mahathir bahawa hudud x patut dilaksanakan adalah pandangan yg bijak daripada seorang pemimpin yg bijak ini....hudud ni lesen zaman kuno N x patut dilaksanakan di malaysia yg tercinta ini
Ko ni kapir ke, kalau ko kapir lantak ko lh, kalau ko Islam dari komen ko ni takut2 ko dh jd kapir ...
DeleteAnon 1636, kau ini yang bebal, Tun Mahathir tak menentang hudud nak dilaksanakan di negara ini pun, cuma kaedah perlaksanaan perlu dikaji dengan teliti untuk elakkan penindasan serta menyebabkan orang bukan Islam membenci Islam dan memandang hina kepada hudud hingga boleh menyebabkan nilai-nilai baik hudud menjadi pandangan buruk pula kepada masyarakat bukan Islam.
DeleteMacam isu hudud, lihatlah undang-undang hudud PAS di Kelantan di Terengganu sebelum ini, banyak masalahnya, berhubung kaedah tangkapan, kaedah perbicaraan, kaedah pembuktian, bermasalah hinggakan yang jadi mangsa dimangsakan sekali lagi, yang buat salah pula boleh lepas bebas kerana undang-undang hudud PAS itu tidak selari dengan prinsip keadilan dalam Islam. Hudud itu bagus, tetapi kena lihat cara pengendaliannya supaya teratur dan berkesan untuk mencapai keadilan, kerana dalam hudud, keadilan adalah amat dititik beratkan, tetapi dalam hudud PAS, nak menghukum sahaja. Sedarlah semua.
13:30 org pandai mcm ko ni memang ramai diakhir zaman ni, mana ade hudud pas, hudud tu hudud lh, dh umno x nk buat madey kutty tuduh hudud pas x boleh pakai, bebal mcm ko mudah terpengaruh dgn ketaksuban ko terhadap madey kutty, ko pun sama terikut ikut dgn 1001 alasan. Mcm ni lah kalau ko x nk hudud tu ko punya asal, sape pun x paksa, tp tolong jgn merapu dgn mcm2 alasan takut silap cakap terpesong akidah ko, itu pun kalau ko tu Islam ....sedarlh semua bhw madey kutty pernah memperlekeh hudud dn 13:30 adalh pengikut bebal dia....
DeleteAnon 14:51, kamu yang salah faham nampaknya, hudud PAS itu adalah hudud mengikut pemikiran PAS, itu maksud saya, kerana hudud sebenar mengikut acuan Islam, tetapi hudud PAS ini mengikut pemikiran dan selera pimpinan PAS serta dibuat sebab kepentingan politik mereka iaitu mahu menarik sokongan orang Islam kepada mereka.
DeleteKamu kena fikir dengan waras, saya walaupun penyokong UMNO dan Barisan Nasional, tetapi tidaklah saya menolak Islam. Kamu sendiri betul-betul yakinkah yang kamu benar-benar faham dengan mendalam berkenaan hudud? Jangan belajar agama dengan emosi, jangan belajar agama dengan ketaksuban kepada puak-puak tertentu. Kita belajar agama biarlah hendak mencari kebenaran.
Berhubung isu hudud ini, dalam hudud PAS menerangkan bahawa jika seorang perempuan yang mengandung tetapi tidak bernikah, mendakwa dirinya dirogol, jika tak dapat mengemukakan bukti yakni kesan-kesan dirogol atau siapa yang merogolnya itu.
Dalam isu perempuan tadi, pada zaman ini ada macam-macam jenis ubat atau dadah yang boleh menyebabkan keadaan tidak sedar diri, dia diberikan makanan atau minuman yang dimasukkan ubat atau dadah yang menyebabkan dirinya tidak sedar diri dan dia dirogol pada masa itu, pelakunya boleh melakukan perbuatan merogol itu dengan teratur hingga tidak nampak kesan kemasukkan kemaluan secara kasar.
Adakah PAS melalui hudud cara pemikiran mereka itu mengkaji secara mendalam hingga kemungkinan-kemungkinan berlaku sebegini?
Jangan bersikap secara emosi, berfikir dengan waras barulah boleh lihat kebenaran.
Malahan kalau anon 14:51 sendiri di paksa minum arak dengan dihalakan pistol ke kepala, maka terpaksa minum arak kerana terpaksa hingga mabuk, lepas tu orang itu repot kepada PAS kata anon 14:51 minum arak, maka anon 14:51 setujukah untuk disebat sebanyak 40 kali sebab minum arak? Macam manakah anon nak buktikan yang anon 14:51 dipaksa minum arak? Sila jelaskan.
DeletePembetulan maklumat
DeleteMalahan kalau anon 14:51 sendiri di paksa minum arak dengan dihalakan pistol ke kepala, maka terpaksa minum arak kerana terpaksa hingga mabuk, lepas tu orang itu repot kepada PAS kata anon 14:51 minum arak, maka anon 14:51 setujukah untuk disebat sebanyak 40 kali sebab minum arak? Macam manakah anon nak buktikan yang anon 14:51 dipaksa minum arak?
Dalam hudud PAS adalah dikaji semua perkara ini bagi mengesan sebarang kemungkinan yang berlaku? Sila jelaskan.
Pembetulan maklumat Malahan kalau anon 14:51 sendiri di paksa minum arak dengan dihalakan pistol ke kepala, maka terpaksa minum arak kerana terpaksa hingga mabuk, lepas tu orang itu repot kepada PAS kata anon 14:51 minum arak, maka anon 14:51 setujukah untuk disebat sebanyak 40 kali sebab minum arak? Macam manakah anon nak buktikan yang anon 14:51 dipaksa minum arak?
DeleteDalam hudud PAS adakah dikaji semua perkara ini bagi mengesan sebarang kemungkinan yang berlaku? Sila jelaskan.
Kesian hg..p mengaji bg habih dlu..kemulian keamanan tu kan Allah yg janjikan..kita laksakan hudud insyaAllah jenayah berkurang..orang yg bijak mcm hg ja dh kena potong tangan pon nak mencuri lg..sronok kot kena potong tangan Anon 17 November 2014 at 14:56..dh jatoh kapiaq klaw tolak hudud..sebab hudud tu Allah perintahkan dalam quran..klaw satu huruf al quran kita nafikan dah jadi murtad..klaw dok ketegaq sembang mcm hg tu apatah lg..kesian..muhon bertaubatlah dan sama2 kita mohon hidayah dan petunjuk Allah untuk diri kita masing2
Deleteanon 14:56...kalau kau asal islam, baik kau mengucap semula...tp..kalau kau kapir, jgn cuba nk brcakap ttg hukum islam..cis !!
ReplyDeleteDosa besaq omak oi kalau dok taboq fitnah cam ni apatah lagi bila cakap tu berbekal bukti ayaq lioq saja.
ReplyDeletePuak PAS tak pernah bagi nasihat pun kepada tukang fitnah ni, kerana dalam Pakatan Rakyat, terutama PAS, tak apalah buat fitnah pun, selagi untuk kepentingan puak mereka, berzina di tepi simpang pun akan dianggap tak salah, sebabnya mereka ini adalah pengamal asobiyah sejati, yang akan membela kemungkaran akan ada dalih macam-macam, macam isu video Anwar, maka PAS untuk memenangkan puak dan sekutu mereka itu, dikeluarkan kenyataan bahawa video tak boleh jadi bukti, senang sangat puak ni buat kenyataan, apa yang mereka buat semunya betul dan berpahala. Sedarlah ajaran sesat PAS ini.
Deleteish ish ish duk dithailand tapi tabur FITNAH ... tanggong dosa
ReplyDeleteapa lagi nak citer, takda citer buat fitnah. ketum dah nak bungkus. sebelum disumbat macai macai pun buat ceritalah. blog sampah.
ReplyDeleteNajin mmg patut digulingkan ..menyusahkan rakyat...tak payah nak reka2 lah....mmg orang dah meluat dgn najib.....nak muntah....lagi cepat guling lagi lah baik sekali
ReplyDelete